Archive for December 2010


Sejujurnya, banyak yang aku dapat dalam taun 2010 ni. Terlalu banyak yang hendak aku ceritakan. Tapi cukuplah aku simpan sendiri dalam hati aku dan aku rasa sudah banyak yang aku kongsikan dengan korang untuk tahun ini dan aku akan teruskan untuk tulis lebih banyak artikel tentang cara buat duit dengan blog dan tips-tips blogging yang lain. Jangan risau, selagi ada banyak oksigen kat bumi dan selagi aku masih bernafas, aku akan kongsikan apa-apa yang patut dalam blog ini. Harap ianya akan memberikan lebih banyak manfaat daripada keburukan.

Ya. Aku tahu mungkin aku ada terkasar bahasa, tersilap fakta, kurang membalas komen-komen korang semua. Maafkan aku atas kekurangan aku tersebut. Tahun ini agak sibuk buat diri aku untuk banyak perkara tapi aku yakin apa yang aku lakukan sedikit sebanyak mampu memberikan kebaikan pada korang semua. Yang kurang elok tu, buanglah jauh-jauh.

Sekali lagi, aku berjaya mempertahankan blog ini dan masih menulis diblog ini dan lain-lain. Memang apa yang korang perasan dalam blog ini lebih kepada isu berkaitan dengan blog dan kehidupan peribadi aku. Memang itu yang aku sasarkan ketika aku mula-mula menulis blog ini. Kini, makin ramai yang kenal blog ini, makin ramai kawan internet, makin banyak yang mengikuti perkembangan blog ini dan menjadi kawan rapat aku. Malah, sedikit sebanyak kehidupan peribadi aku juga turut korang dapat selami walaupun tidaklah sebanyak mana aku kongsikan dalam blog ini. JIka korang berjaya blog-blog peribadi aku yang lebih peribadi, selamat datang ke alam peribadi aku yang lebih berbeza berbanding apa yang aku karang dalam blog ini. Blog ini lebih kepada update ringkas tentang apa yang aku lakukan dalam mencuba pelbagai perkara yang aku tahu dalam internet ini.

Tahun 2011 menjanjikan sesuatu yang baru. Itu aku pasti dan aku akan berusaha untuk mempertingkatkan usaha aku dan juga membantu apa yang aku tahu. Jika dulu, tidak banyak blog yang membincangkan tentang buat duit dan make money online, sekarang kita boleh lihat ramai yang membincangkannya dan ramai sudah tahu potensi blog dan aku kira sudah ramai yang mahir dalam bidang masing-masing. Tahniah aku ucapkan. Jika ada yang gembira dan terkesan hasil dari apa yang aku tulis disini, anggaplah ianya sebagai nasihat atau galakan dari aku yang tak seberapa ini. Aku juga berusaha sedaya-upaya untuk lebih berjaya. Insya-Allah.

Yang terakhir, terima kasih kerana masih sudi datang dan membaca artikel-artikel didalam blog ini. Baik yang datang setiap hari, yang baca kat google reader, yang lihat dalam iphone dan tak kurang juga yang menjeling-jeling ke blog ini, terima kasih kalian. Tanpa korang semua, aku takkan berada sehingga hari ini. Terima kasih sekali lagi. Aku sayang korang semua..

Yang ikhlas,
titan

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Seperti yang diduga, malaysia menang semalam. Aku rasa ramai yang gembira gila termasuklah Dato Najib sampai bagi cuti umum hari jumaat nih. Yelah, hampir 14 tahun kita tak dapat pegang Piala Suzuki ni, tapi tahun 2010 nih, kita dapat. Aku rasa, dalam tahun 2010 ni, macam-macam pencapaian Malaysia yang kita boleh banggakan. Kalau aku cerita, memang banyak sangatlah. Tapi aku rasa, korang tahu juga kan?

malaysiajuarapialasuzukiaff2010 300x224 Sejarah tercipta, Cuti pun dapat apa!


Nama Khairul Fahmi Che Mat, menjadi bual mulut orang sekarang. Penjaga gol Malaysia ni memang bukan calang-calang pemain dan aku rasa dia wajar kekal sebagai penjaga gol utama Malaysia untuk siri-siri kejohanan yang akan datang. Cuba tanya diri korang, berapa nama penjaga gol keeper yang korang masih ingat? Maksud aku untuk yang baru-baru nih. Dulu, kita ada ramai, Khairul Azman Muhammad, Mazlan Wahid dan ramai lagi. Tapi tahun 2009-2010, cuba bagitau aku nama penjaga gol kebangsaan yang korang boleh ingat selain si Khairul Fahmi ni? Tak ada kan? Sebab aku sendiri pun cuma ingat nama Khairul Fahmi ni aje. Sehingakan namanya popular di Twitter, Facebook, blog dan surat khabar sekarang. Tak hairanlah banyak blog asyik cerita pasal mamat tu. Yela, benda tengah panas. Memang ramai orang cari..

Apapun, tahniah untuk semua pemain malaysia dan juga pasukan jurulatih Malaysia terutamanya Rajagopal yang berjaya membawa satu kejayaan gemilang untuk menutup tirai tahun 2010 ni. Aku yakin, tahun depan, pasukan bola sepak Malaysia akan lebih gemilang dan cemerlang. Insya-Allah..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Malam ni, jam 8 malam. Perlawanan akhir kedua antara Malaysia dan INdonesia akan berlangsung. Aku yakin ramai orang akan duduk depan tv dirumah masing-masing atau dikedai mamak untuk menyokong pasukan Malaysia dari jarak jauh. Yelah, nak pergi ke Jakarta tu punyalah jauh. Kena naik kapal terbang. Duit lagi nak pergi sana dan macam-macam masalah lagi. Jadi, kita cuma mampu sokong dari jauh aje.

Aku rasa bekalan 3 gol itu agak banyak juga untuk malam ni. Cuma aku harap Malaysia dapat main macam hari ahad yang lepas. Aku mahu lihat persembahan yang menarik dan serangan-serangan cantik dari pemain Malaysia. Diharapkan penyerang kita iaitu Safee dan Norshahrul dapat buat sesuatu malam nih. Barisan pertahanan seperti Muslim dan yang lain akan berjaya menghalang serangan-serangan bertalu oleh Indonesia malam nanti. Aku yakin akan berlaku banyak foul malam nanti. Tak kiralah dari pihak mana, tapi memang akan ada foul. Harap-harap tak ada pemain kita yang kena kad merah. Kalau tak, susah gak nak defense dengan hanya 10 orang sahaja. Apapun, aku harap yang terbaik dari skuad Rajagopal.

Lidah aku sakit ni. Tergigit bila makan sate tadi. Abah aku bawa sate lebih dari jamuan pencen dia. Ya, tahun depan dan pada bulan Mei 2012, adalah hari terakhir abah aku bekerja sebagai penjawat kerajaan. Jadi, apa perancangan abah aku selepas itu, aku kurang pasti. Mustahil nak ganti Rajagopal untuk jadi jurulatih Malaysia pula. Tak pernah lagi aku tengok abah aku main bola. Kalau main badminton tu, selalu sangat juga. Apapun, aku doakan abah aku sentiasa sihat dan dapat cari apa yang dia suka buat selepas pencen nanti. Mak aku pun sama, akan pencen juga. Tapi pada bulan yang berlainan, masih pada tahun yang sama. Jadi, korang boleh agak berapa umur abah aku dan mak aku. Beza mereka cuma 3 tahun aje. Aku rasa kalau nak kahwin nanti, aku nak bini aku lagi muda dari aku. Haha..

Ps: Pernah dengar tentang Noob berry tak?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Video Final Piala Suzuki AFF 2010. Ini adalah 3 gol yang dijaringkan oleh pemain-pemain Malaysia. Semuanya cantik-cantik belaka. Yang buat assist pun hebat gak. Tak sia-sia menonton television. Kalau ikut hati, memang aku nak gi stadium. Tapi ada hal lain plak hari ahad hari tu..







Esok, pasukan Malaysia akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno. Aku rasa mesti pakai jersi warna kuning kita tu. Harap-harap dapat bertahan dengan baik sebab aku rasa strategi Rajagopal adalah bertahan seperti mana yang mereka buat ketika menewaskan Vietnam. Pasti striker nanti tinggal Safee dan Norshahrul aje. Yang lain, semua bertahan dari minit pertama hingga minit terakhir. Tapi kalau nak buat gila sikit, main macam hari ahad hari tu. Insya-Allah leh menang bergaya punya.

Ps: Macam dah dalam gengaman. Tapi aku harap tak jadi macam perlawanan peringkat kumpulan. Kalau tak, teruk kita nanti kena kutuk..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011