Archive for October 2010


Today, i found another good Home Based Business Program. It was different from other home based business program i ever found and it seems active until today. This program have good feedback and support and when i do some reasearch, this program was supported by many people in this world inclusing webmaster, blogger and internet marketer. If you love to found something different and unique business program, Free Join this Home Based Business Program.

homemadebusinesswebsite 300x143 Home Based Business Program


This website also give you chance to interact with many people. It likes another another social network for home based business. Not only you can use it to get network for your business, you can share your business with others. Might be you can found another good people who can give you chance to improve your network and increasing your potential income. I do agree that this website have many active member that always give support.

Yahh, if you asking me I’ve already join this Home Based Business Program, i admit that i just join this program. Still green. But i believe i can learn and gain something useful from this Home Based Business Program like gathering partner, make profit, promote my product, know new friends, learn many marketing tips and make money from this program. It still new and i need to learn more.

If you are blogger, you can use this program to blog something interesting around you. You can share anything with this program and works together with many active member in this program. You are not alone. If you don’t know anything about how to make partner, how to create network or how to run your business, never feel bad. This is the time to learn and know something better. Don’t forget, you are Free Join Site For Home Based Business now.

If you are Internet Marketer, this is the right place to market your product. You have useful product? This is the good place to sell your product and make profit. I know many place on internet you can use, but please don’t forget to try this program to increase your chance to make big money.

You can go here: Free Join Site for Home Based Business icon smile Home Based Business Program

Ps: Yahh, it will take time. Rom never build in one day. It goes same with Home Based Business. But this is another good short-cut to learn and make your home based business in right track.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Secara jujurnya, dalam seminggu ini aku banyak tak update blog dan tak buat apa-apa promosi yang agak berat untuk buat duit dan mencari network mahupun membina backlinks. Ini semua penangan permainan Monopoly City yang baru aje aku ambil dari kawan aku. Sebaik sahaja install game tersebut, terus aku main siang dan malam. Memang boleh jadi gila dibuatnya bila main game berhantu ini. Aku ni memang kaki game. Even game yang simple-simple pun aku boleh ketagih nak main. Selagi aku tak menang semua komputer yang level “hard” dan tak pernah menang lawan 3 komputer berstatus hard, selagi tu aku takkan berhenti main game ini. Setakat ini, aku baru sahaja menang 2 komputer yang bertaraf easy. Kalau lawan one by one, memang aku menang semua komputer yang bertaraf easy, medium dan hard. Tapi bila lawan 2 komputer atau 3 komputer bertaraf hard, memang sakit kepala aku dibuatnya. Kena pula bila mereka bekerjasama untuk menjatuhkan aku. Haha..gila meroyan dibuatnya..

Ya. Itulah yang terjadi dalam minggu ini. Aku yakin korang pernah main game monopoly, Jutaria dan Saidina. Tapi Monopoly City ini sangat berbeza dan ianya berjaya membuatkan aku bermain berjam-jam dengan game ini. Tapi bila memikirkan sampai bila aku nak berterusan begini, baik aku buat sesuatu dan start malam tadi aku dah buat apa yang sepatutnya untuk mencari pendapatan lebih. Kalau tak, susah plak aku nak melancong pada hujung tahun ini. Nanti cuti tak buat apa. Memang setiap tahun aku akan buat siri-siri melancong didalam negara, jadi tak best plak kalau tak pergi mana-mana nanti..

Alhamdulillah, 2 orang kawan yang bekerja disini sudah mula menulis blog masing-masing selepas belajar sediki demi sedikit tentang dunia blog dengan aku. Tak kenakan apa-apa caj pun. Itupun sebab diorang memang berminat nak belajar tentang blog dan setelah mengetahui aku dapat buat duit dengan blog. Entah siapa yang baik hati promosi nama aku pun aku tak tahu. Tapi aku bersyukur jika apa yang diorang belajar itu dapat membantu diorang buat duit dengan blog dan mengenali blog dengan lebih baik lagi. Cuma, aku harap jangan hangat-hangat tahi ayam aje. Kalau tak, satu pun kita takkan dapat. Apapun, all the best untuk mereka!

Dan jika ada yang berminat untuk buat duit dengan blog, jangan mudah putus asa dan teruskan belajar dan cari ilmu yang berkaitan dengan blog. Memang ianya akan mengambil masa dan memang ianya agak menyakitkan jiwa, tapi ianya lebih baik daripada kita tak dapat apa-apa langsung dari blog kita tu. Sekurang-kurangnya, kita belajar sesuatu yang istimewa di dunia ini.

Ps: Tengah sibuk bermain MonopolyCity dengan hati yang geram..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Rasanya sudah beberapa hari aku tak menulis apa-apa kat blog nih. Boleh dikatakan seminggu ni memang antara minggu yang agak sibuk buat diri aku. Memang niat dihati nak menulis sesuatu dan banyak juga yang hendak dikongsikan. Tapi bila dah tak dapat nak online dan update blog, aku tak dapat kata apa-apa. Berserah sahajalah padanya dan alhamdulillah, hari ini, aku mampu tulis sesuatu..

tnxpaymentoktober2010ke611 Komisen ke 61 dari TNX


Tak lain dan tak bukan tentang salah satu program kegemaran aku iaitu Tnx.net. Satu lagi bayaran aku dah dapat dan aku bersyukur yang aku dapat income dari program ini. Ini merupakan komisen yang ke 61 dari program Tnx. Walaupun kadang-kadang aku dapat point yang cukup ciput dan kadang-kadang aku dapat point yang agak tinggi dari Tnx. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin disebabkan oleh code Tnx yang aku gunakan itu bermasalah atau code Tnx itu tidak dapat berfungsi dengan baik dengan wordpres theme yang aku gunakan atau benda-benda yang diluar jangkaan aku. Itu sukar untuk dijawab dan aku masih lagi mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut.

Antara masalah lain dengan Tnx ini adalah untuk membuatkan blog-blog yang kita submit itu akan diluluskan. Syaratnya memang makin ketat dan aku rasa kalau blog korang tu masih baru. Jangan hantar dulu ke pihak Tnx. Repair apa yang patut dan cukup 2-3 bulan, baru submit blog kita tu. Ini yang aku buat dan yang paling lama, setelah aku bela blog tu lebih 6 bulan, baru aku submit ke Tnx dan seperti yang aku duga, blog yang berusia 6 bulan tu berjaya diluluskan oleh pihak Tnx dan memberikan aku banyak point pada setiap bulan. Korang boleh tiru cara aku ni kalau berminat atau cipta cara korang sendiri untuk memastikan pihak Tnx meluluskan blog-blog korang tu. Syarat utama untuk buat duit dengan Tnx adalah blog yang kita buat tu, mesti diluluskan oleh pihak Tnx. Kalau tak lulus, korang takkan dapat 1 sen pun dari program ini.

Minat? Boleh cuba kat sini: Tnx.net

Oklah mata dah ngantuk. Aku pun dah sakit kepala main Monopoly City ni. Dari 9 kali main, 7 kali aku kalah lawan komputer, 1 kalah aku resign dan 1 kali aku menang. Punya susah nak main game nih..

Ps: Celcom Broadband aku laju sikit malam nih. Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Apa khabar semua? Ya. Aku berada di Banting pada ketika ini. Sempena cuti ni, aku mengambil peluang untuk pulang ke Banting. Esok, aku akan bertolak semula ke Damak atas urusan kerja seperti biasa. Memang seronok gak duduk rumah nih. Buang masa dengan tidur dan membaca manga online.

Hari ini, aku nak share dengan korang satu lagi website untuk baca manga online. Jika dulu aku ada cerita tentang Onemanga, tapi hari ini aku nak cerita satu lagi website yang mempunyai modus operandi yang sama tetap tak kalah dengan Onemanga dari pelbagai segi. Website tersebut adalah Mangareader.net.

Mangareader berfungsi sama macam Onemanga. Menyediakan manga untuk dibaca secara online setiap minggu. Dan aku rasa banyak juga manga yang ada dalam list mereka seperti Detective Conan, Naruto, One Piece, Bakuman, Bleach, Toriko dan banyak lagi. Walaupun tidaklah sebanyak Onemanga, tapi aku yakin mereka ada list yang besar untuk menarik pembaca manga online seperti aku untuk terus membaca. Aku yakin ramai antara korang yang pernah menjadi peminat Onemanga akan tercari-cari website lain sebagai pengganti. Nah, aku berikan satu lagi website yang mungkin boleh menggembirakan hati korang yang sedih akibat apa yang melanda pada Onemanga.

mangareader Baca Manga Online di Mangareader.net


Dari segi loading, ianya agak pantas. Bergantung juga pada kelajuan internet korang. Kalau pakai broadband pun tak ada masalah melainkan tempat korang tu asyik terima EDGE aje. Jadi, kalau lambat tak payahlah buang masa korang untuk baca manga online nih. Masa aku kat Damak, aku punya Celcom Broadband terima line EDGE aje. Cukup laju untuk update blog, install wordpress, buka facebook, buka Gmail dan sebagainya. Tapi untuk download naruto, untuk torrent, untuk download file yang berat-berat ataupun untuk baca manga online dengan kadar yang laju, itu sangat membebankan Celcom Broadband aku. Tapi kalau aku di Jerantut, kat rumah bujang kawan aku tu, line celcom walaupun masih EDGE, kelajuannya sangat berbeza berbanding di Damak. 10-15x ganda laju ketika aku berada di Damak. Nampak sangatlah Damak tu hulu dan ceruk sangat. Mungkin pihak Celcom boleh buat sesuatu untuk mengatasi masalah ni. Ramai orang kampung yang nak main internet dan di Damak ni, ada satu je pusat jalur lebar bersaiz mini tetapi sentiasa penuh dengan budak-budak kampung. Masalahnya, tak ramai yang boleh guna dalam satu masa. Komputer terhad tapi bilangan yang nak guna internet, terlalu ramai. So, siapa cepat, dia dapat lah. Ini juga salah satu sebab aku melanggan Celcom Broadband walaupun aku tahu kelajuannya agak menghuru-harakan taman di dalam hati kecil aku..

Jadi, kalau korang berminat nak baca manga online, boleh terus cuba di Mangareader.net. Ini antara yang terbaik selain Onemanga. Aku yakin ramai yang akan senyum balik bila jumpa satu website yang berfungsi seakan-akan Onemanga. Aku bagi Mangareader 7 bintang jika Onemanga itu 10 bintang. HOho…

Ps: Aku banyak tidur masa cuti ni. Nak qada’ waktu-waktu yang tertinggal..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011