Archive for November 2010


Hari ini aku sepatutnya pergi menonton wayang cerite The Social Network kat pawagam TGV Sunway Aku dapat 4 tiket untuk filem ini dari Mangga Ad. Tapi berita yang menyedihkan, aku tak dapat pergi sebab kereta aku mengalami kecederaan. Dan pagi tadi aku terpaksa hantar kereta aku ke bengkel dan esok pagi akan siap. Entah bagaimana boleh jadi kemalangan ni, aku pun tak tahu. Memang aku cuai kerana tidak berhati-hati. Dan ini mengakibatkan aku hilang dekat RM400 sahaja untuk memperbaiki kereta aku itu. Sedih memang sedih. Tapi apa yang mampu aku lakukan, reda ajelah. Benda dah berlaku dan aku perlu lebih berhati-hati pada masa yang akan datang.

Ok. Cukup sedikit selingan hari ini. Aku nak kongsikan pula bayaran yang aku dapat dari program Tnx. Ini bayaran komisen yang ke 63 dari Tnx. Aku keluarkan sebab nak renew 4 domain aku yang ada di Godaddy. Kebetulan keempat-empat tarikh untuk renew domain itu agak dekat. 2 domain pada 5 Disember dan lagi 2 domain pada 14 dan 15 Disember nih.Kalau combine semua, dekat 40usd, tapi kalau aku pakai kupon, boleh turun dekat 30% dari jumlah keseluruhan. Lagipun, aku nak let go satu domain. Jadi, aku cuma akan renew 3 domain aje. Lagi satu domain, terpaksa aku korbankan..

komisentnxke63 300x127 Komisen ke 63 dari TNX


Ini buktinya. Jadi, aku harap aku akan dapat terus buat duit dengan program ini dengan jayanya. Beberapa hari lepas, aku baru sahaja menghadapi masalah untuk login akaun Tnx aku. Kata Alex dan Zonk, ada serangan yang datang dari Ip aku dan Ip server yang lain. Aku pun tak berapa tahu bab-bab ip nih. Jadi, aku serahkan pada mereka dan mereka minta Ip aku untuk disemak dan bukak tiket untuk setelkan masalah ini. Tak sampai 2 hari, aku dah boleh login akaun ini. Masalah ini berlaku pada ramai orang juga tapi aku rasa majoriti dah boleh login akaun masing-maing.

Earning Tnx aku dalam beberapa minggu ini akan jatuh. Tapi minggu lepas dan minggu ini, peningkatan earning untuk tnx point aku naik secara perlahan dan mencapai tahap selamat. Jika dulu, aku boleh capai 3-4 ribu point setiap hari, sekarang, puratanya adalah lebih 2-3 ribu point sahaja sehari. Mungkin aku perlukan masa dan lebih blog untuk jana lebih banyak point pada masa yang akan datang. Namun, aku tetap bersyukur sebab aku masih berjaya buat duit dengan Tnx setakat ini.

Jika ada yang berminat, boleh daftar disini: Tnx.net

Ps: Sebab aku tension sangat, aku nak main game helikopter lepas ni..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku nak kongsikan bayaran komisen ke 4 yang aku terima dari program BurstTraffic.net. Tak banyak yang aku dapat dan aku cuma hendak maintain update untuk program ini. Semoga aku akan terus dapat bayaran yang ke 5 dan bayaran-bayaran yang seterusnya.

komisen4daribursttraffic 300x137 Komisen ke 4 dari Burst Traffic.net


Ada yang masih bertanya bagaimana nak buat duit dengan BurstTraffic.net ini? Mudah sahaja. Jika korang faham konsep untuk buat duit dengan Advertlets,, ManggaAd Nuffnang dan Innity, ini bermakna korang juga boleh faham dengan konsep BurstTraffic. Konsepnya sama. Jadi, aku boleh katakan program ini merupakan salah satu program alternatif untuk empat program tempatan yang aku sebut tadi. Jadi, jangan buang masa dan boleh cuba program yang aku rasa agak mudah berbanding program-program yang lain.

Hari ini aku akan pulang ke Banting. Ada program esok kat Bandar Sunway. Nak jumpa adik dan akak aku lagi. Jadi, beberapa hari ini aku akan sibuk rempit ke sana dan ke sini. Nak ke Indonesia lagi. Itupun kalau jadi dan kalada masa aku tidak terganggu, barulah trip ke Indonesia itu akan menjadi kenyataan.

Ps:Hari ini batuk. Badan pun macam nak demam plak.. icon neutral Komisen ke 4 dari Burst Traffic.net

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini adalah hari yang baik. Banyak benda baik berlaku pada hari ini dan aku rasa mungkin ianya satu permulaan yang baik untuk minggu depan. Apapun, hari ini aku cuma nak ceritakan tentang pengalaman aku bersama dengan Celcom Broadband setelah hampir 3 bulan menggunakannya (28 Ogos - 27 November 2010).

Jika di Banting, aku boleh katakan Celcom Broadband berfungsi dengan baik. Agak laju dan aku selesa menggunakannya. Mungkin sebab pekan Banting ni dah banyak benda dinaiktaraf dan faktor penduduk yang makin ramai serta semakin banyak kawasan perumahan dibuka dikawasan sekitar Banting menyebabkan aktiviti internet sangat rancak. Jadi, aku tak ada masalah untuk online menggunakan Celcom Broadband ketika di Banting. So far, aku masih rasa sangat laju. Tetapi tidaklah selaju Streamyx. Mana boleh line lawan dengan benda takde kabel nih..

Jika di Damak, tempat kerja aku tu. Aku terpaksa mengakui bahawa line internet disana khususnya untuk Celcom Broadband agak mengecewakan. Aku tak tahu line Celcom tu dia tarik dari mana, mungkin dari Jerantut atau Lipis, tapi memang agak sukar untuk mendapatkan line yang laju. Sekadar untuk login facebook, masuk blog dan update blog itu sahajalah yang aku mampu. Kalau nak buat benda yang berat-berat macam upload dan download file yang besar, memang memakan masa berjam-jam. Jadi, memang sedih sikitlah. Mungkin disebabkan faktor tak ramai penduduk disini, mungkin linenya jadi tak laju dan sukar untuk dicapai. Mungkin pihak Celcom boleh wat soal-selidik kat kawasan ni untuk menaiktaraf kelajuan internet disini..

Jika di Jerantut, ya. Sangat laju. Aku terpaksa mengakui linenya sangat laju. Sehinggakan aku boleh download macam-macam cerita dan anime. File seberat 50-100 MB boleh didownload kurang daripada 30 minit. Itu sudah bagus bukan? Lagipun, aku bukanlah kaki torrent yang mahu download dekat 1-100 Gigabyte punya file. Setakat file-file kecil macam ni, dah boleh download dengan cepat, itu sudah memuaskan hati aku.

Dalam cerita broadband ni, kelajuan dan kestabilan talian merupakan faktor utama untuk membuatkan kita suka dengan sesuatu syarikat itu atau tidak. Kalau tak laju, memang sakit jiwa. Dan untuk Celcom Broadband, setelah melakukan beberapa siri ujian, aku mendapati, faktor TEMPAT atau lokasi menjadi faktor utama untuk mendapat talian internet yang laju. Sebab itu dikawasan pekan yang ramai orang ni, kelajuan untuk melayari internet sangat memuaskan hati. Ditambah pula pada waktu malam, tidak ramai yang online, kelajuannya meningkat sekali atau dua kali ganda berbanding pada waktu siang. Sebab itu aku selesa menggunakan Celcom Broadband setakat ini. Baru sahaja 3 bulan, nantikan pula siri ujian aku selepa 6 bulan dan setahun. Aku masih rasa pembayaran RM68 sebulan untuk Celcom Broadband ini agak berbaloi walaupun ketika di Damak, linenya macam siput tak cukup gas petrol. Sekurang-kurangnya, income blogging yang aku dapat mampu menampung kos untuk talian Celcom Broadband dan beberapa bil yang lain. Kalau takde line internet, memang sakit jiwa kadang-kadang. Aku syukur, aku punya kemampuan untuk melanggan Celcom Broadband. Ada orang tak mampu. Ada orang nak pakai handset pun tak mampu. Nak makan nai dengan tomyam pun tak mampu..

Ps: Aku macam tak percaya pulak. Pagerank blog ni naik ke PR3. Biar betul. Ke aku silap tengok tadi. Wehh, google dah update pagerank ke??

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya, seperti yang kita tahu, skuad hoki Malaysia kalah dengan Pakistan. Mungkin seperti yang ramai duga, Malaysia akan kalah dengan Pakistan. Bila aku lihat sudah tinggal 5 minit terakhir, aku yakin yang skuad hoki kalah kali ini dan mahu tak mahu, terpaksalah mereka bertarung pada pusingan kelayakan untuk mencari tiket ke Sukan Olimpik 2012 nanti. Yang aku kurang berkenan bila aku tengok hoki, hampir separuh pemain hoki malaysia wat macam-macam style kat rambut diorang. Tobek sana, toreh sini, botak pun ada, rambut macam ronaldo pun ada. Apa kes? Sebelum ni, elok aje rambut diorang masa lawan India. Takkan bayar nazar kot sebab menang dengan India? Aku rasa sebab gunting rambut ini boleh dimasukkan juga dalam faktor-faktor kekalahan Skuad Hoki Malaysia dalam Sukan Asia kali ini. Aduhaiii..

Lupakan seketika tentang kekalahan hoki dalam Sukan Asia kali ini. Yang pasti Skuad Malaysia berjaya mencapai target mereka untuk mendapat 9 pingat emas dalam kejohanan kali ini. Mereka berjaya mendapat 9 emas, 17 perak dan 13 gangsa. Keseluruhannya pula adalah 39 butir pingat berjaya dikutip untuk edisi kali ini. Aku ucapkan tahniah kepada skuad kali ini kerana berjaya membawa banyak pingat dan mengharumkan nama negara. Pasti ada imbuhan kepada mereka-mereka yang berjaya mendapat pingat emas nanti. Dari segi kedudukan pula, Malaysia ditangga ke 9 dari 25 negara yang bertanding dalam Sukan Asia kali ini. Itu pencapaian yang agak bagus dan aku kira ianya lebih baik berbanding negara-negara yang lain. China Korea Selatan dan Jepun, memang 3 negara hebat yang tidak dapat disangkal lagi. Aku harap, Malaysia akan menjadi pesaing ketat kepada 3 negara itu dalam tempoh 10 tahun lagi. Ya, aku tahu lama. Tapi itu sahajalah tempoh yang aku rasa agak sesuai untuk kita meletakan sasaran untuk skuad Malaysia nanti.

Hari ini, aku tak pergi mana-mana. Kerja pun dah setel. Balik dari solat Jumaat, terus melayan surat khabar dan air teh kundur. Lega dapat berehat seketika. Kawan aku ajak aku pergi Indonesia bulan Disember nanti. Aku tengah fikir, nak pergi ke tak. Budget memang murah. Tak sampai 500 ratus. Dah boleh joli kat sana. Tapi tengoklah, aku akan beri keputusan dalam masa yang terdekat. Dan kalau aku kata setuju, aku kena buat passportlah gayanya.

Oklah, waktu untuk bekerja..

Ps: Korang pernah dengar tentang CBAleads tak? icon smile Melancong ke Indonesia

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011