Dari tadi sebenarnya aku dah gelisah dan meronta-ronta hendak tidur. Aku maih tak dapat tidur dan sejak tadi aku dengar radio dan layan internet nih. Walaupun talian internet ni agak lambat, tapi aku bersyukur sebab ianya tidak putus. Maintain aje. Tak laju dan tak lembab cam tahap dial-up connection.
Jadi, macam-macam bendalah aku buat dari pukul 10 malam tadi sampailah saat ini. Kebanyakkan blog sudah pun aku upgrade ke 3.01. Nampak macam menarik dan memang best pun. Aku yakin ramai dikalangan blogger-blogger lain yang sudah upgrade sama. Takkan masih nak pakai version 2.0++ lagi kot. Tukarlah dan proses nak update tu sangat pantas walaupun talian internet aku ni tidaklah selaju mana. Cukup untuk membantu aku online pada waktu malam di bumi Damak ni..
Malah, banyak blog network aku sudah aku kemaskini. Dalam 2-3 hari ini memang banyak aku lakukan kerja-kerja pengubahsuaian dan proses menambah lebih banyak artikel disamping mencantikkan lagi blog-blog aku dengan theme-theme yang sesuai. Kalau korang ada duit lebih, sila sambar Thesis Theme sebab korang akan dapat kepuasan yang berbeza berbanding menggunakan Theme yang percuma. Jangan tanya aku mengapa aku pilih Thesis Theme ni. Dah aku suka, nak wat camana kan..
Tadi sempat juga aku buat beberapa artikel kat Triond. Dah lama betul aku tak mengarang untuk Triond. Ingat nak aktif semula sebab aku rasa Triond pun ada potensi yang sangat tinggi untuk memberikan aku 100 usd sebulan. Aku boleh buat jika aku mahu. Masalahnya aku sangat malas untuk menaip. Jadi, aku pun cuba-cubalah juga buat dari semalam. Semalam dapat dalam 2 artikel dan hari ini sempat aku wat lagi 2 artikel. Aku kongsikan pada korang. Kalau rajin, baca sebab semuanya berkaitan dengan make money online.
1. How I Get Eight Cheque from Nuffnang
2. Six Fact Surfjunky You Must Know
3. Why I’m No Longer Make Money with Awsurveys
4. Five Reason Why I Love Make Money with Tnx
5. How to Increase Your Tnx Income?
Perancangan aku dengan Triond sebelum masuk tahun 2010 ni, aku nak buat 100 artikel di Triond. Malah, aku juga bercadang untuk buat 100 artikel di Bukisa dan juga di Squidoo. 3 program ini memang dah banyak bagi aku pendapatan sampingan dan aku rasa tidak adil bagi aku jika aku tak teruskannya dengan lebih agresif. Takkan nak harap kat komisen TNX, TLA, Google Adsense, Bidvertiser, Hightprofits dan Shareasale sahaja. Tapi aku yakin, aku mampu buat selagi aku terdaya dan masih dikurniakan badan yang sihat serta otak yang cerdas.

Mata dah ngantuk. Esok nak kerja walaupun lepas ini aku akan bercuti sempena cuti-cuti raya 2010 ni. Mungkin masa raya nanti aku sukar untuk update blog ini dan juga blog yang lain berikutan aku akan pulang ke kampung di Olak Lempit, Banting dan Kampung Keledek di Lipis. Jadi, kalau takde aral dan aku sempat mencuri masa, aku akan update sesuatu.
Ps: Ok, aku perlu tidur.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 53 | Komisen ke 32 dari Text Link Ads »














byk betul ilmu pasif income kau..
personal coaching kau nak tgk mana erk?
Banyak tu takdelah. Dapat pun takdela banyak mana. Tapi cukuplah wat aku sengih-sengih setiap hujung bulan. Bolehla belanja kawan-kawan sekali-sekala.
Personal coaching aku tu, aku tak wat site khas. Aku just cerita dalam blog aku ni aje. Biasanya aku wat pada member-member yang terdekat dan yang serius aje. Apa yang aku cerita pun lebih kepada asas sebab ramai yang asas pun masih berterabur. So, mungkin ko sendiri rasa bosan sebab aku banyak cerita bab asas-asass ni. Untuk nak jadi expert, kenala cari yang expert. Aku sendiri masih belajar dan try error dalam setiap program yang aku cuba aku sertai.
Wehh..tak tidur lagi ker..
Jadi, gi la tdo. Tdo tu kan leh jadi salah satu cara untuk berehat..
fawzan. Aku tak tahu kenapa. Susah sket kalau tdo dalam gelap nih. TApi kekadang ok je kalau tdo kat luar masa camping ke apa ke..
akazuma. HEhe..ntahlah. Rasa nak cite pasal tidur plak..
rina. Alhamdulillah. Kita cuma berusaha sahaja..
Fazli. Bolehlah. Sikit-sikit.
debtrunner. Aku pun rasa macam baru dengar aje..
zik. Aku pun masih belajar. Kita sama-sama belajar dan berkongsi.