Hari ini aku cuma nak update satu lagi cek yang aku dapat dalam bulan ni. Ada 5 cek yang aku dapat untuk bulan ini dan salah satunya adalah cek dari Program ChurpChurp. Pernah dengar kan? Program ini kiranya adik-beradik dengan program Nuffnang. Pendek ceritanya, Nuffnang dan Churpchurp adalah satu keluarga.

Kalau nak diikutkan, memang lama dah aku tunggu cek churpchurp ni. Lama jugaklah. Tapi baru aje beberapa hari lepas sampai ke peti surat kat Banting nih. Tak apalah, lambat pun tak apa. Janji jangan tak hantar langsung.
Nak buat duit dengan program Churpchurp ni, mudah aje. Apa yang perlu buat, kita cuma perlu buat satu tweet sahaja. Tapi mesti ikut apa yang pihak pengiklan atau advertiser mahukan. Dan satu tweet tu pun, ada jumlah patah perkataan yang perlu kita kawal. Kalau lebih, rasa susah plak nak tweet nanti. Jadi, korang kena lebih kreatif untuk menghasilkan satu tweet yang ringkas tapi tercapai hasrat si pengiklan dengan keyword-keyword yang wajib ada dalam tweet tersebut.
Tapi ada yang susahnya dengan program Churpchurp ni. Haa, ingat mudah-mudah aje korang boleh buat duit dengan Churpchurp ni? Ya, jumlah follower Twitter korang tu. Kalau setakat seratus dua ratus. Pening kepalalah korang nak capai seratus ringgit dari program ini. Paling teruk pun, mesti ada 1000 follower kat Twitter korang tu. Barulah pihak Churpchurp dan pengiklan akan memilih kita untuk bagi job kat kita. Ingat tu, langkah penting untuk buat duit dengan program ini, mempunyai bilangan Twitter yang tinggi. Kalau ada 5 ribu, dah mudah-mudah korang leh dapat seratus dari program ini. Dalam bulan ni, aku belum lagi dapat satu job pun dari Churpchurp. Korang ada yang dah dapat? haa, itu baru 1000 lebih follower aku kat Twitter ni, kalau lagi rendah dari aku? Tak tahulah berapa job yang korang da dapat sekarang. So, pepandailah cari follower yang banyak kat akaun Twitter korang. Baru sonang korang nak buat duit dari program ini.
Ok. Aku nak wat kerja lain pulak. Esok nak jalan jauh lagi. Aduhh..
Ps: Fuhh, lelah gak buat artikel nih bila demam tak kebah-kebah..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 5 dari Burst Traffic.net | Edisi Siasat: Buat Duit dengan BidTraffic »
















Dah berapa lama join churp2 nih?
Saya dah sebulan tak dapat job. Time follower bawah 1000, senang nak dapat job. Bila Follower dah melebihi 1000, slow sangat nak dapat job. Bila tanya churp2, dia kata sabar.
Ronaldmohoni. Lama gak la. Entahlah. Last dapat job, aku rasa bulan lepas. Bulan ni, langsung takde lagi..bulan lepas pun aku rasa cam 1-2 job aje kalau tak silap..
gambarpanas. Boleh pergi ke website churpchup >> http://www.churpchurp.com untuk mendaftar dan tahu lebih lanjut.
ada yg ikut jumlah folower, dan ada juga berdasarkan jumlah klik…
makin seng r kita kumpul wang..huhuu
p/s: tgh tunggu cek no 2 nuffnang ni
fikri. Yahh. Sekarang dah main social menda ntah. Tak faham aku. Tengok jela trendnya camana nanti..
rina. Always.
mancai. Check ciput ajer. Kalau banyak, aku lom capai tahap tu. Kira okla tu..
merahkatak. Flower jenis apa?
naima. Yap. Churpchurp ni kira pihak ketigalah..
cek nuffnang? Takpe. Dapat jugak tu nanti..
blog kisah2 kelakar. Emm, ada something la tu yang tak kena. Kene cek semula nih..
merahkatak. Yap, kena usaha. Rezeki takkan datang dari langit mudah-mudah aje. Tetap kena usaha.
lunaih sp. Dulu memang macam susah. Tapi sekarang tidak lagi..aku tengah tunggu cek yang ketiga nih..bilalah sampai agaknya..