Buntu.

Dulu, ketika aku masih di universiti dan ketika aku berkongsi menyewa di Kingfisher, kawan aku pernah bertanya ketika aku sibuk update blog aku.

“Ko buat apa sebenarnya dok lama sangat depan komputer ni?”

Ketika itu aku masih lagi mentah dalam dunia blogging dan artikel-artikel aku pada tahun 2007 dan 2008 masih aku boleh anggap sebagai mentah dan kacau-bilau. Entri pun mengarut dan kadang-kadang tulis artikel pun macam gampang aje rasa. Jadi, aku jawablah dengan jawapan yang aku rasa agak sesuai untuk kawan aku tu.

“Aku nak cari duit. Nak tampung hidup aku kat bumi Sabah ni. Dan kalau boleh, aku nak kerja sebagai seorang blogger yang berjaya dan mampu menyara hidup aku dan keluarga aku.”

Itulah jawapan aku pada tahun 2007. Spontan aje. Dan aku kira kawan aku mungkin akan ketawakan aku dan rasa aku ni gila sebab ketika zaman itu orang tak tahu sangat benda-benda blog dan blogging ni. Semua rata-rata nak jadi Cikgu, Doktor, Jurutera dan pekerjaan-perkerjaan yang popular.

“Emm..aku rasa ko boleh. Mungkin ko akan jadi terkenal dalam 3-4 tahun lagi. Sebab aku rasa ko bukan jenis main-main dan memang ko ada masa depan. Cuma aku yakin yang tak ramai yang yakin dan suka dengan kerja yang ko buat ni. Yela, benda ni masih baru. Dan aku yakin 90% orang akan mempelekehkan apa yang ko buat dan mungkin ada orang yang akan hina kerja ko..bla..bla…”

Itu jawapan kawan aku. Dia tak adalah baik sangat dengan aku. Tapi cara dia berfikir buat aku rasa yang dia ni pun salah seorang yang pelik ketika menyewa bersama-sama dengan aku. Kini, dia adalah seorang engineer yang berjaya.

Sekarang, korang lihat aku. Apa yang korang nampak pada aku sepanjang korang baca blog aku? Adakah aku seorang blogger yang berjaya? Adakah aku popular? Adakah aku mampu sara hidup aku dan keluarga aku? Adakah aku cuma cakap kosong? Adakah aku cuma sekadar cukup makan dan adakah aku seorang yang diakui oleh ramai orang di negara aku?

Aku serahkan jawapan ini pada korang. Aku ada jawapan aku sendiri dan aku yakin dengan apa yang aku buat. Mungkin aku tidak lagi seorang blogger yang bekerja sepenuh masa sebab buat masa ini aku memang blogger separuh masa. Awal tahun 2010, memang aku jarang untuk online dan teruskan kerja-kerja internet aku ni disebabkan pekerjaan aku sekarang dan alhamdulillah pada pertengahan tahun ini aku dapat semula rentak yang aku tinggalkan. Walaupun mungkin tidak segagah dulu. Aku masih berjaya menulis blog dan meneruskan legasi yang aku rancangkan ketika aku berumur 21 tahun dulu. Jadi, apakah yang aku rasa sekarang tentang diri aku?

Sekali lagi, aku pinta korang fikirkan jawapan yang sesuai. Untuk berjaya dalam apa yang korang dan aku lakukan, semuanya ada dalam diri masing-masing. Aku mungkin tidak sehebat blogger lain, aku juga mungkin tidak sekaya Bill Gates, dan aku juga tidaklah sehebat dan selaju pukulan Bruce Lee. Tetapi, dalam diri aku, ada sesuatu yang aku yakin tidak ada dalam diri orang lain. Mengakui diri kita hebat, adalah satu bentuk motivasi yang mampu menghasilkan sesuatu dalam kehidupan kita. Pernah korang katakan yang korang hebat? Jika pernah, ucapkan tahniah pada diri korang sebab korang yakin yang korang hebat. Tapi kalau korang tidak hebat, mulalah berfikir sekarang. Aku hebat.

Aku baru balik dari Mentakab. Temankan kawan aku ambil kereta dia yang baru dia beli. Mempunyai seorang kawan yang ingin meminta pertolongan juga menjadikan kita rasa diri kita hebat. Bukan senang untuk mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian. Kenapa? Kita tidak selamanya hebat. Ada masa kita dibawah. Ada masa kita ditepi dan ada masa kita dipinggirkan. Jadi, selagi ada masa dan keupayaan, lakukannya dengan perasaan hebat dalam diri masing-masing. Aku tahu kurang elok untuk membanggakan diri sendiri. Tetapi jika sepanjang masa korang rasa diri korang tu lemah dan merendah diri sepanjang masa. Korang akan rasa diri korang kekurangan sesuatu. Jadi, berbanggalah korang dengan diri korang. Kita antara salah satu perkara ajaib dan hebat di dunia ini.

Ps: Celcom baru je bagi aku 200 lebih MMS percuma. Apa benda aku nak buat dengan MMS banyak tuh..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 7 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 23 Sep 10 at 00:43:57
aku rasa ko hensem. Hehe..
topo - 23 Sep 10 at 01:09:09
yg atas2 tu semua aku tak nak komen..
kenapa celcom bagi ko 200 MMS weh.. jeles aku.. haha
tini - 23 Sep 10 at 02:19:34
aah. kenapa celcom leh bagi plak.. :)
suhaili - 23 Sep 10 at 15:46:25
titan mmg hebat..tp hp aku x bleh antar mms la plak..selalu fail..pnh tak jd kat korang..
Afzai Afandi - 23 Sep 10 at 15:55:34
titan…
kelebihan ngko pada kerajinan nko manage blog2 serta program2 yg ngko join..banyak tul yg nko buat…aku mmg x mampu nak buat mcm ngko buat sekarang.

untuk lebih berjaya pada masa2 mendatang, aku rasa ngko kena tumpukan pada satu bidang yg ngko rasa boleh make big money..sebabnya akan datang komitmen kita akan semakin bertambah..

so, aku pasti ko akan lebih sukses
wiah - 24 Sep 10 at 03:26:12
hemm. rajin. suka buat ujikaji dan rasanya blogger yang sangat berbeza banding yg lain.
ainun - 29 Aug 11 at 14:04:27
orang hebat…betul



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011