Dalam 2-3 minggu ini, aku terperasan yang kawasan rumah aku ni banyak pulak nyamuk. Setiap malam, kalau tak sembur bilik dulu dengan shildtox atau ridsect, mesti sakit kepala bila nak masuk tidur. Bukan apa, aku takut antara nyamuk-nyamuk yang kelaparan tu ada pulak terselit Nyamuk Aedes. Kalau kena gigit, bisa memang tak ingat dunia, sakit memang tak ingat neraka. Dan aku rasa ramai dah orang kita yang meninggal disebabkan oleh demam denggi dan salah seorang daripadanya adalah pemain golf professional negara iaitu Ali Kadir yang meninggal dunia sembilan tahun yang lalu.
Tadi aku baca berita harian, ada satu artikel yang cerita tentang kes Nyamuk Aedes ni. Tentang bahaya, jenis demam denggi, demam denggi berdarah dan kes-kes pelik tentang Nyamuk Aedes ni. Biasanya demam denggi nih akan dapat kita ketahui dengan beberapa tanda seperti ruam dan demam panas. Dan biasanya demam panas tu berlarutan sehingga seminggu atau lebih. Dan dalam masa yang sama korang akan sakit kepala, sakit dibelakang mata, sakit otot, sakit sendiri dan ruam akan mula timbul ketika itu. Lepas itu, bintik-bintik merah akan kelihatan dibawah kulih. Dari artikel yang aku baca tu, ianya disebabkan jumlah leukosit dan platelt dalam darah semakin berkurangan.
Dan yang paling teruk kalau korang kena demam denggi berdarah. Antara tanda-tandanya ialah demam yang sangat panas dan berterusan, berlaku pendarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Kemudian, pendarahan yang berlaku biasanya hadir melalui bintik-bintik merah dbawah kulit, perdarahan hidung, gusi mudah berdarah, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing pun berdarah dan kadang-kadang haid yang berlebihan. Selepas itu, pesakit biasanya akan kesejukan, kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nada. Pada saat ini, pesakit mudah resah dan badannya lemah. Malah, mudah mendapat sawan. Menurut artikel yang aku baca tu, demam ini dipanggil demam berdarah Filipina. Fuhh, sangat merbahaya dan aku rasa kita kena buat sesuatu untuk mengelakkan daripada berlakunya demam denggi ni. Baik berdarah atau tidak. Tak sanggup aku tengok darah hari-hari..
Sehingga kini, belum ada penawar yang tepat untuk penyakit denggi dan sama-samalah kita berusaha untuk tidak dapat penyakit yang merbahaya nih. Jadi, bersihkan bilik korang dan jangan biar ada air yang bertakung. Mulalah rajin basuh pinggan dan cawan. Jangan lupa lap cawan-cawan tersebut. Yang rajin menanam bunga dalam pasu, sila buat siasatan mengejut selepas ini ke atas pasu-pasu bunga korang. Mana tahu ada yang bertakung. Nanti tak pasal-pasal korang kena denda sebab menternak nyamuk Aedes walaupun dengan atau tanpa lesen.
Itu sahaja. Kredit pada Berita Harian sebab keluarkan artikel macam ini. Bagus gak bila ada artikel macam ni. Biar menyedarkan sikit perangai orang kita yang selalu sangat malas. Buat duit pun malas, jaga kesihatan pun malas. Fikir nak senang dan nak mudah aje.
Ps: Fuhh..operasi membersihkan bilik dan rumah telah dijalankan hampir 70%. Selebihnya akan disambung pada esok hari sebab terlampau penat dan tak tahan dengan bau-bau shieldtox yang menguasai ruang udara. Oksigen..oksigen..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 33 dari Text Link Ads | 10 Cara pencegahan Pembiakan Nyamuk Aedes »
















bukan apa, nak bagi asap rokok keluar jer.. =P
apapun, nyamuk aedes ni memang merbahaya gila..mintak dijauhkan la..