Aku rasa ramai yang dah tahu tentang Fiverr. Ikutkan, aku malas nak sentuh sangat program ni. Tapi aku nak tulis gak sebab aku rasa benda ni macam best sikit nak dikongsikan. Ini sedikit pandangan aku tentang Fiverr.

1. Program ni nampak mudah. Tapi belum tentu mudah. Ada beberapa perkara yang tak mudah. Korang tak mudah nak dapat job 5 dollar tu. Bila korang dah buat job offer. Lom tentu ramai orang berminat kalau korang tak pandai nak tarik perhatian advertiser. Korang rasa ramai tak berminat dengan offer yang korang buat tu?

2. Bayaran 5 dollar tu, korang cuma akan dapat 4 dollar aje. 1 dollar lagi, bayaran perkhidmatan untuk Fiverr. Kiranya cam upah untuk Fiverr. Itu kalau satu orang. Kalau 1000 orang berjaya dapat 5 dollar setiap seorang, ini bermakna 1000 dollar dah masuk poket Fiverr. Senang-senang aje tu kan? So, apa kat korang create satu program yang sebijik macam Fiverr? Mesti lumayan kan poket korang lepas tu?

fiverr Edisi Siasat: Buat Duit dengan Fiverr


3. Aku lebih berminat untuk pilih mana-mana job berbanding untuk buat kerja yang berlambak kat Fiverr tu. Dapat 1000 follower kat akaun Twitter hanya dengan bermodalkan 5 dollar. Fuhh..senang dah kerja korang. Tak yah sakit kepala nak cari 1000 follower kat Twitter. Leh selamba dapat banyak income dari ChurpChurp atau Magpie lepas ni.

4. Diorang terima bayaran guna akaun paypal dan diorang bayar kita pun pakai paypal. Aku rasa ni dah cukup bagus. Kalau diorang terima bayaran pakai Maybank atau CIMB, haa. Itu lagi bagus. Takde lagi ke orang nak buat macam Fiverr ni wehh?? Mungkin Nuffnang atau Advertlets leh create satu lagi program sokongan macam ni.

5. Fiverr ni, jangan korang jadikan sebagai pekerjaan tetap. Tak lumayan sangat beb. Tapi kalau nak dapat duit untuk rokok ke, duit topup ke, nak bayar bil broadband tiap-tiap bulan ke. Haa, korang sangat digalakkan untuk cuba Fiverr ni.

6. Benda ni tak ada pula tawarkan affiliate program. Kalau ada, mesti lagi best.

7. Aku ada buat satu offer job. 5 dollar untuk 1 review blog. Dalam ringgit, kiranya RM15 sahaja. Ada sesiapa yang berminat? Leh pergi cari offer job aku tu.  username aku kat Fiverr adalah Titaniumhijau.

8. Setakat ni, aku tengok ramai orang yang dah berjaya buat duit dengan Fiverr. Haa, korang bila lagi? Tak nak mencuba ker? Benda ni lagi senang berbanding Google Adsense dan Nuffnang. Cuma pastikan korang sanggup buat segala offer yang diorang tawarkan tu la. Ala, bukan susah sangat pun..

9. Fiverr bukan scam punya program mahupun skim cepat kaya. Korang takkan kaya hanya dengan Fiverr melainkan korang yang cipta program Fiverr ni.

10. Program ni percuma aje. Tak kena bayar pun. Korang suka kan benda-benda percuma macam ni. Kan? Kan?

11. Korang ada akaun facebook? Korang leh terus register atau login guna akaun tu. Tak payah dah isi borang pendaftaran yang bosan tu. Mudah kan?

Citer banyak pun tak guna. Ini linknya : Fiver.com


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 10 comments. Apa plak komen korang?
Jaws - 19 Sep 10 at 19:07:36
jom cipta program ni..
kaya skit..
haha..
ade gak usya2 fiverr ni..
not bad laa..
Syuxx - 19 Sep 10 at 22:00:22
Fiverr memang best.
Kadang2 ada yg offer buat backlinks atau design logo dgn hanya $5.
samanosuke_04 - 20 Sep 10 at 05:28:10
hehe, bestlaa ayat nie.. “korang takkan kaya dengan fiver tapi orang yang buat fiver akan kaya”.. hohohoh
titan - 20 Sep 10 at 05:47:52
Jaws. Hehe..aku kalau pandai cipta-cipta program benda ni, memang aku buat. Serius nih. Hehe..

Syuxx. Memang best. Banyak offer yang menarik hati aku. Ingat nak try la gak servis2 diorang tu..

samanosuke_04. Memang owner je yang kaya. Kita takkan kaya punye dengan fiverr nih..
akazuma - 20 Sep 10 at 07:03:24
hehe. kena cuba nih. :)
emme - 20 Sep 10 at 09:00:12
idea simple, tapi memang masyuk owner dia… teringat 1,000,000 pixel tu…
tini - 20 Sep 10 at 09:50:14
sape agaknya owner fiverr ni? sape namanya?
Richie - 27 Sep 10 at 21:17:17
ade gak rasa nak register akaun kat fiverr ni.. tp nak asah skill dulu.. huhu
ainun - 29 Aug 11 at 14:06:31
blom penah cuba lg
johnjimat - 05 Dec 11 at 22:40:20
bukan not bad la jaws.. excelent la haha.. skrng ni aku sendiri guna duit fiverr nak tampung kos hosting semua :D



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011