Ini satu lagi bayaran komisen yang aku dapat dalam bulan ini. Yahh, komisen kali ini datangnya dari program Innity. Ini komisen kedua yang aku terima dari Innity. Tak banyak. Tapi ternyata Innity masih gagah membayar setiap ahlinya pada setiap bulan. Untuk bayaran seterusnya, aku juga sudah layak. Dan kita tunggu aje bayaran komisen ketiga dari Innity nanti.

Yang kurang bestnya, bayaran komisen ini mengambil masa selama 45 hari. Jadi, selepas 45 hari, barulah aku dapat duit tu ke akaun bank kita. Innity akan bayar terus ke akaun bank kita dan aku memilih Maybank untuk memilih bayaran dari Innity dan setakat ini tak ada masalah dengan Innity melainkan serangan Malware hari tu. Kini, bukan aku sahaja masih boleh buat duit dengan Innity, tapi ramai orang dan blogger sudah berjaya buat duit dengan program Innity.
Syarat untuk membuatkan blog kita berjaya diluluskan oleh pihak Innity sudah semakin ketat dan aku kira ini salah satu cara untuk pihak Innity memilih blog-blog yang betul-betul layak untuk para advertisernya. Bagi aku tak ada masalah selagi kita mempunyai blog yang mempunyai kriteria yang cukup untuk melayakkan kita menerima peluang untuk buat duit dengan Innity. Syarat utama, pastikan blog korang mempunyai trafik yang cukup tinggi. Jika korang ada blog high trafik, ini peluang korang untuk mencuba Innity. Ianya berbeza dengan Nuffnang dan Mangga Ad. Tapi sekurangnya, ini peluang terbaru untuk blogger tempatan buat duit dengan cara yang hampir sama. Hanya memerlukan blog untuk menjana pendapatan diinternet. Tidaklah blog korang sunyi tanpa apa-apa hasil.
Boleh rujuk kat sini: Innity
Ps: Baru makan sate. Tapi rasa lapar lagi. Haha..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















