Ok. Seperti yang aku duga aku telah menerima bayaran komisen kedua dari program Pay-to-Promote.net atau PTP. Tak banyak, tapi aku yakin setiap bulan aku akan terima dua kali bayaran dari program ini. Memang tak banyak macam income Ebayer ataupun Pemain CPA, tapi sekurang-kurangnya apa yang aku lakukan ini dapat membuktikan yang program ini bukan program scam dan masih membayar ahli-ahlinya seperti biasa pada setiap bulan. Cuma aku harap tak jadi macam Surfjunky yang tak pernah langsung nak bayar ahli-ahlinya..

Cara nak buat duit dari program ini senang aje. Jika korang ada banyak blog yang kebanyakkan trafik blog tersebut datangnya dari luar negara dan bukan negara Asia, aku yakin korang akan berjaya buat duit dengan PTP.net ni. Satu lagi, jika blog korang tu letakkan tidak banyak banner affiliate dan letakkan juga code PTP ni dekat tempat yang mudah dilihat dan ada potensi untuk diklik oleh para pelawat. Contohnya letak kat bahagian header atau sidebar.
Mungkin ada sesetengah blogger lain yang kata bila diklik ke banner PTP, website yang korang lawati tu akan crash atau menganggu keadaan blog-blog korang. Itu aku kurang pasti dan aku tak tahu mengapa ianya berlaku. Mungkin berlaku pergaduhan dari segi skrip dan code yang ada dalam blog-blog korang. Jadi, itu pasal berlakunya crash atau apa-apa yang menyebabkan korang langsung tak dibayar setelah meletakkan code PTP setelah sekian lama. Alhamdulillah, setakat ini tak ada masa. Dan aku yakin korang juga boleh buat duit dengan program ini jika korang yakin yang korang juga boleh buat duit. Kalau korang tak yakin, memang sah-sah korang takkan dapat duit. Setakat hampir 1 bulan lebih bersama dengan PTP, aku tidak mempunyai sebarang masalah dengan mereka. Ingat, aku telah lebih setahun bersama PTP, cuma satu bulan lepas sahaja aku aktif mempromosikan dan cuba buat duit dengan Pay-to-Promote.net dengan jayanya.
Nak cuba? boleh pergi daftar kat sini: PTP.net
Ps: Ada berita tak baik hari ini. Buat aku rasa sengal semacam aje..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan 10den.com | Komisen ke 33 dari Text Link Ads »
















debtrunner. Sama-sama. Sekarang ni pun dah cukup untuk bayaran ketiga. 15hb nanti dapatlah kot..
nanti leh belanja kalau jumpa..