Ini satu lagi bayaran komisen yang aku dapat dalam bulan ini. Yahh, komisen kali ini datangnya dari program Innity. Ini komisen kedua yang aku terima dari Innity. Tak banyak. Tapi ternyata Innity masih gagah membayar setiap ahlinya pada setiap bulan. Untuk bayaran seterusnya, aku juga sudah layak. Dan kita tunggu aje bayaran komisen ketiga dari Innity nanti.

innitysecondpayment Komisen kedua dari Innity


Yang kurang bestnya, bayaran komisen ini mengambil masa selama 45 hari. Jadi, selepas 45 hari, barulah aku dapat duit tu ke akaun bank kita. Innity akan bayar terus ke akaun bank kita dan aku memilih Maybank untuk memilih bayaran dari Innity dan setakat ini tak ada masalah dengan Innity melainkan serangan Malware hari tu. Kini, bukan aku sahaja masih boleh buat duit dengan Innity, tapi ramai orang dan blogger sudah berjaya buat duit dengan program Innity.

Syarat untuk membuatkan blog kita berjaya diluluskan oleh pihak Innity sudah semakin ketat dan aku kira ini salah satu cara untuk pihak Innity memilih blog-blog yang betul-betul layak untuk para advertisernya. Bagi aku tak ada masalah selagi kita mempunyai blog yang mempunyai kriteria yang cukup untuk melayakkan kita menerima peluang untuk buat duit dengan Innity. Syarat utama, pastikan blog korang mempunyai trafik yang cukup tinggi. Jika korang ada blog high trafik, ini peluang korang untuk mencuba Innity. Ianya berbeza dengan Nuffnang dan Mangga Ad. Tapi sekurangnya, ini peluang terbaru untuk blogger tempatan buat duit dengan cara yang hampir sama. Hanya memerlukan blog untuk menjana pendapatan diinternet. Tidaklah blog korang sunyi tanpa apa-apa hasil.

Boleh rujuk kat sini: Innity

Ps: Baru makan sate. Tapi rasa lapar lagi. Haha..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 14 comments. Apa plak komen korang?
alantanblog - 19 Oct 10 at 14:41:43
Saya dah cuba Innity, macam tak bagus je…asyik keluar iklan masyarakat yg color hijau tu je

Anyway, Tahniah!
zool - 19 Oct 10 at 14:46:39
aku guna innity utk blog kete.. traffik tak tinggi tapi diterima.. mungkin sebab niche kot.. tapi lambat lagi nak dpt payout sbb traffik tak tinggi
Shukor - 20 Oct 10 at 02:39:11
Hmmm, saya masih belum mencuba lagi program innity ni.

P/S: Nak kenyang, makan sate dengan nasi himpit sekali…hehehe :)
nurin - 20 Oct 10 at 02:51:26
wahh..bagusnya. leh makan sate. dah lama tak makan sate..
GM - 21 Oct 10 at 08:20:33
Den pun mengalami kesukaran untuk mendaftar innity ni. Da ketat sangat diorang tapis satu2.. :D
debtrunner - 22 Oct 10 at 04:12:26
hoho..tahniah bro..tahniah.. :)
titan - 24 Oct 10 at 04:45:15
Alan. Memang selalu keluar. Tapi biasanya memang banyak iklan akan keluar. Setakat ni takde masalah sangat. Aku cuma guna 2 blog yg trafiknya memang tinggi setiap hari. So far, kira ok gak la. Dah cukup untuk bayaran ketiga. Cuma kena tunggu 45 hari aje lagi..

zool. Blog kereta? Wahh, niche yang menarik. Mesti ada follower tersendiri. Bagus tu..

Shukor. Bolehlah cuba nanti. :)

nurin. Haa, gi je pasar malam. Mesti ada orang jual sate kan?

GM. Aah. Sangat ketat. Aku rasa cam nak submit lagi satu atau dua blog. Tengoklah nanti camana..

debtrunner. Sama-sama. :D
abdfatah - 24 Oct 10 at 04:57:00
oh sunyinya tanpa apa apa hasil dengan blog…
abdfatah - 24 Oct 10 at 05:00:33
blog aku macam tak lepas aje… takder update daaa…
zik - 24 Oct 10 at 12:15:31
dah makin susah requiremement.. aku punya blog traffic ntah berapa jer… huhu…. :-)
titan - 24 Oct 10 at 14:26:07
Abdfatah. Haha..kena rajin update. Kekadang diorang email aku gak. Suruh update blog aku sebab ada sekali tu, lama plak aku tak update..

zik. Aah. Making susah. Traffic memang kena banyak gila kalau nak apply Innity nih..
akazuma - 26 Oct 10 at 01:55:22
wahh. banyak tuh wehh..takkan bayar domain aje. bila nak belanja aku ni wehhhh
titan - 03 Nov 10 at 21:53:45
akazuma. boleh je. datang damak atau jerantut la wehhhh.. :)
ainun - 29 Aug 11 at 13:50:24
besnya innity….xpernah guna lg



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011