Aku yakin korang suka duit kan? Lagi-lagi kalau duit kertas RM50 yang baru tu. Ini ada satu lagi program yang menjadi ujikaji aku. Baru aje aku sertai dan aku rasa ianya boleh jadi satu lagi alternatif untuk Innity, Nuffnang, Advertlets, Adsense dan beberapa program yang sama waktu dengannya.
ADonion. Ini program yang aku aku nak kongsikan dengan korang. Modus operandinya lebih kurang kepada Innity. Cuma bezanya syaratnya tak berapa kekat macam Innity. Korang leh join dengan syarat blog atau website korang ada trafik dan lebih bagus jika trafik tu datangnya dari UK, US, Canada atau negara-negara selain negara asia. JIka blog korang mempunyai pelawat yang ramai dari negara-negara tersebut, aku yakin korang boleh buat duit dengan Adonion dengan bergaya dan cemerlang.

Perbezaan yang ketara dengan Innity, bila blog korang dah lepas dari siasatan Innity, korang akan terus dapat iklan yang akan bertukar ganti. Malah, korang boleh pilih mana-mana iklan untuk dibuang dari website korang. Tapi di Adonion, korang takkan dapat keistimewaan tu. Korang kena pilih mana-mana ads atau iklan yang korang rasa sesuai dengan blog korang dan korang kena request untuk mengiklankan iklan dari syarikat tu. Pendek cerita, korang yang tentukan iklan yang macam mana korang nak iklan di website korang. Cuma bergantung juga pada advertiser untuk luluskan iklan tu atau tidak. Di Innity, diorang dah urus tu semua manakala di Adonion, korang pula yang kena handle benda tu semua. Tak apa, jika korang tahu cara nak bermain di Adonion ni, senang aje nak buat duit dari program ni.
Selain itu, Adonion juga bagi korang letak berapa yang korang nak caj untuk harga setiap iklan yang korang request tu. Malah, nilai untuk satu klik pun korang leh tetapkan. Cuma untuk yang baru nak bermula, korang bid harga rendah sikit. Jangan tinggi-tinggi sangat. Kang kena reject, susah pula korang nak dapat peluang iklan dari syarikat yang korang request tu. Dalam part ni, kena bijak sikit la. Banyak iklan dari category yang berbeza. Tinggal pilih dan request aje.
Seperti di Innity, korang dibayar melalui cpm dan cpc. Lagi banyak impression dan hits ke blog korang, korang akan dibayar. Jika ada yang klik kat iklan tersebut, korang turut akan dibayar. Lebih kurang aje macam Innity. Jadi, boleh cuba jika blog korang ada banyak visitor dan mendatangkan banyak hits.
Bayaran? Diorang bayar dengan paypal atau cek. Korang pilih sendiri. Aku lebih suka dengan paypal dan aku yakin kebanyakkan korang sudah ada akaun paypal sendiri kan? Jika tak ada, korang kena buat. Nak main dengan program luar ni, nak tak nak, akaun paypal kena ada. Itu salah satu syarat asas untuk buat duit dengan blog.
Yang tak best, aku tak jumpa mana-mana ayat yang beritahu Adonion ni ada affiliate program. Jadi, aku tak dapat satu sen jika promosikan program ni. Tak apa. Korang nak join atau tak, aku tak paksa. Tepuk dada, tanya selera. Cuma ini salah satu alternatif sahaja. Jika berminat nak buat duit dengan Adonion , korang boleh join tanpa ragu-ragu.
Gi sini >> ADonion.com
Ps: Nama pun dah macam bawang. Aku suka makan bawang. Banyak khasiatnya.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« 10 Kisah orang yang liat bayar hutang PTPTN | Edisi Siasat: Buat Duit dengan Justafive »
















baca pun dah menarik hati inikan nak cuba heee…
satu saingan iklan yg hebat
Ingat lepas ni nak try cuba balik camne.
suri. Boleh cuba. Tapi adonion berbeza dengan innity. Tapi boleh dikatakan antara yang baik untuk dicuba.
hyprobulksms. Campur earning yang sama? Soalan ni aku tak berapa faham. Bid? Diorang ada requirement sebelum diorang accept big kita. Kalau cukup syarat, diorang terima aje. Tapi biasanya, kalau blog korang memang banyak trafik, lagi-lagi dari luar, memang senang la nak lulus bid tu.
debtrunner. Ada kot. Lawan sikit-sikit ajer tuh. Hehe..
aadigoth. Ada banyak program. Yang penting, kena berani cuba. Kalau bab rapidshare nih, leh cuba cam bidvertiser ke, adbrite ke, widgetbucks ke kalau tak berani nak cuba adsense. Nuffnang dan Advertlets pun boleh.
display boards. Yah. Give a try first.
merahkatak. Ok laaa..
GM. Dulu aku tengok pun macam ke laut. Tapi sekarang aku rasa dah banyak perubahan. Itu yang aku decide join benda nih.
ALi ridha. Ini cuma satu option. Tak ada paksaan. Tapi ini juga salah satu cara untuk cuba program baru dan lihat kemampuan kita dan blog-blog kita.