Ini satu lagi bayaran yang aku terima beberapa hari ini. Banyak gak email paypal yang aku terima yang menandakan ada pembayaran berlaku dari program-program yang aku sertai sebelum ini. Kali ini, bayaran ini datangnya dari program Bidvertiser. Mesti korang pernah dengar tentang program ini kan?

Memang susah sikit nak buat duit dari Bidvertiser ini. Sakit kepala juga dan aku akur yang ianya tidak sama dan berbeza dengan Google Adsene ataupun Nuffnang. Dua program ini sentiasa beri aku cek dan mampu membuatkan aku senyum setiap bulan. Tapi berbeza pula dengan Bidvertiser. Aku mengambil masa yang agak lama untuk dapat komisen dari Bidvertiser ini. Program ini masih menjadi ujikaji aku untuk membuatkan aku terima bayaran dari Bidvertier setiap bulan. Aku tahu ianya akan mengambil masa, tapi aku tak kesah selagi aku punya nafas untuk meneruskan siri-siri ujikaji aku tu..
Bagi yang berminat untuk buat duit dengan program Bidvertiser ini, aku sarankan korang mempunyai blog yang menggunakan bahasa english sebagai medium diblog korang. Bukan sahaja boleh menarik perhatian untuk dapat klik dari trafik tempatan, tapi korang berpotensi untuk dapat klik dari trafik luar. Alhamdulillah, aku masih dapat buat duit dengan program ini walaupun untuk capai nilai minimum memang cukup susah.
Dan untuk pengetahuan korang, Bidvertiser juga agak strict. Undang-undang Bidvertiser yang satu ni memang buat aku pening kepala. Sebelum kita dapat bayaran dari Bidvertiser, korang punya income akan direview dan akan disemak setiap klik yang korang dapat. Kalau masa diorang semak tu ada invalid click dan fraud click, memang akaun publisher korang ada potensi tinggi untuk diban dari program ini. Jadi, sila jaga-jaga dan jangan klik sendiri iklan korang. Jika korang nak cari pasal, risiko tanggung sendiri la.
Berminat? Daftar disini: Bidvertiser.com
Ps: Entahlah, aku ada baca tentang coversion point Bidvertiser. Tapi sampai hari ini aku masih tak berapa faham apa fungsinya dan apakah potensinya terhadap earning kita.



Thanks a l;ot all is very informative sharing all is share again by again i love this blog very much…
ko dapat gak dari bidvertiser nih? Cayalah!
Blog BM memang susahlah.. nak blo BI juga.
Commercial Cleaners. You are welcome.
akazuma. Bolehlah. Sikit-sikit aje. Akhirnya dapat gak setelah lama menanti..
Ronald mohoni. Susah tu tak taula. Sebab aku tumpu kat blog BI. So, ada hasil sikit walaupun lambat sangat.
nak tnya bidvertiser & Nuffnang boleh mix kan ke? satu lg, sy weblog bahasa melayu, huhuuu… boleh ke?
dapat duit..yeay