Pernah tak korang jual t-shirt?
Aku teringat ketika aku masih di universiti. Memang ramai yang buat bisnes jual t-shirt. Aku tahu diorang untung banyak dengan hanya menjual t-shirt. Setiap kali ada event, pasti akan ada yang hendak jual t-shirt. Begitu juga aku. Ketika aku masih dalam kelab silat cekak hanafi UMS dulu, kitaorang selalu jual t-shirt untuk ahli-ahli kelab. Setakat nih, adalah beberapa pasang yang kami jual dan memang dapat sambutan. Tidak diragukan bahawa kita memang boleh buat duit dengan jual t-shirt. Asalkan berkualiti, designnya lawa dan harganya murah, memang ramai yang orang akan beli.
Malah, hari ini kita lihat ramai yang sudah menjual t-shirt secara online. Kalau tak silap aku, 5-6 tahun lepas, ada satu ada dua sahaja website tempatan yang berbuat demikian. Itupun menggunakan blogspot dan aku tidak ingat url blog tersebut. Tapi hari ini, kita boleh lihat ramai yang menjual t-shirt secara online dan salah satunya adalah website Sufi Printing Services.
Sufi Printing Services menawarkan khidmat untuk mencetak baju. Korang boleh order dan order dari mereka. Mereka akan membuat design yang korang mahukan, mencetak baju dan menghantar baju itu terus ke alamat rumah korang. Janji, korang bayar servis mereka tu. Dan satu lagi, mereka bukan sahaja menawarkan khidmat mencetak baju, tapi mereka juga menawarkan khidmat untuk mencetak dan menjual woven bang, payung, towel dan jersey. Walaupun mereka masih baru, aku yakin Sufi Printing Services bolh pergi jauh dan mampu menjual lebih banyak t-shirt dan baju pada masa yang akan datang. Korang sendiri boleh lihat contoh design dan baju yang berjaya dibuat oleh mereka di website rasmi mereka. Nampak ok dan aku rasa korang boleh cuba servis mereka jika korang berminat. Lagi satu, mereka juga turut menyediakan perkhidmatan servis untuk tempahan untuk tshirt sekolah, kolej, universiti, kelab-kelab dan juga badan-badan korporat. Mungkin ada kelab-kelab bola atau kelab di kolej yang berminat untuk menempah t-shirt dari Sufi Printing Services.

Sedikit cadangan dari aku, mungkin pihak Sufi Printing Services boleh menambah lebih banyak contoh atau model baju, t-shirt atau jersey yang mempunyai design dan corak yang berbeza untuk menarik perhatian para pembeli. Mungkin mereka boleh design lebih banyak baju contoh untuk dipaparkan di website mereka. Lagi satu, mungkin mereka boleh letak juga harga bagi setiap baju atau produk mereka untuk memudahkan pihak pembeli untuk mudah memilih dan menyediakan budget untuk membeli baju dari mereka. Ini bagus untuk membina portfolio servis mereka dan membuatkan servis mereka lebih dikenali ramai. Berita terbaru, mereka baru sahaja siap 100 helai baju yang ditempah untuk pelanggan mereka khas untuk menonton perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Fuhh, 100 orang tu..
Jadi, jika berminat bolehlah korang hubungin pihak Sufi Printing Services untuk berbincang tentang harga dan cara pembayaran. Mereka boleh dihubungin melalui email dan Yahoo Mesengger.
Untuk mereka yang berminat untuk buat duit sampingan, korang juga boleh buat duit bersama dengan Sufi Printing Services? Bagaimana? Dengan jadi agen jualan untuk Sufi Printing Services, pihak mereka akan berikan RM1 untuk setiap helai yang korang jual. Maksudnya jika korang berikan 1 projek kepada mereka yang ingin menempah 100 helai t-shirt, maka komisen korang adalah RM1 X 100 = RM100. Jika 200 helai? 500? korang kira sendiri berapa jumlah komisen yang korang bakal terima. Kalau ada kawan2 atau syarikat korang ingin membuat tempahan, serahkan kepada mereka dan korang akan dapat komisen seperti yang dijanjikan. Aku boleh jamin yang diorang ni akan membayar sebab aku kenal owner Sufi Printing Services ni. Dah lama sangat aku dengan dia berurus niaga dan aku yakin dia adalah seorang yang boleh dipercayai. Jadi, jangan bimbanglah kalau ada kes komisen yang tidak dibayar. Dia akan bayar. Insya-Allah, jika beliau tidak sakit atau tidak ada apa-apa yang menghalang.
Ini websitenya: Sufi Printing Services
Ps: Rasa nak tempah. Mana tahu boleh dapat diskaun lebih ker. Hehe..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content
No related Posts
« Komisen Kedua dari Bidvertiser | Komisen ke 4 dari Paid-to-Promote.net »
















Ronald mohoni. Memang best. Ni yang rasa cam nak jual baju balik nih..