Hari ini aku nak kongsikan satu lagi bayaran yang baru aku dapat dari Text Link Ads. Aku yakin korang tahu tentang program ini jika korang sudah lama membaca blog ini. Bagi pembaca baru yang tersesat atau tercari-cari blog ini, Text Link Ads merupakan salah satu program yang membantu kita buat duit dengan menjual text link di blog dan program ini membayar setiap blogger pada awal bulan. Malah, program ini juga merupakan salah satu program yang menyumbang kepada aku duit dollar setiap bulan. Memang tak banyak, tapi dah cukup bagi aku untuk tersengih-sengih setiap bulan. Hehe..tapi bulan ni, kiranya macam dapat duit raya dari Text Link Ads. Kan? Kan?

Dan aku rasa hari ini hari yang agak sibuk kerana terlalu banyak perlu diselesaikan sebelum cuti raya yang bakal datang. Aku tak mahu banyak kerja tertangguh dan perlu aku lakukan ketika cuti nanti. Orang lain bercuti, kita pula terpaksa balik dan buat kerja. Untuk kerja online, sudah aku jadualkan apa yang aku patut buat agar aku tak rasa macam menyesal aje ketika berhari raya nanti. Nak beraya pun rasa macam tak best aje..
Duit raya kali ini mungkin agak banyak yang perlu aku sediakan kerana anak buah dah makin ramai. Aku aje yang tak ada anak. Jadi, takde returnlah untuk aku. Nak harap aku gi cari duit raya? Takkan aku nak pergi beraya macam zaman kanak-kanak dulu. Naik malu gak dibuatnya. Tapi nenek aku, mak aku dan abah aku memang saje je bagi aku duit raya setiap tahun. Aku dengan gembira menerimanya kerana bukan senang diorang nak bagi kita duit dan aku sangat hargai pemberian mereka itu. Memanglah tidak banyak macam ribu-ribu ringgit tu. Bukan itu yang aku mahu. Pemberian itu membuktikan lagi tentang kasih sayang mereka pada aku. Aku tahu nilai duit dalam sampul raya tu tidak akan sama dengan segala penat jerih mak abah aku yang menjaga aku ketika aku masih tidak reti merangkak dan menulis blog. Ya, aku sayang mak dan abah aku. Aku juga sayang nenek aku. Atuk-atuk aku pun aku sayang. Aahh, semua oranglah aku sayang. Hehe..
Ramadan kali ini, memang berbeza. Aku terasa akan nilai kasih sayang tu berbeza. Aku terasa kerinduan. Aku gemarkan perasaan merindukan seseorang. Aku juga tahu yang dalam bulan ramadan ini, pernah ada satu peristiwa yang sangat melukakan aku. Malah, sehingga hari ini parutnya masih berbekas.. Emm, tak mo lah cerita bab tu. Sambung lain kali ek..
Ps: Dah la. Aku nak gi berbuka plak..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Dalai Lama – Sleep is the best meditation | 5 Sebab Mengapa Titan memilih Hostgator »














aku nak try mende ni
suri. Ya, boleh cuba. Tak ada masalah.
akazuma. Kawin? Aku tengah berusahalah nih. Haha..
debtrunner. Aku ponn!
zik. Yap. Kena ada PR yang bagus dulu..
rina. Apsal lomah plak??