Tahun 2001-2002

Tahun ini lebih kepada kisah hidup aku berpuasa pada bulan Ramadan ketika aku berada di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Kalau nak dingatkan balik, memang best juga waktu aku berada di zaman matrikulai. Pada zaman tu, boleh dikatakan agak senang sikit nak masuk kolej matrikulasi. Lagi-lagi kalau aliran sains. Kalau budak-budak sekarang, kena dapat result tinggi untuk diterima masuk ke matrikulai akibat terlalu ramai pelajar SPM yang pandai-genius dilahirkan. Ini juga membuktikan bahawa bukan sahaja pelajar SPM ni pandai-pandai belaka, ini juga memberitahu yang guru-guru kat sekolah tu memang pandai dan bijak mengajar mereka sehingga ramai yang berjaya ke kolej matrikulasi. Dan aku juga tercampak ke matrikulasi. Dan aku ni bukanlah pandai sangat sebab aku masuk matrikulasi pun ketika ambilan kedua. Bukan masa ambilan pertama. Rasa kecewa memang memuncak. Tapi bila datang surat tawaran, memang aku gembira. Kalau tak, mungkin aku masuk tingkatan 6 agaknya. Dan aku dapat tawaran untuk Sains Tulen. Kiranya belajar biologi, kimia dan Fizik. Lebih kepada ke situlah.

Cukup untuk pengenalan tentang kolej matrikulasi. Hidup aku kat sini lebih kurang aje macam kat sekolah. Tapi agak bebas sikitlah. Pagi, memang kena pergi kuliah. Jarang sekali takde kuliah. Memag ada bau-bau bacang dengan cara kat universiti. Tapi ini lebih ketat sikit la. Kuliah wajib pergi dan perlu tandatangan kehadiran. Silap hari bulan, pensyarah sendiri panggil nama setiap seorang. Tapi aku ni memang agak nakal sikit, kekadang suruh gak member tandatangan untuk aku. Itupun berlaku pada semester kedua. Semester satu, memang aku skema sikit. Dengar dan patuh. Sem akhir tu, memang perangai cam hantu. Gi kuliah pun nak tak nak. Tapi memang aku pastikan kelas tutorial, memang aku akan datang sentiasa. Rugi beb tak datang tutorial. Kalau tak datang, alamat aku macam ketinggalan silibus pelajaran dan memang aku cuak kalau tak dapat kejar apa yang diajar. Maklumlah, aku ni bukanlah bijak sangat. Kena pulak budak 2nd intake. Memang dipandang rendah oleh budak-budak 1st intake. Tapi aku tak kesah. Janji habis matrikulasi, kaki aku sebelah dah masuk universiti. Dan tak sia-sia, memang aku dapat masuk universiti lepas habis belajar dari matrikulasi. Dapat ke Universiti Malaysia Sabah, yang kat Sabah tu..

Cerita bab puasa plak, kat sini agak meriah gak. Ini kali pertama aku menetap kat Negeri Sembilan. Makanan dia semua pedas-pedas belaka. Sampaikan makan goreng pisang dengan sambal. Aku ingatkan resipi baru abang jual goreng pisang tu. Tapi rupa-rupanya, aku pergi merata tempat kat sana, memang semua ada bagi sambal. Dan untuk mencari goreng pisang atau pisang goreng yang mantap, kita kena tengok dari segi kenipisan pisan itu dipotong macam potato chip dan sambal yang manis pedas. Kalau kena, korang makan 10 ringgit pun sanggup woo. Kekadang, inilah benda yang aku buat untuk berbuka dan sahur ketika belajar di kolej matrikulasi.

Waktu sahur, memang ada satu kafe yang akan dibuka untuk menjadi mangsa budak-budak ni bersahur. Waktu ni aku jarang sahur sangat. Biasanya aku tarik selimut dan tidur. Kekadang, minum air sahaja untuk ambil sunat bersahur. Tapi kalau lapar sangat, memang aku naik ke kafe tu. Kafe tu atas bukit. Dorm aku paling bawah sekali. Blok A rasanya kalau tak silap aku. Tak tahu sekarang dah berubah ke tak. Dah 8 tahun aku tak pergi sana. Kafe plak, semua budak lelaki. Memang tak ada yang best sangat pun. Budak lelaki aje. Kalau sahur kat kafe budak perempuan, haa. Itu best. Memang banyak pemandangan yang menarik dan indah belaka. Tapi biasanya aku kalau nak sahur kat sini, kena datang awal dalam jam 4 pagi. Masa tu, budak perempuan sikit. Kalau lepas kul 5..berpuluh-puluh budak perempuan turun. Masa tu, kita orang yang cari pasal bersahur kat kafe pempuan ni, akan terasa macam bintang filem sebab diperhatikan oleh mata-mata gadis melayu cantik dan comel. Haha..

awekkaripap 300x198 Kenangan Berpuasa Titan 1990 2010 (Part 3)


Masa nak berbuka, biasanya kita orang keluar gi bazar ramadan. Ini kena pergi keluarlah. Bukan selalu leh gi keluar kolej. Macam dok dalam asramalah kiranya. Keluar kul 6 petang. Balik dekat-dekat jam 7 petang. Seingat aku, makanan yang selalu aku beli adalah nasi dengan ayam masak black paper dan ayam madu. Harga dalam RM4 masa tu. Itulah yang aku rasa macam sedap dan agak mengenyangkan. Memang kena buka nasi. Kalau buka biasa, malam-malam memang aku jadi lapar balik. Air yang selalu aku cari air tebu atau air soya. Air lain, aku malas nak cari. Tekak aku dah biasa sangat dengan dua jenis air tu. Dan pada waktu inilah aku boleh berjumpa dan main jeling-jeling mata pada bulan puasa. Nak jumpa perempuan selain pada waktu kuliah, pada waktu gi bazar inilah. Kalau tak, jangan haraplah dan budak perempuan pun begitu. Kat sinilah masanya nak skodeng budak laki atau buat-buat manja dan mengharap kita orang ni belanja diorang. Kekadang, budak-budak kelas aku buka sesama. Nasib dalam kelas aku tu ada yang lawa dan comel. Bolehlah curi-curi jeling diorang yang perasan lawa tu. Yela, dari awal tahun sampailah akhir tahun, jumpa pensyarah, buku, kertas dan pen. Tempat pun, dari dorm, kafe yang lauk tak berapa sedap, surau, tandas, dewan kuliah dan bilik pensyarah. Itu aje ulang-alik. Bosan gila wehh..

Masa kat sini, kenangan berpuasa dengan seseorang tu buat aku tersenyum. Aku ada terkenan kat seseorang. Budak kelas lain. Kuliah pun tak sama. Muka kiut. Putih. Ayu. Leh jadi calon dalam rancangan gadis melayu. Kalau jumpa dia, mesti aku sedekah senyuman kat dia. Paling tidak pun, aku akan jeling dia tak kelip mata sampai dia hilang dari pandangan aku dan aku yakin dia perasan. Dan bila gi bazar satu petang tu, aku terserempak dekat satu kedai untuk beli karipap. Korang pun tau kan aku suka dengan karipap. Karipap tinggal 3 bijik. Dan seringgit dapat 3 bijik. Aku dan budak tu boleh plak terorder serentak. Kak, karipap seringgit. (Waktu ni, aku terus terpandang dia, dia pun pandang aku dan akak jual karipap tu pandang kitaorang berdua terpinga-pinga). Last-last, aku beli dan aku cakap dengan dia,

“Awak, kita buka sama nak? Nanti leh kongsi karipap ni. Saya belanja?”

Haa, lebih kurang camtulah dialognya. AKu bukan ingat sangat. Tapi pendek cerita, petang tu dia menerima pelawaan karipap aku tu. Masa tu, dia bawa kawan sorang, aku bawak gak sorang. So, kira ada peneman la. Kalau tak, memang kena bambulah dengan budak-budak lain sebab budak yang aku ajak tu, memang terkenal dengan kecantikan dan keayuannya. Dan waktu gak dia minta nombor handset aku. Selepas itu, dengan imaginasi liar korang. Korang leh fikirlah apa yang berlaku dalam kehidupan aku selepas itu. Hidup terasa macam best aje kat matrikulasi.

Haa, itulah salah satu cerita yang menarik yang dapat aku kongsikan ketika aku berada di matrikulasi. Ingat senang ke nak ngorat awek karipap tu? (itu gelaran yang aku panggil untuk dia) Tapi disebabkan itu jugalah aku dapat berhubung dengan dia. Dan berlaku pada bulan puasa. Aku pun hairan, asal bulan ni aje aku ditemukan dengan perempuan. Mungkin jodoh aku banyak masa bulan ni agaknya. Mungkin juga hikmah disebaliknya. Apa yang terjadi selepas itu?

Habis belajar. Aku dengan dia masih lagi berhubung. Pakai sms dan calling-calling. Cuma satu berita yang aku rasa memang tak enak nak kongsi dengan korang. Awek karipap tu kena paksa tunang dengan sepupu dia. Memang awek tu tak nak. Tapi sebab tak nak mengecewakan dan memalukan family dia, dia terima seadanya. Aku? Memang kecewa. Aku dan dia masih lagi berhubung dengan dia ketika dia dah bertunang. Tapi aku dah bagitau dengan dia awal-awal, kita cuma boleh jadi kawan aje. Tak elok kacau tunang orang. Dia memang tak leh terima. Tapi entah camana nasihat aku tu berjaya agaknya dan selepas itu dia dah tak hubungi aku. Dengar cerita sekarang, awek karipap aku tu dah kahwin dan dah ada anak pun. Bukan rezeki aku. Tapi rezeki sepupu awek karipap tu. Cis, untung betul encik sepupu itu..

Okey. Cerita dah habis. Sambung part yang akan datang. Dan mungkin juga part yang terakhir..

Ps: Nama awek karipap tu? Biarlah rahsia. Untuk kebaikan bersama..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 10 comments. Apa plak komen korang?
cik bulan - 07 Sep 10 at 04:09:26
emm..panjangnya cerita nih. leh wat cerpen..
display boards - 07 Sep 10 at 06:07:47
teringat gak masa puasa kat sekolah dulu..tak gi terawih. kena kejer dengan warden. haha..
akazuma - 07 Sep 10 at 09:00:54
hehe..kat matrikulasi pula.
Afzai Afandi - 07 Sep 10 at 12:54:26
titan…antara salah satu sebab mengapa ko suka karipap kerana belakangnya bunyi “pap” kan..hahaha

selamat berpuasa dan selamat meraikan kemenangan di aidil fitri.

ampun dan maaf seandainya ada yang ko terasa ngan aku selama kita kenal
Afzai Afandi - 07 Sep 10 at 12:56:25
lagi satu,kalau tersampai kat Ipoh…mai ah singgah umah aku
titan - 07 Sep 10 at 22:55:01
cik bulan. Hehe..nak buat macam mana. Idea keluar cam air. Tulis ajela..

display boards. Kena kejar warden? Haha..biasalah tu..

akazuma. Jarang aku sentuh cerita masa kat matrikulasi. Kes yang dah aku tutup 8 tahun lepas..

Afzai Afandi. bunyi pap? Menda tu. Takda kaitan langsung la. Memang aku suka dari kecil lagi.

Apapun, selamat hari raya kat ko sekeluarga. Ipoh? Insya-Allah. Kalau ada, aku hello-hello la nanti. No telefon ko pun aku tak ada. Hehe..
merahkatak - 08 Sep 10 at 11:47:41
kalau esok raya, aku nak mintak maaf kat ko sekiranya terkasar bahasa, terguris hati, termakan lebih, terkutuk ko baik depan atau belakang..moga ko maafkan aku. kosong-kosong aa..

apapun. Selamat Hari Raya dari aku sekeluarga untuk ko sekeluarga! :D
titan - 05 Feb 11 at 02:09:19
Selamat Hari Raya. Hehe.. :)
sjiehan - 28 Aug 11 at 14:49:07
matrix n9 rupanya… hehehe….

xpnh lak dgr goreng pisang dengan sambal
ainun - 29 Aug 11 at 14:13:59
selamat hari raya semua =)



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011