Betul. Inilah komisen pertama yang aku terima dari program Adgitize. Aku sendiri dah lupa bila aku join program ni tapi aku agak serius mempromosikan dan giat untuk ujikaji program ini dengan bersungguh-sungguh. Tak aku sangka, akhirnya usaha aku itu membuahkan hasil. Memang agak lambat untuk buat duit dengan Adgitize. Korang perlu mengumpul banyak point untuk melayakkan korang menerima komisen setiap bulan.

Dan bayaran minimum untuk program ini adalah 10 dollar. Ya, yang aku dapat ni pun 10 dollar. Memang rasa macam tak berbaloi. Tapi ini sekaligus membuktikan yang program Adgitize ini bayar ahli-ahlinya dan memang ramai pun blogger luar yang dah berjaya dapat duit dari program ini. Blogger Malaysia? Aku tak pasti. Aku seorang aje kot. Haha..ntah. Mungkin ada seorang dua orang kita yang dah dapat dari program ini. Tapi diorang senyap-senyap aje. Aku aje dok sorang kepoh benda nih..

Bagaimana cara nak jana lebih banyak point untuk buat duit dengan Adgitize nih?
Yang pertama, korang dibayar jika tulis artikel. Aku tak ingat. Tapi kira banyak gaklah point untuk satu artikel ni. Malas aku nak login akaun Adgitize aku tu untuk tengok jumlah yang tepat. Tapi antara yang banyak gak la. Lepas tu, korang kena submit blog tu dulu. Ambil pula code adgitize tu dan tampal kat sidebar blog masing-masing. Ingat, bukan code untuk affiliate program. Tapi code khas adgitize. Kalau ada orang klik kat iklan adgitize tu, korang akan dapat point lagi. Kalau ada ada orang datang blog korang, itu bermakna korang dapat page views lagi punya point. Cincainya, ada orang melawat aje blog korang, korang dapat kumpul point untuk Adgitize ni.
Website rasmi Adgitize: Adgitize.com
Cara bayaran? ADa dua. Paypal dan cek. AKu terima pakai paypal ajelah. Senang dan pantas. Pakai cek, bukan sahaja lambat, nak tunggu clear pun kekadang berbulan jadinya. Jadi, tak salah mencuba benda ni dan kalau korang rasa benda ni macam susah nak mampus untuk dapat duit. Aku cadangkan, jangan sertai langsung program ni. Lagi-lagi kalau dah rasa menyampah dan rasa macam program Adgitize seperti mahu menyusahkan korang dan blog-blog korang. Lebih baik korang fokus pada program yang lebih beri korang pendapatan tetap yang lebih lumayan. Fuhh, kalau Adgitize ni betul-betul aku buat, leh dapat 10-20 usd setiap bulan macam itu aje. Ini baru cuba ala-kadar aje. Insya-Allah, aku akan cuba buat benda ni betul-betul selepas ini.
Ps: Ngantuk. Malam tadi tak dapat tidur dengan aman..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Sosilawati dibunuh dan dibakar di Morib | Komisen ke 58 dari TNX »
















rina. Banyak gak la. Nanti aku kongsikan dalam blog nih.
afiff. Terima kasih..