Hari ini kerja. Hari esok kita cuti. Tadi sahur, petang ni berbuka.

Tak banyak perkara yang hendak aku cerita, tapi yang pasti aku tahu setiap hari aku ada kerja yang perlu diselesaikan, aku ada tanggungjawab yang perlu digalas, aku ada arahan yang perlu dipatuhi dan aku ada banyak hutang yang perlu dilangsaikan. Begitu juga dengan korang, adik korang, mak angkat korang dan sebagainya. Setiap orang ada kerja masing-masing yang tersendiri.

Bila cerita bab kerja nih, aku cukup tak suka dengan perangai seorang kawan aku ini. Aku dah penat berperang mulut dengan dia. Bukan aku nak kata apa, tapi mamat ni memang tak makan saman. Kerja berlambak tak siap. Tapi dia masih banyak masa untuk bermain-main, berborak, chatting sana sini dan juga rajin juga pergi mengorat gadis-gadis ditempat kerja.

Aku tak halang dia buat macam tu. Aku tak larang dia nak chatting lama-lama. Aku tak kesah dia nak test ilmu mengorat dia tu dan aku langsung tak hairan langsung kalau dia nak main-main masa kerja. Tapi kerja yang bertimbun tu, tolonglah selesaikan. Dia kena faham. Kalau kerja dia tak siap-siap. Dia kena tahu plak yang ramai lagi orang yang tengah tunggu kerja dia siap untuk menyudahkan kerja. Contohnya begini. Setiap orang ada tugas-tugas yang telah diagihkan. Team A, cari kain. Team B, buat ukuran kat kain. Team C, cari butang baju dan sampin. Team D, jahit baju. Kalau team B tak buat kerja. Camana Team D nak buat kerja? Jadi, takkan siaplah baju melayu encik W ni. Kiranya gitulah perbandingannya. Aku tahu yang hati tu kerja macam nak tak nak ikhlasnya. Tapi kita kena faham yang kita ni bukan kerja sorang-sorang dan ada setiap tempat kerja ada politiknya tersendiri. Kita kena campur sekali-sekala. Bukan hendak tahu sangat macam-macam perkara, cuma kita kena alert tentang sesuatu. Ada bagusnya politik pejabat ni kalau kita gunakannya untuk perkara yang baik.

Dan terapkan dalam diri yang kita buat kerja ni ikhlas dan untuk mencari rezeki yang halal. Ya. Kita dapat gaji. Jadi, buatlah kerja dengan sebaiknya. Kadang-kadang, kita dapat kerja yang mudah. Jadi, cepatlah siapnya. Kadang-kadang kita dapat kerja banyak dan melampau-lampau susahnya. Jadi, agak lambatlah siapnya. Kalau terlalu sukar, minta pertolongan kawan. Mungkin kawan-kawan kita ada teknik dan cara yang lebih bagus dan cepat untuk selesaikan masalah kita tu. Sama juga dalam dunia blogging. Kita nak belajar tentang blogging. Jadi, kita kena tahu apa yang kita kena belajar. Jika nak belajar sorang-sorang. Boleh. Cuma lambat sikit kita lihat hasilnya dan perlukan banyak masa dan tenaga untuk digunakan. Kalau kita belajar dengan kawan atau kita cari guru, ianya akan menjimatkan masa dan sekaligus akan menghasilkan kerja yang lebih mengagumkan. Betul tak? Tak perlu nak bodoh sombong atau pura-pura tak tahu. Bersederhana itu lebih afdal dan lebih bagus!

Jadi, nasihat aku. Apa sahaja kita yang kita buat, kita lakukannya dengan bersemangat dan jangan lupa, kita nikmati saat tersebut. Jika kita boleh enjoy ketika kita makan atau berdating, takkan waktu kerja kita tak boleh nak enjoy??

Ps: Pagi tadi terlajak tidur. Secara officially, ini kali kedua aku tak bersahur dalam bulan Ramadan tahun ini. Adehh..rugi. Rugi..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 20 comments. Apa plak komen korang?
mancai - 30 Aug 10 at 06:53:18
yup betul tu bro… memang panas kalau dapat jumpa perkara macam ni… nak marah lebih2 rakan setugas pulak…serba salah di buatnya… tapi kalau tak tahan sangat aku tepet je sound tepat… nanti, kerana dia habis satu department kena tibai pulaknya…
rina - 30 Aug 10 at 07:17:49
hoho..ramai gak yang kerja tak ikhlas nih. tapi diorang wat bodo aje..
akazuma - 30 Aug 10 at 07:28:37
hehe..ko bengang kat sape nih broo??
arynet - 30 Aug 10 at 07:51:23
hehe.. sabar ya. Memang bengan ah kalo ada orang buat mcm tu. Pakat je ngan pekerja lain, sound dia ramai-ramai, best tu.. haha..
debtrunner - 30 Aug 10 at 10:59:20
jangan bengang-bengang bulan puasa nih. Hati kena mau baik. hehe..
donha - 30 Aug 10 at 13:24:51
kah2. ko sound je depan muke. ramai lagi orang nak keje kalau dye tak nak. hah! aku lagi 2 tahun nak masuk alam pekerjaan. wish me luck! roflt!
wiah - 30 Aug 10 at 16:52:14
betol. sound aje. Tak suker betul kalau ada orang perangai macam ni. kalau lelaki, lagi benci..
merahkatak - 31 Aug 10 at 04:33:15
maafkan aje dia. Nanti kita gak yang sakit kepala nanti.
madlut - 31 Aug 10 at 07:46:10
report kat boss..haha
Fazli - 31 Aug 10 at 17:42:13
direct je bro…
titan - 31 Aug 10 at 21:54:43
mancai. Memang kebiasaannya aku akan sound direct aje kalau diorang tak makan saman..

rina. Itulah masalahnya. Sampai bila nak wat bodo aje..

akazuma. Kan aku dah kata, rakan sekerja aku..

arynet. Kalau pakat ramai-ramai, kesian memalukan dia plak. Kita nak kerja lama. Bukan sehari dua..

debtrunner. Aku tengah baik-baik la nih. Ada aku cari gaduh? Hehe..
titan - 31 Aug 10 at 21:57:54
donha. Ini baru peringkat permulaan. Aku memang tak berniat nak malukan atau jatuhkan dia. Lagipun, dia lebih senior dari aku dari segi umur..

wiah. Cik..jangan marah-marah sangat. Aku pun marah. Kita kena sabar sikit. Ada caranya nak tangani orang macam ni..

madlut. Boss pun tahu masalah ni. Tapi boss pun macam aku. Tanak benda nih dibesar-besarkan..

Fazli. Memang aku direct aje. Tapi mamat nih tak makan saman sket..

merahkatak. Sebab tu aku sabarkan aje setakat nih..
suri - 01 Sep 10 at 13:33:07
kena ckp baik2 baru jalan kot heee..

lain org lain caranya nak tgur kawankan..nti krg tak pasal2 tgur di mrh kitya pulak..

apapun klu dah bkje tu kita sbg pkje haruslah melakukan kerja dgn sebaiknya sb itu adalah periuk nasi kita.klu kit amain2 wktu bkrja nmpak sangatlah rzki kit atu cam kurg berkat jer huhu..
fawzan - 01 Sep 10 at 15:09:08
Kena semuka..terangkan kat dia..kalau tak paham gak..kena pakat ramai2 bagi pengajaran
titan - 01 Sep 10 at 19:02:06
Suri. Mungkin. Aku dah cuba bercakap dengan baik dan tegur dengan cara yang berhemah. Tapi kan aku ada bagitau, tak makan saman.

Jadi, aku tukar strategi. Pun tak makan saman. Mamat ni memat jantung besi dan otak perak kot. Keras semacam. Bab rezeki berkat tak berkat, itu dia dengan Allah. Aku da nasihat. Kalau dia tak nak gak, itu lantak dia.

Fawzan. Itu yang aku dah wat. member lain pun ada yang dah sound direct. Tapi nak wat camana, hati tu kalau tak terbuka lagi. Cam lagu tu la jugakkk..
ainun - 26 Aug 11 at 04:42:49
oh…memang geram la kalau saya ada kawan camni…direct kat bos je
sjiehan - 26 Aug 11 at 06:30:29
hahaha.. saya selalu sgt termiss sahur tuh… tunggu ada org rumah nnt, boleh la sahur setiap hari sama2…kan bro titannnn!
farahaznil - 26 Aug 11 at 23:54:16
tp politik pejabat lebih2 bahaya woooo….leh gaduh bsr..huhu..dulu aku keja kerani..hebat gila staff2 ofis gado…siap maki hamun baling file lg..huhu
sjiehan - 28 Aug 11 at 15:04:38
baling file? mak aih! hebat2 tuh!
ainun - 29 Aug 11 at 14:17:32
hebat doo…baling2 file



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011