Yap. Baru sahaja dapat bayaran komisen dari program Innity beberapa hari yang lepas. Untuk sedikit pembetulan, berlaku sedikit kekeliruan. Aku ingatkan ini adalah bayaran kali ke 4, sekali bila aku semak kat history akaun aku di Innity, rupa-rupanya, ini merupakan komisen yang ke 5. Jadi, inilah update sebenar dan korang takkan jumpa komisen ke 4 dari Innity dalam blog ini. Tak ada update. Harap maklum.

komisen4innity1 Komisen ke 5 dari Innity


Aku ada hantar satu blog yang aku kira trafiknya agak tinggit. Jadi, aku tunggu dalam beberapa hari. Mereka hantar email dan mahukan statistik bulanan bagi blog tersebut. Aku pun hantarlah. Sekali, tak lepas. Nampak gaya, aku kena usaha gigih untuk banyakkan trafik ke blog itu walaupun aku tahu memang banyak trafik akan datang ke blog itu. Lagipun, niche blog tu memang agak wanted dan panas dipasaran malaysia nih. Jadi, aku nak atau tak nak, memang akan ada visitor datang. Aku harap blog tu akan jadi salah satu blog yang sentiasa di cari bagi niche tersebut dan memang menjadi.

Trik SEO yang aku apply untuk blog tersebut juga menjadi dan aku yakin trafik akan datang mencurah-curah pada tahun hadapan. Sasaran aku untuk menulis lebih dari 100 artikel untuk blog itu. Blog itu baru sahaja aku naikkan setelah lama terbiar sejak bulan Februari yang lalu. Dan selepas aku berhempas-pulas promosikan benda nih melalui SEO dan sedikit paid advertising, akhirnya banyak trafik masuk dan alexa blog itu yang dari mulanya 26 juta, akhirnya pergi ke 600k pada hari ini. Mungkin akan naik lagi pada sebelum masuknya tahun 2011. Insya-Allah, aku target pada awal bulan 3 tahun depan, blog itu akan mencecah ke 300k dalam ranking alexa rank dan bila GOogle update pageranknya, akan dapat PR1 atau PR2. Mudah-mudahan ianya menjadi dan pada saat itu, aku akan submit blog itu untuk Innity. Yehh!

Untuk perhatian, syarat-syarat Innity memang sangat ketat. Boleh rujuk di website ramsmi untuk mengetahui tentang syarat-syarat tersebut atau boleh baca artikel tentang Innity dalam blog ini melalui artikel-artikel yang lepas.

Esok aku akan berangkat ke Indonesia. Plannya sepatutnya hari sabtu ni. Tapi terpaksa ditunda ke hari esok atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Biasalah, manusia merancang, Allah yang tentukan..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 4 comments. Apa plak komen korang?
akazuma - 20 Dec 10 at 11:19:47
wahh, gi indonesia plak sekarang..gi mana nih..
aina fatihah - 24 Dec 10 at 15:31:54
waaa..

tahniah la. leh la belanja saya.. :D
merahkatak - 27 Dec 10 at 12:22:15
emmmmmmmmmmm… :)

tak lama lagi dapat yang kali ke enam la kan..
ainun - 29 Aug 11 at 13:17:39
duit…duit..bestnya dpt



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011