Isu PTPTN ni, aku malas nak sentuh. Tapi bila aku lihat ada kengkawan kat tempat kerja aku sibuk protes yang PTPTN ni cekik darah, PTPTN ni
caj bayaran perkhidmatan PTPTN yang dikatakan melampau dan macam-macam lagi, mulalah aku setat wat ceramah yang tak seberapa nih..
1. Caj PTPTN cumalah 1% aje dari baki jumlah yang korang kena bayar setiap bulan. Aku rasa tidaklah banyak mana. Bila ada yang kena caj dekat RM50 sebulan dan yang membayar pula jenis RM100 sebulan, memanglah rasa macam bayar Rm50 aje sebulan. Cuba kira. Jika Rm100 korang bayar, bulan tu korang kena pula caj dekat Rm50 sebulan..so..macam korang bayar RM50 aje sebulan. Nampak sikit kan? Tapi kalau korang teruskan membayar, dalam tempoh 3-4 tahun. Percaya atau tak, baki yang ada tu korang leh bayar sekaligus lepas tu.
2. Kawan-kawan aku yang kerja kerajaan. Ok. Bagi yang muda-muda ni. Gaji basic korang dekat RM1900 dan ke atas. Yela, korang pinjam PTPTN ni masa kat Universiti dulu kan? Kerja pun pun biasanya bayar dengan taraf ada ijazah. Korang ada dekat RM2000 lebih lepas tambah elaun sana sini. Sementara masih muda ni, cuba bayar dekat Rm400-Rm500 sebulan? Pejam je mata masa bayar tu. Insya-Allah, 3-4 tahun, habis bayar hutang korang dengan PTPTN tu. Ini beli baju kurung dah dekat 2-3 ratus, alat make-up dekat 1-2 ratus, kasi cantik kereta dekat 3-4 ratus..bil telefon leh cecah 2-3 ratus..makan sebulan leh cecah..3-4 ratus..takkan bayar duit PTPTN masih RM50 juga. Kalau camtu, bilalah nak habis bayar hutang korang tu kan? Kereta pakai yang mahal-mahal. Kereta kancil korang hina, baju plak jenis mahal. Tapi hutang PTPTN? Muka terus jadi ketat..
3. Kawan-kawan aku yang kerja sendiri, baik jadi blogger atau kerja swasta..gaji korang mesti lagi power banding orang kerja kerajaan. Takkan RM100-200 sebulan masih jadi masalah negara? Cuba maintain bayar RM500 sebulan. Andai kata hutang korang RM21000, korang cuma kena bayar 42 kali untuk habis hutang. Bahagikan 12 bulan, jadi dalam 3 tahun 6 bulan. Langsai sudah hutang korang. Gaji dekat 3-5 ribu sebulan, takkan masih tak mampu bayar RM500 sebulan? Korang pun masih bujang. Ap benda la sangat kan? Makan pun takdelah tinggi sangat. Kalau mampu angkat Honda City, Proton Persona yang kena bayar 9 tahun tu..
takkan hutang PTPTN ni tak mampu bayar. Caj pentadbiran baru 1% aje maa. Bukan 3-4% macam loan kereta atau loan peribadi. Kalau yang tu, anak menteri pun mengamok 7 hari 7 malam..
4. Kawan-kawan aku yang kerja jadi artis atau model, korang punya gaji lagi hebat. Dapat satu undangan atau wat konsert, 5-10 ribu. Cuba bayar satu ribu sebulan, dalam 20 kali bayar, korang dah bayar RM20000. Baki tu, bayar la sikit-sikit dalam seratus ke dua ratus sebulan. Dah leh langsai dalam 2 tahun. Tutup kes dah dengan PTPTN. Hati pun lapang, dah boleh fikir nak kahwin dengan datuk ke Tan Sri ke artis ker cikgu ker..
5. Kawan-kawan aku yang jenis berjoli dan call awek setiap bulan. Setiap bulan, hangus dekat 3-5 ratus sebulan hanya untuk insan tersayang. Call aje dah dekat 3-4 ratus. Kalau tak call, mau ada pasangan yang putus. Itu belum lagi kos bercinta, kos berdating, kos duit minyak, kos make-up, kos syampu dan sabun mandi. Lom lagi kos minyak wangi dan baju-baju yang lawa-lawa tu. Cuba simpan sikit dan bayar hutang PTPTN korang, dah kahwin nanti. Takdelah fikir camana nak bayar duit PTPTN. Leh fikir belanja untuk kahwin dua plak. Kang tak boleh pula nak melancong atau berbulan madu kali ke dua atau ke 14 ke luar negara. Nak tak nak, gi Pulau Langkawi atau Pantai Morib ajelah jawabnya..
6. Kawan-kawan aku yang memang liat nak bayar. Ini susah aku nak cakap sebab diorang tak bising sangat pasal isu kos pentadbiran. Diorang memang takkan bayar sebab diorang ingat kerajaan bagi pendidikan free. Weehh, mana ada pendidikan percuma kat dunia sekarang ni? Duit nak beli baju sekolah pun takkan kerajaan bagi kot? Duit getah pemadam dan spender tu takkan kerajaan nak support? Kerjaan dah bagi buku teks percuma, korang gi letak bawah meja. Bila dah hilang, kena bayar denda. Itupun denda protes tak nak bayar. Bila masuk universiti, salahkan pihak pihak universiti sebab paksa korang terima loan PTPTN. Korang ada hak untuk menolak kalau tak nak ambil PTPTN. Boleh apply MARA ke atau Yayasan mana yang sanggup bagi korang biasiswa untuk belajar. Dulu tak nak selidik, bila dah ambil, mulalah salahkan orang lain sebab tak nak atau liat bayar hutang PTPTN. Ko ingat ko sape? Dah pinjam, dah sign agreement, kena bayarlah wehh. Kalau kerajaan kata yang tak bayar
hutang PTPTN tu kena masuk penjara, mahu penuh penjara kat Malaysia ni sebab beribu orang tak bayar hutang PTPTN ni. Korang nak ke jadi macam tu?
7. Kawan-kawan aku yang dah habis universiti tapi masih tak ada kerja. Wehh, aku dulu dekat 2 tahun kerja sendiri. Dan masa aku kerja sendiri tu lah aku cari kerja dan buat kerja bagai nak gila sebab tak nak mintak duit mak abah aku. Kerja banyak. Kerja kilang pun sekarang dah boleh cecah 2 ribu gaji sebulan. Yang seribu lebih sebulan pun banyak. Dan untuk pengetahuan korang, masa aku tak ada kerja tetap ni la aku bayar hutang PTPTNÂ lebih tinggi setiap bulan berbanding bekerja dengan kerajaan sekarang ni. Bukan nak riak, tapi aku tahu satu benda. Bila dah pinjam, kena bayar balik! Jadi, yang masih tak ada kerja. Cari kerja dan asah skill korang. Insya-Allah, berbaloi satu hari nanti dan masa tu korang dah boleh bayar balik hutang-hutang korang termasuklah hutang PTPTN korang..
8. Kawan-kawan aku yang dah bekerja, bila dah ada gaji tu. Buatlah potongan gaji korang tu ke PTPTN. Terus potong. Tidak pun, gi bank. Buat potongan melalui akaun bank setiap bulan ke akaun PTPTN korang. 4-5 tahun, habis punya bayar. Jangan malas bekerja dan malas belajar. Kalau semuanya malas, bukan takat hutang PTPTN tak leh bayar. Nak pinjam RM10 kat kawan pun, kawan korang fikir 24 kali nak bagi pinjam ke tak..
9. Kawan-kawan aku yang suka sangat berpolitik dan kata kerajaan patut fikirkan nasib golongan penganggur dan mereka-mereka yang tak mampu nak bayar PTPTN. Lepas keluar kolej atau universiti dulu, korang fikir tak masa depan korang? Fikir tak nak kerja apa? Fikir tak nak buat apa dengan gaji korang tu? Bila dah berhutang sana sini, mulah kata kerajaan ini tak memikirkan masalah rakyat, parti ini tak buat kerja, menteri itu tidur, YB tak buat kerja. Walhal, korang sendiri yang cari penyakit. Jadi, mula berfikir dari sekarang dan bayar duit korang. Korang kena fikir, ada ramai lagi orang yang nak belajar dan nak guna duit PTPTN untuk belajar kat Universiti atau Kolej. Jadi, bagi peluang kat diorang nak merasa belajar kat Universiti, ingat korang aje leh merasa belajar kat Universiti? Diorang pun nak jugak!
10. Dah. Jangan bagi alasan. Gi buat rangka dan plan untuk bayar PTPTN untuk tempoh 4-5 tahun. Kalau PTPTN korang tu hutangnya dalam Rm21 ribu. Korang bayar RM100 setiap bulan..berapa kali korang kena bayar? 210 kali? Berapa bulan seandainya korang bayar RM100 setiap bulan? Setahun baru RM1200. Kalau nak habis RM21 ribu? 17 tahun dan 6 bulan baru selesai. Itu kalau korang bayar RM100 setiap bulan..Umur korang berapa sekarang? 25 tahun? Haa, sila tambah, ketika
umur korang baru 43 tahun, baru habis bayar hutang PTPTN. Kira oklah kan? Janji bayar. Jangan tak bayar, itu lagi teruk. Cuba bayar lebih dari seratus. Mungkin tak sampai 5 tahun, korang leh habiskan hutang korang tu.
Ps: Ada lagi aku nak cerita. Tapi cukuplah 10 point aje tentang hutang PTPTN. Ambil tindakan sekarang sebelum benda ni jadi lebih parah. Aku bukan nak cakap besar. Tapi hutang aku tinggal seribu lebih aje. Caj pentadbiran bulan ni, aku kena pada 17 September 2010 cumalah RM3.20. Tak banyak kan?
Pss: Kebanyakkan hutang tu aku bayar hasil dari blogging. Terutamanya dari Tnx dan Adsense. Ok gak kan? Hehe..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content