
Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 53. Hari ini cuti. Jadi, aku malas nak cerita panjang-panjang tentang cara buat duit ke, tips blogging ke nak berbini ke, cerita nak bersahur ke hape. Aku nak rehat kejap. Sesungguhnya aku rasa aku cukup ok hidup di bumi Malaysia ni. Aku harap negara kita ni hidup aman damai dan takkan ada apa-apa yang pelik terjadi. Aku tahu kehidupan kita penuh dengan keadaan yang tak berapa aman, tetapi sekurang-kurangnya negara Malaysia nih lebih aman berbanding negara-negara yang lain.
Bila hari cuti ni, aku lebih kepada membaca novel dan juga baca blog-blog orang lain. Kalau aku ada komen, itu tandanya artikel korang berjaya menarik minat aku untuk meninggalkan jejak. Aku memang suka baca artikel orang lain sebab setiap orang ada cara dan gaya tersendiri. Malah, aku yakin ada gak antara korang yang suka dengan gaya aku menulis di blog ini. Aku akui penulisan yang bersahaja dan penuh dengan ilmu dapat menarik lebih ramai pelawat baru untuk singgah lama. Tak mustahil akan jadi pembaca setia. Kepada semua pembaca blog Earncent ni dan juga blog-blog aku yang lain, aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 53. Berbanggalah, kita adalah rakyat Malaysia!
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Bila kerja dah tak berapa ikhlas.. | Dalai Lama – Sleep is the best meditation »
















Hadi Rofiee. Yap. Salam kemerdekaan.
akazuma. Yap. Ko aje makin tua. Aku masih tetap muda dan bergaya. Haha..
rina. INsya-Allah. Aku pun harap begitu.