Archive for December 2010


Jika korang sedang membaca artikel ini tak kiralah sama ada diblog ini, ditwitter ataupun di Facebook, aku sekarang dalam perjalanan ke Indonesia. Atau mungkin juga sudah berada disana dalam siri perlancongan aku untuk tahun 2010 ini. Jadi, mungkin aku takkan update dalam 1-2 hari ini. Hari khamis nanti baru aku pulang ke Jerantut. Harap-harap, tak ada apa-apa aral yang berlaku dalam perjalanan ini.

Sedikit update, Panduan TNX 2.0 aku tu masih dijual sehingga hari ini dan sudah mencapai lebih dari 150 orang yang sudah membelinya. Bagi aku mereka ini adalah pembeli yang serius dan aku hargainya kerana mendapatkan panduan yang aku tulis itu. Setakat ini aku sudah mendapat 64 kali bayaran dari program TNX dan tidak diragui jika aku mampu dapat bayaran yang ke 100. Aku harap, aku akan dapat mencapainya pada tahun hadapan. Bagi para pembeli, jika ada yang tak faham dan ingin bertanya, boleh hubungi aku diruang contact ataupun di forum private. Aku akan cuba membalasnya dengan secepat mungkin. Jika ada yang tidak puas hati atau bengang dengan produk ini, sila nyatakan sebabnya agar aku akan dapat perbaikinya dan mengeluarkan siri 3.0 tak lama lagi dengan lebih lengkap. Setakat ini, beberapa ujikaji telah aku jalankan khas untuk siri 3.0 yang lebih kepada pelengkap untuk siri-siri 1.0 dan 2.0. Harap ianya akan membantu korang buat duit dengan blog melalui program Tnx ini.

Aku juga sedang menulis untuk produk baru aku. Lebih kepada produk informasi dan aku buat produk ini khas untuk membantu lebih ramai orang tahu buat duit dengan blog dan memilih program-program yang sesuai dengan blog mereka ataupun program-program yang mampu membantu mereka buat duit dengan blog mereka. Jika anda ada blog dan mahu menambah pendapatan korang, produk ini sangat sesuai dengan korang. Asalkan satu, korang rajin berusaha dan rajin membaca. Dua, rajin mencuba dan tidak mudah putus asa. Tiga, bertawakal dan berserah. Empat, sentiasa alert dan rajin mencari peluang. Lima, mengakui kelemahan diri dan cuba memperbaikinya. Aku harap, lima benda ini ada dalam diri korang untuk menjadi seorang blogger yang boleh menghasilkan pendapatan untuk blog mereka. Insya-Allah..

Itu sahaja dari aku. Sekian, terima kasih. icon smile Lima benda yang perlu ada pada Blogger

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sebelum aku berangkat ke Indonesia hari ini, aku nak update satu lagi bayaran dari program BurstTraffic. Ianya bayaran yang aku terima beberapa hari lepas. Seperti yang korang maklum, program ini akan bayar kita 4 kali dalam masa 1 bulan ataupun seminggu satu kali untuk satu bayaran apabila korang layak untuk dapat bayaran dari program ini. Kalau tak layak, maksudnya korang tak dapat apa-apalah kan? kan?

komisenke8daribursttraffic 300x142 Komisen ke 7 dari Burst Traffic.net



Program ini sangat mudah. Selepas korang daftar, korang ambil codenya, tampal kat blog korang yang mempunyai trafik dari luar yang sangat tinggi. Jadi, lagi banyak trafik yang korang dapat, lagi bagus. Lagi banyak earning yang dapat korang kumpulkan untuk dibayar pada setiap minggu. Jadi, jangan lepaskan peluang sebegini untuk tambah pendapatan korang melalui blog masing-masing.

Ada lagi 2 program yang aku jumpa sebijik macam BurstTraffic. Aku sedang melakukan percubaan dan lihat jika ianya mampu memberikan kita peluang untuk buat duit. Jika dapat, akan aku kongsikan tak lama lagi. Jika tak dapat, kirim salam ajelah ye. Apapun, kita mencuba sahaja apa yang terbaik.

Boleh daftar kat sini jika berminat >> BurstTraffic.net

Ps: Nak kemas beg jap lagi. Hoho..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Yap. Baru sahaja dapat bayaran komisen dari program Innity beberapa hari yang lepas. Untuk sedikit pembetulan, berlaku sedikit kekeliruan. Aku ingatkan ini adalah bayaran kali ke 4, sekali bila aku semak kat history akaun aku di Innity, rupa-rupanya, ini merupakan komisen yang ke 5. Jadi, inilah update sebenar dan korang takkan jumpa komisen ke 4 dari Innity dalam blog ini. Tak ada update. Harap maklum.

komisen4innity1 Komisen ke 5 dari Innity


Aku ada hantar satu blog yang aku kira trafiknya agak tinggit. Jadi, aku tunggu dalam beberapa hari. Mereka hantar email dan mahukan statistik bulanan bagi blog tersebut. Aku pun hantarlah. Sekali, tak lepas. Nampak gaya, aku kena usaha gigih untuk banyakkan trafik ke blog itu walaupun aku tahu memang banyak trafik akan datang ke blog itu. Lagipun, niche blog tu memang agak wanted dan panas dipasaran malaysia nih. Jadi, aku nak atau tak nak, memang akan ada visitor datang. Aku harap blog tu akan jadi salah satu blog yang sentiasa di cari bagi niche tersebut dan memang menjadi.

Trik SEO yang aku apply untuk blog tersebut juga menjadi dan aku yakin trafik akan datang mencurah-curah pada tahun hadapan. Sasaran aku untuk menulis lebih dari 100 artikel untuk blog itu. Blog itu baru sahaja aku naikkan setelah lama terbiar sejak bulan Februari yang lalu. Dan selepas aku berhempas-pulas promosikan benda nih melalui SEO dan sedikit paid advertising, akhirnya banyak trafik masuk dan alexa blog itu yang dari mulanya 26 juta, akhirnya pergi ke 600k pada hari ini. Mungkin akan naik lagi pada sebelum masuknya tahun 2011. Insya-Allah, aku target pada awal bulan 3 tahun depan, blog itu akan mencecah ke 300k dalam ranking alexa rank dan bila GOogle update pageranknya, akan dapat PR1 atau PR2. Mudah-mudahan ianya menjadi dan pada saat itu, aku akan submit blog itu untuk Innity. Yehh!

Untuk perhatian, syarat-syarat Innity memang sangat ketat. Boleh rujuk di website ramsmi untuk mengetahui tentang syarat-syarat tersebut atau boleh baca artikel tentang Innity dalam blog ini melalui artikel-artikel yang lepas.

Esok aku akan berangkat ke Indonesia. Plannya sepatutnya hari sabtu ni. Tapi terpaksa ditunda ke hari esok atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Biasalah, manusia merancang, Allah yang tentukan..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Seperti yang aku duga, program ini turut membayar aku pada pertengahan bulan. Ada beberapa payment yang aku terima malam tadi dan salah satu darinya adalah program Paid-to-Promote ini. Takdelah banyak sangat yang aku dapat, tapi aku tetap dapat payment yang pasif dari program ini sejak 3 bulan lepas.

komisen7daripaidtopromote 300x144 Komisen ke 7 dari Paid to Promote.net


Program ini tak susah. Cuma perlukan keberanian dan kebijaksanaan. Bukan aku kata yang kurang berjaya dengan program ini tak berani atau tak bijak. Cuma mungkin korang cuma tak gunakan keberanian dan kebijaksanaan korang tu ke tahap yang serius. Aku tahu ada yang main-main dan tak berapa fokus. Sebab tu diorang tak dapat 1 sen pun dari blog mereka. Ada yang serius, tapi tak berapa pandai nak buat promosi. Itu pun susah juga. Ada yang pandai buat semua benda, tapi dia malas nak buat kerja. Yang dia mahu, nak duit ajer. Nak kerja senang dan mahu banyak duit. Huh..leh gi jalanlah kalau ada orang macam nih..

Secara jujur, aku yakin aku memang leh dapat income dari program ini setiap bulan. Cuma jumlah yang aku dapat tidaklah sebanyak mana program-program yang aku sertai yang lain. Sebab itu kita perlu sertai banyak program untuk berikan kita lebih banyak income. Ini bukan bermakna aku tidak fokus. Aku sentiasa fokus. Cuma aku mahu cuba lebih banyak program untuk lihat samada aku boleh berjaya dengan program itu atau tidak. Ya, sudah pasti aku mahu duit. Tapi dengan cara aku sendiri.

Boleh daftar disini jika mahu >> Paid-to-pPromote.net

Ps: Jadi atau tak gi indonesia esok nih?? Emmmm..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011