Ini bayaran kali pertama yang aku terima dari program Burst Traffic. Sejujurnya aku baru sahaja join program ini tak sampai 1 minggu. Dan aku cukup suka dengan program ini. Aku juga yakin ramai blogger akan suka dengan program ini. Mengapa? Ada beberapa sebab yang akan menyebabkan ramai blogger tegar akan menyertai program Burst Traffic ini.
1. Program ini bayar kita berdasarkan CPM/CPC. Lebih banyak traffic masuk ke blog kita, lagi banyak earning yang akan terkumpul. Tentang bayaran untuk per klik, aku kurang pasti dan aku yakin komisen yang aku dapat ini adalah berdasarkan hits yang datang ke blog aku. Aku baru sahaja cuba di dua buah blog dan ternyata ianya membuahkan hasil. Aku juga yakin yang aku akan dapat bayaran lagi dan mungkin nilainya lebih banyak berbanding yang aku terima kali ini.

2. Program ini merupakan alternatif kepada program Innity dan ManggaAd. Ini kerana program ini bayar kita berdasarkan impression atau hits. Bagi blogger yang mempunyai traffic yang mengagumkan, aku yakin korang cukup suka dengan program seperti ini. Pasti lebih ramai yang akan berjaya buat duit dengan Burst Traffic dalam tempoh masa terdekat.
3. Minimum bayaran untuk program ini adalah sangat kecil. Tidak ada minimum payout. Janji lebih dari $0.01 usd, korang akan dibayar. Bayaran dibuat pada setiap minggu. Jadi, jika setiap minggu korang ada hasil, korang akan dibayar. Maknanya 4 kali seminggu. So, apa macam? Mahu cuba sekarang?
4. Bayaran dibuat hanya melalui paypal. Siapa tak ada akaun paypal. Boleh cuba sekarang dan aku yakin korang akan gian nak buat duit dengan program ini. SIapa tak nak program semudah ini kan?
5. Traffic yang diterima aku kurang pasti samada mereka terima traffic dari US sahaja atau mereka terima semua traffic. Nanti aku tanyakan diorang.
6. Aku ada tanya samada aku boleh submit lebih website/blog untuk blog ni. Aku rasa boleh. Nanti kalau boleh, aku akan khabarkan pada artikel yang akan datang. Harapnya boleh dan aku yakin mereka mungkin boleh tambah fungsi tersebut dalam dashboard apabila kita login nanti.
7. Yang aku kurang gemar, kita tak boleh create username atau password kita sendiri. Mereka yang tentukan. Mungkin sebab benda ni masih dalam beta, mereka buat begitu. Mungkin mereka boleh ubah pada masa yang akan datang. Pasti akan lebih menarik.
8. Program ini baru sahaja bermula pada 10 Oktober yang lepas. Dan aku tahu pun pada penghujung bulan lepas. Kiranya bertuah jugaklah sebab tahu awal dan mungkin mereka boleh buat program affiliate untuk menarik lebih ramai orang dan blogger menyertai program ini. Takdelah kita promote kosong aje. Hehe..
9. Hanya diberikan cuma 3 jenis sahaja. Iaitu 728x90, 160x60 dan 300x250. Sangat sesuai untuk diletakkan di blog korang. Kita boleh letak 2 jenis blog sahaja untuk satu page. Tak boleh banner yang sama. 2 banner tersebut mesti berbeza.
Dahh, aku tak nak buang masa korang. Korang boleh sertai program ini dengan percuma melalui link dibawah. Suka atau tak, mahu atau tak, gembira atau tak, terpulang. Aku tak paksa. Hoho..
Linknya kat sini: Burst Traffic.net
Ps: Pengalaman hari ini sangat best. Menyertai team menyembelih lembu untuk akikah. Dah lama tak terlibat program cam ni..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 34 dari Text Link Ads | 9 Program Buat Duit dengan Blog »
















merahkatak. yah. Pencabar baru yang sangat cun!
razak ali. Innity. Kemudian Nuffnang diikuti dengan BUrst Traffik.
Pakar Clickbank. Waa, tahniah. Dapat dah komisen pertama. Kira ok la tuh..
cari duit. Yap. Cuba aje. Mana tahu, ada hasil. Daripada blog kita terbiar aje. Baik cuba program ni kan?