Sejak 2-3 hari yang lepas, kita dah ribut dengan kisah satu program panas iaitu Innity yang telah diserang oleh malware dan benda ni berjangkit kat semua blog yang memaparkan iklan Innity termasuk dua blog aku yang menggunakan Innity. Sampai hari ini kedua-dua blog itu masih lagi dalam status merah apabila korang tersesat ke dua blog tersebut iaitu abrablog.com dan ohmelayu.com. Kedua-dua blog itu masih boleh dilawati tanpa masalah dengan menggunakan browser IE. Tapi kalau korang guna Mozilla, memang takkan lepas punya. Memang agak annoying. Tapi itulah sahaja caranya kalau korang betul-betul nak melawat ke dua blog tersebut.

Aku dah cuba cara untuk hilangkan malapetaka tu dengan buang semua code yang berkaitan dengan Innity di kedua-dua blog itu. Aku juga sudah minta Google Webmaster tool buat review semula dan lihat apa yang akan jadi selepas ini. Berapa hari agaknya kedua-dua blog aku itu akan kembali seperti sedia kala? Dengar cerita akan ambil masa dalam 24 jam. Mungkin cepat dan mungkin lambat.

Ada satu lagi cara untuk hilangkan benda nih. Delete theme wordpress korang dan gantikan dengan theme yang baru. Pastian juga korang scan apa-apa yang patut kat hosting korang. Kalau tak tahu sangat, boleh tanya pihak hosting untuk dapatkan bantuan dan khidmat nasihat. Tidak pun, korang hantar email ke pihak Innity untuk minta bantuan mereka agar dapat mereka bantu menyelesaikan masalah blog-blog korang yang dikatakan kena malware tu.

Website Innity.com masih gagah seperti biasa. Cuma Innity.net sahaja yang masih dalam maintaiance. Tapi beribu blog rasanya masih dalam keadaan gundah-gulana. Benda ni susah nak cakap. Bila dah jadi lagu ni, tak perlu nak tuding sape-sape. Kita bersabar sahaja dan cubalah mana-mana cara yang korang rasa sesuai. Kalau korang takut blog korang jadi lagi teruk, jangan kacau apa-apa. Kang usik sana, usik sini, semua data dalam blog korang hilang entah ke mana. Jadi, hati-hati ketika usik sana, usik sini. Silap usik, boleh nangis setahun dua hari rasanya..

Support dari Innity? Aku rasa diorang dah bagi respon dan support yang terbaik. Dalam dua hari ini, aku dah dapat 3 email yang beritahu situasi semasa dari masa domain Innity ni kena suspend sampailah dah re-activated semula. Kiranya mereka sanggup udpate dengan para blogger untuk beritahu apa yang terjadi. Malah, ada yang sanggup pergi ke sesetengah blog untuk reply dan komen kat artikel-artikel yang menceritakan masalah Innity dengan malware. Jadi, good job!

Ps: Berita baik, kedua-dua domain aku dah ok. Memang ambil masa beberapa jam lepas kita mintak diorang buat review.  Kira ok gak lah dan aku harap Innity akan buat sesuatu tentang benda ni agar tidak akan berulang lagi..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 11 comments. Apa plak komen korang?
paeh - 21 Sep 10 at 17:42:32
apasal belog aku tak kena…?
titan - 21 Sep 10 at 17:52:26
tak kena? Tak tahulah plak aku paeh oii. Mungkin sebab ko handsome kot? Hehe..

Tapi memang semua blog aku yang ada iklan innity nih dapat notifikasi malware tu..
merahkatak - 22 Sep 10 at 02:41:18
hemm..patutla nampak benda warna merah kat seseetngah blog..
Amim - 22 Sep 10 at 03:58:44
banyak blog yang xdpt masuk gara2 menatang nieh..
titan - 22 Sep 10 at 15:33:10
merahkatak. Hehe..sesetengah? banyak wehh. hehe..

Amim. Nak tak nak, kena la tunggu. Tak sanggup tunggu, gi law masuk webmaster tool dan mintak depa wat review..
tini - 23 Sep 10 at 02:24:48
dah okey da sekarangg.
wiah - 24 Sep 10 at 03:27:39
dah takde sekarang. Semua dah setel kot.
Rhia - 24 Sep 10 at 05:19:47
Isu malware tersebut telah diselesaikan dan sistem adalah bebas dari sebarang ancaman dan serangan. - anda boleh mengaktifkan skrip iklan sekarang tanpa sebarang masalah dan anda tidak akan menghadapi sebarang isu untuk memuat naik iklan anda.. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.innity.com/announcement/ atau http://blog.innity.com/
Rhia
(Marketing Manager @ Innity)
Ali ridha - 24 Sep 10 at 08:18:46
sabar je la semua.cubaan dalam
berblogging.hehehe…….
titan - 09 Oct 10 at 04:06:43
tini. Sudah ok sekarang. Takde masalah sudahhh..

wiah. Betul. :)

Rhia. TErima kasih kerana selalu update.

Ali ridha. Yahh. Semua ni, COBAAANN..
ainun - 29 Aug 11 at 14:05:04
oo…ada masalah juga ya



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011