Archive for November 2010


Bila aku lihat perlawanan Hoki antara Malaysia dengan India semalam, aku sungguh teruja. Aku yakin ramai rakyat Malaysia juga turut teruja dan bersemangat untuk melihat perlawanan final antara Malaysia dan Pakistan pada esok nanti. Kemenangan Malaysia kea atas India betul-betul menggembirakan semua peminat hoki termasuklah aku. Aku pun tak tahu kenapa, tapi memang gembira bila tengok perlawanan hoki semalam.

Ketika Malaysia mendapat pukulan sudut penalti kali pertama, mereka gagal. Tapi dalam hati aku berkata, lepas ni mesti boleh gol kalau dapat pukulan sudut penalti. Ternyata, apa yang aku teka, betul-betul terjadi. 3 pukulan sudut penalti selepas itu, gol belaka termasuklah satu jaringan padang yang dilakukan oleh pemain Malaysia. Tidak aku nafikan semangat dan pengalaman mereka menjadikan permainan semalam begitu menarik. Permainan yang agak agresif dari pemain-pemain Malaysia membuatkan aku rasa permainan semalam sangat menarik berbanding permainan-permainan Malaysia yang pernah aku tontoni selama ini. Ya, sangat berbeza dan aku cuma harap barisan pertahanan dan barisan tengah dapat memperkuatkan kawasan masing-masing. Mereka terlalu mudah membenarkan pemain India untuk menguasai kawasan tengah dan mudah membocori pertahanan Malaysia. Nasib baiklah bila bertahan, hampir keseluruhan pemain Malaysia berkampung di kawasan D. Macam main bola pula gayanya. Haha..tak kesahlah, janji depa menang semalam..

hokimalaysia 300x156 Bila Skuad Hoki Malaysia ke Final Sukan Asia..


Apa yang aku nampak, pemain Malaysia tidak putus asa walaupun ketinggalan 2 kali walaupun kita pernah mendahului mereka dengan jaringan awal. Tapi tak sampai 3 minit, skuad India berjaya membolosi gawang gol skuad Hoki Malaysia. Dan gol kedua pula memang sukar nak cakap. Pendek kata, kalau pemain Hoki kita bermain bersungguh-sungguh seperti semalam, aku yakin emas adalah dalam gengaman Malaysia untuk Sukan Asia ni. Mereka cukup bersemangat dan tak henti-henti berlari dari awal permainan hinggalah minit terakhir.

Dalam banyak-banyak gol, aku suka gol yang kedua dan ketiga. Set piece diorang menjadi dan aku akui, bukan mudah nak jaringkan gol dalam permainan hoki nih. Tak sama macam bola sepak atau bola baling. Bermain hoki dengan kayu hoki, kena guna tenaga yang tepat untuk menghayun kayu hoki dan sekaligus target ke arah pintu gol. Bukan mudah nak menjaringkan gol. Tapi semalam, aku lihat setiap gol pasukan Malaysia betul-betul menarik. Dah lama aku tak tengok perlawanan hoki seperti semalam. Aku harap mereka dapat teruskan bermain agresif seperti semalam dalam perlawanan akhir Sukan Asia nanti. Sekaligus menempah tiket ke Sukan Olimpik 2012 secara automatik. Seperti yang kita tahu, Juara Sukan Asia 2010 ini akan mendapat tiket automatik ke Sukan olimpik 2012 nanti. Wahh, best betul macam nih. Tapi aku tahu, bukan senang. Skuad Pakistan juga mahu layak secara automatik ke Sukan Olimpik. Jadi, mungkin kita akan lihat satu lagi perlawanan epik antara Malaysia dan Pakistan, esok. Pasti menarik. Pasti mendebarkan. Jam 5 petang, waktu Malaysia. Bersiap sediahlah dengan teh tarik dan roti canai atau nasi lemak didepan tv untuk menyokong pasukan Malaysia. Yehh!!

Ps: Main hoki ni lagi susah daripada main Mindwarp nih. Huhu..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma nak update tentang Innity. Sedikit info tentang program Innity bagi mereka-mereka yang baru sahaja tahu tentang program ini. Mungkin ada yang masih tak tahu dan mungkin ada yang dah tahu. Tapi tahukah korang tentang syarat-syaratnya yang semakin ketat untuk membolehkan lebih ramai blogger untuk apply program Innity ni? Ya, makin sukar dan syaratnya pasti memeningkan kepala ramai blogger tegar. Tapi aku yakin bagi sesetengah blogger, ini bukan masalah. Mereka tahu cara dan trik untuk mengatasi masalah itu.

APapun, ini antara syarat baru yang perlu dipatuhi sebelum korang apply program Innity. Memang sukar. Menyesal juga aku tak hantar banyak blog masa awal-awal ketika syarat-syaratnya tidak ketat seperti hari ini.

1. Website atau blog korang mesti ada minimum 100000 pageview atau hits setiap bulan. Hambek ko, bukan senang nak dapat hits sebanyak tu. Kena guna strategi yang sesuai. Main SEO dan buat artikel panas la jawabnya..
2. Website atau blog korang mesti ada minimum 20000 unik visitor setiap bulan. Memang susah. Tapi tak mustahil korang boleh buat.
3. Website korang mesti ada artikel yang berkualiti dan selalu update. (Yang ni ramai orang malass..)
4. Trafik yang datang tidak boleh dari ; listing on newsgroups, instant mesengger posting ; chat room posting ; spam dan sebagainya. Korang langgar, tanggung sendiri akibatnya.
5. Website atau blog korang tak boleh ada kandungan yang agak keterlaluan dan juga tak ada berunsurkan porno atau lucah (adult content) atau yang berkaitan dengannya.
6. Website atau blog korang tak boleh sediakan online streaming, file-sharing content dan juga sediakan video atau audio download. Maksudnya, tak leh buat webite download lagu ke download video ke atau yang lebih kurang sama waktu dengannya.
7. Kena bodek Innity selalu. (Yang ni aku tambah sendiri aje. Hehe..)

Haa, lebih kurang begitulah. Syarat utamanya aku rasa dari segi pageview dan unik visitor. Kalau kurang, memang susah nak lepas. Kalau Innity luluskan pun, belum tentu korang leh capai minimum payout setiap bulan. Bukan tak boleh, tapi cukup sukar.

Ps: Ok, itu aje nak bagitau. Aku sakit kepala nih. Nak install Monopoly 3 dan bengang sebab susah betul main game helikopter ni. Tali barut Orga ni memang tak bagi peluang langsung!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya. Aku tak tipu. Tapi ada syarat-syaratnya untuk membeli domain Godaddy dengan harga 3 ringgit sahaja. Bagi mereka-mereka atau blogger-blogger yang berminat untuk menambahkan koleksi website atau blog niche mereka, bolehlah beli domain dari Godaddy dengan harga runtuh ini.

Kupon tersebut adalah GOBBLE

Biasanya harga satu domain yang kita beli dari Godaddy antara average $5.99-11.99 dollar. Tapi bila korang gunakan kupon diatas, harga domain itu akan jatuh ke 1 dollar atau 3 ringgit sahaja. Angka yang lebih tepat adalah $1.18 dollar atau RM3.54. Jadi, dapatkan dengan kadar yang segera sebab kupon ni akan tamat dengan kadar yang segera. Mungkin awal bulan Disember, kupon ini tak boleh dipakai. Kita semua maklum, kupon macam ini lebih laku daripada goreng pisang panas. Jadi, sambar sekarang atau orang lain yang sambar dulu.

Perkara pertama, korang mesti ada akaun Godaddy. Yang kedua, mesti ada kad kredit atau debit kad. Sesiapa yang ada kad debit Maybank, korang boleh beli terus dari akaun Godaddy korang. Aku sendiri beli melalui kad debit Maybank. Satu lagi aku guna kad prepaid Tunemoney dan guna Vcc. Siapa ada akaun Entropay, boleh beli banyak-banyak domain dari Godaddy.

Bagi penggiat blogger atau blogger yang mencari duit melalui domain-domain mereka, ini satu lagi peluang untuk tambah duit dengan domain baru. Pakai aje untuk satu tahun, kalau domain ini tak beri korang profit langsung, korang boleh tinggalkan domain tersebut. Tak perlu nak perbaharui bayaran domain tersebut tahun depan, dan jangan lupa untuk setkan awal-awal untuk bayaran domain itu dilakukan secara manual dan bukannya secara automatic. Aku sendiri dah ubah dibahagian renewal untuk bayar secara manual.

Rasanya extension domain ini termasuklah.. COM, .US, .MOBI, .BIZ, .NET, .ORG, .CA, .CO.UK and .IN

Ps: Aku geram main game White Mission dari tadi. Susah betul nak elak dari keturunan Jerung Perkasa dan Orga. Kena usaha lagi rupanya aku nih..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku bersama dengan satu lagi program luar iaitu Shareasale yang telah aku sertai beberapa tahun yang lepas. Setakat ini, ini antara salah satu program luar yang masih lagi bertahan membayar aku. Walaupun jumlah yang aku dapat tidaklah setinggi mana, tapi aku bersyukur yang aku tidak putus duit dari program ini.

Korang percaya ke ini cek shareasale yang ke 100 aku dapat dari program ni? Tidak. Aku belum lagi dapat cek yang ke 100 tu. Tapi itulah harapan aku. Untuk mendapatkan 100 cek dari program Shareasale. Sekarang ni, memang jumlah cek yang aku dapat tak banyak, tapi kira ok la gak berbanding program lain. Income dari Shareasale pada bulan lepas cumalah 80 dollar. Kiranya dapat dalam RM240 kalau convert kat bank. Kali ini CIMB Bank menjadi mangsa untuk aku tukar cek luar nih. Selalunya aku pakai Maybank aje. Oleh kerana semalam aku sempat singgah CIMB, jadi aku terus cashoutkan cek tu kat sana. Cek Shareasale biasanya mengambil masa dalam sebulan barulah duit tu cair dalam akaun bank aku. Mengikut pengalaman lepas, memang dekat sebulan, barulah duit tu masuk ke akaun aku..

cekshareasale 300x185 Cek yang ke 100 dari Shareasale


Memang aku jarang update program-program CPA seperti Clickbank, CJ, Affiliatier, CPALead, Affiliatebot, Adsmarket, Highprofit, E-Junkie dan Shareasale dalam blog nih. Tapi aku ada sebut disesetengah blog aku yang lain. Ada sebab sebab bab-bab berkaitan dengan program sebegini, sangat taktikal dan sukar untuk dijelaskan dengan mudah. Untuk buat tutorial atau langkah-langkah dari mula hingga habi bagaimana cara dan trik untuk buat duit dari CPA ini, ianya tidak mudah seperti yang kita mahukan. Aku sendiri mencari pelbagai cara untuk meningkatkan pendapatan aku dalam CPA ni. Memang cukup sukar dan tidak semudah yang disangka. Jika ada modal, bolehlah bermain dengan Adword, tapi kalau mahukan dari modal yang rendah, ianya berbeza. Aku yakin orang CPA ada cara masing-masing untuk buat duit dari CPA, betul tak? Aku tahu ramai yang simpan teknik masing-masing. Ramai yang diam-diam. Sebab kita tahu, once taktik atau teknik yang kita kongsikan tu ramai orang tahu, dah susah sikit kita nak cari makan dengan program-program tertentu. Walaupun peratusnya tidaklah tinggi, tapi sedikit sebanyak, akan menyusahkan diri kita.

Sebab tu aku sendiri tak banyak cerita tentang program CPA dalam blog ini. Sebab utama, agak leceh nak terang satu demi satu. Jadi, jangan tanya aku tentang cara dan bagaimana buat duit dengan CPA. Bukan aku tak nak bagitau, tapi memang agak leceh sikit. Kalau ada member atau blogger lain yang buat personal coaching, aku rasa itu lebih baik. Even penerangan melalui ebook atau laporan khas pun belum menjamin korang boleh faham 50% seperti apa yang difahami oleh penulis ebook tersebut. Jadi, bab-bab CPA ni, sama ada korang sendiri terokai dan cari teknik sendiri atau belajar dari seseorang yang memang dah mahir dalam selok-belok-cilok CPA nih. Tidakpun, rajin-rajinkan diri korang untuk belajar dengan pakcik Google dan makcik Yahoo. Diorang lagi afdal bab-bab macam nih. Aku ni

Ok. Dah. MAlas nak cerita banyak. Aku nak pergi kundangan nih..

Minat dengan Shareasale? Boleh cuba sini : Shareasale.com

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011