Tahniah kepada pasukan Kelantan yang berjaya menang dengan pasukan Selangor. 3-0. Fuhh, kena teruk malam ni dan aku rasa memang Kelantan layak menang. Walaupun tak banyak serangan, tapi semua serangan membuahkan hasil. Berbeza dengan Selangor, mungkin tak ada rezeki atau percaturan tak menjadi, satu gol pun tak dapat. Nak buat macam mana, kalah tetap kalah.
Lupakan kejap pasal bola, hari ini aku nak share komisen ketiga yang aku terima dari Squidoo. Program ini serupa macam Triond dan Bukisa. Kita akan dibayar jika artikel yang kita buat itu mendapat banyak hits dan ramai yang membaca artikel tersebut. Aku sendiri tak sangka program yang agak lama aku tinggal memberikan aku sedikit hasil pada bulan ini. Kira oklah dan aku rasa aku akan tetap dapat bayaran dari program ini dari masa ke semasa. Mungkin aku boleh tambah lebih banyak artikel pada masa hadapan.

Korang boleh rujuk artikel-artikel yang pernah aku tulis dalam blog ini yang berkaitan dengan Squidoo, Triond dan Bukisa. Kebanyakkan sama dan tips untuk buat duit bagi Squidoo juga tidak banyak bezanya dengan program lain. Yang paling penting, korang kena banyak buat promosi dan teruskan plan pemasaran korang. Aku yakin yang setiap usaha yang kita lakukan, akan dibalas dengan pelbagai cara yang berbeza.
Nak join Squidoo? Daftar kat sini: Squidoo.com
Squidoo bayar kita melalui akaun paypal. So, nak tak nak, kenalah ada akaun paypal. Mudah sikit diorang nak bayar kat kita. Kalau korang ada skill menulis artikel, jangan segan-segan untuk sertai program ini. Yang pandai main SEO, inilah peluang korang untuk buat duit bagi jangka masa yang panjang. Ini juga target aku masa aku join Squidoo dulu. Nahh, dapat gak komisen walaupun dah lama tak promosikan artikel-artikel aku tuh. So, nak buat duit dengan Squidoo atau tak, terpulang pada korang. Nak lebih, kena join banyak program dan kena fokus. Itu sahaja.
Ps: Mantera. Transformer versi Malaysia. Korang pernah dengar tak?
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















rina. Ramai yang lebih kepada promosi aje..
nak kena giat aktifkan lagi dengan squidoo nih…