Aug 23

Salah Siapa?

16 comments - Post a comment


Kalau tak buat kerja, kita tak dapat apa-apa. Betul atau tidak?

Benda yang aku nak cerita ni simple. Tapi disebabkan oleh orang kita ni terlalu bijak dan pandai, benda ni selalu disalahertikan dalam pelbagai jenis maksud dan pandangan yang berbeza. Dalam beberapa jenis situasi dan melibatkan beberapa syarat yang tertentu seperti kalau kita tak buat kerja, kita tak promosi, kita tak baca, kita tak tau kerja itu halal atau tidak, kita tak pasti apa yang kita buat dan sebagainya akan menyebabkan kita tak dapat apa-apa terutamanya dalam bidang perniagaan dan buat duit di internet.

Ada banyak program dan cara untuk buat duit melalui internet. Samada melalui blog, menyertai sesebuah program, sertai skim itu ini, menyertai pelaburan tertentu dan sebagainya. Semua benda ni kita akan lihat satu perkara yang penting. Kalau kita tak buat kerja, kita takkan dapat satu sen pun. Korang setuju atau tak dengan pendapat aku? Tak kerja. Tak ada hasil.

Itu belum cerita pasal produk lagi. Belum masuk bahagian produk tu halal atau haram. Belum cerita lagi produk tu sebagai produk sampah atau produk “kambing hitam”. Belum lagi cerita tentang plan perniagaan atau strategi yang dikatakan menghampiri money game atau plan perniagaan MLM yang agak mengelirukan. Dan apa yang aku kata ni mungkin ramai yang kurang setuju. Korang punya akal dan fikiran. Boleh berfikir dan korang sendiri tahu ramai pengusaha sesebuah program yang memang sedang mencari ramai orang untuk diperdayakan.

Jadi, adakah sesebuah program itu disalahkan jika korang tak dapat duit dari program tersebut sedangkan korang tak usaha dengan smart. Sudahlah tidak berusaha dengan bijak, tidak berusaha siang dan malam. Kemudian, disalahkan pula pada produk syarikat atau plan program tertentu yang dikatakan menyukarkan ahli untuk mendapat duit dengan mudah. Memanglah. Mana ada dapat duit dengan mudah. Tak ada. Plan yang direka pun tidak akan mengayakan kita dan SEMUA program atau syarikat kat dunia nih memang akan UNTUNG BESAR dan jadi kaya raya kita produk dan program mereka menjadi sambutan. Syarikat atau program memang akan jadi KAYA biasanya. Diorang akan untung besar. Takkan ada sesiapa yang lebih kaya dari syarikat atau program. Ini kita kena tahu. Aku dah menyampah bila orang menyumpah-seranah yang mengatakan admin ini tipu, admin ini kaki bohong, syarikat ini penipu besar, syarikat ini salah, syarikat ini mengelirukan dan syarikat ini skim cepat kaya.

Sebelum korang menyalahkan sesebuah program atau syarikat, pernah tak korang siasat latar belakang dan plan perniagaan atau cara untuk buat duit dari program dan syarikat tersebut? Pernah? Kalau pernah? Pernah tak korang tahu hampir 75% operasi yang dikendalikan oleh mereka? Pernah tak jumpa bukti yang program ini membuahkan hasil? Ada testimonial dari yang dah berjaya? Jika ada review, adakah review itu boleh dipercayai dari beberapa segi yang mampu membuatkan kita yakin dengan produk dan pelan marketing syarikat atau program tersebut? Pernah lakukan? Dan seandainya korang dah yakin, dan korang sertai program tersebut. Dan selepas beberapa bulan korang GAGAL buat duit dari syarikat atau program tersebut, adakah syarikat itu bersalah kerana korang gagal buat duit? Adakah salah produk itu kerana produk itu gagal menghasilkan jualan? Adakah salah syarikat tersebut kerana mencipta pelan yang meragukan? Salah siapa?

Dan jika korang menuduh tanpa bukti, jangan tak percaya jika korang boleh kena saman tak tentu pasal atas tindakan korang tersebut. TAPI  jika korang ada bukti kukuh, ada ramai yang rasa tertipu dan yakin korang boleh saman syarikat atau program tersebut, MENGAPA korang tak ambil tindakan untuk bawa bukti tersebut dan ketengahkan ke mahkamah atau badan yang mampu menegakkan kebenaran bagi pihak korang? Mengapa korang tak berbuat demikian? Jika tak ada bukti, jangan cakap banyak. Sudahlah gagal dalam promosi, dikatakan pula sudah promosi berbulan-bulan. Walhal, dok main facebook hari-hari, chatting kat YM. Apa kes? Sudahlah gagal menjual produk, dikatakan pula produk tu takde kualiti, produk lapuk, produk RR, MRR ni takde value langsung. Produk digital ni dah tak sesuai untuk masa sekarang. Sape cakap?? Sudahlah gagal untuk mencari seorang downline, tapi dikatakan semua ini salah syarikat atau program 100%.Dan banyak lagi..

Ok. Persoalannya. Adakah itu patut? Adakah itu adil? Kita lihat masyarkat kita pada hari ini suka masuk program itu, suka join MLM ini, suka masuk program ini, cuba-cuba menulis blog, cuba jadi blogger, suka jual e-book, jadi peniaga e-bay, suka cuba syarikat ini. Katanya sekadar mencuba nasib. Ok. Itu kita boleh terima lagi. Tapi bila masuk part menyalahkan company, menghina, mencarut, berdusta dan menipu atas fakta yang diutarakan, aku sangat membenci perbuatan tersebut. Pertama, tanpa bukti kukuh. Kedua, pendapat tanpa sokongan yang sangat berasas. Ketiga, cetek dalam dunia buat duit di internet dan dunia perniagaan. Rata-rata berfikir, mereka sahaja yang benar. Mereka yang mmebuat fatwa tersebut. Ini haram, itu halal. Ko salah, aku betul. Diorang pembohong, aku yang benar. Sungguh jarang sekali aku melihat yang mengaku bahawa itu sebenarnya kesilapan mereka sendiri. Tidak membuat rujukan. Tidak berusaha dengan lebih gigih. Tidak menyalahkan orang lain tanpa bukti. Tidak yakin dengan diri sendiri. Dan atas sebab ini juga aku lihat keadaan orang melayu yang semakin layu ditinggal oleh bangsa-bangsa yang lain. JIka kita fikirkan secara waras, orang Melayu antara orang yang paling bijak di dunia ni. Korang setuju atau tak dengan pendapat aku ni?

Cukup. Cuma aku tinggalkan satu soalan pada korang. Pernah tak korang diri korang tu sebenarnya yang bersalah sebelum menyalahkan orang lain? Pernah tak korang rasa diri korang tu yang tak betul sebelum menuduh orang lain?


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 16 comments. Apa plak komen korang?
rina - 23 Aug 10 at 07:52:48
hemm..memang salah sendiri pun. Orang kita memang macam tu. Tak nak mengaku salah sendiri.
dAzz - 23 Aug 10 at 09:41:57
satu jari tunjuk orang lain. 4 jari tunjuk diri sendiri…

baik salahkan diri sdiri dulu. lagi senang membetulkan diri sendiri dari membetulkan orang lain.
Ronald mohoni - 23 Aug 10 at 09:56:47
Sabar titan, nanti batal puasa.
tapi saya sendiri kadang kadang terkilan. dia yang salah, kita pula yang disalahkan.
mazuki - 23 Aug 10 at 21:56:16
nampak terdapat ketidakpuashatian ni oleh en titan…hahaha
mummynana - 24 Aug 10 at 00:22:35
ape pun fikir sebelum bertindak. tengok duit melambak depan mata dah gelap mata. join sane join sini. haihs.. susah nk kata. nasihat pun tak makan saman dah. so biarkan mereke terjun dgn labu2 nye.
titan - 24 Aug 10 at 01:51:26
rina. Entahlah. Aku malas sebenarnya nak tulis benda nih. Tapi ada kisah tersendiri yang membuatkan aku nak juga tulis benda ni walaupun aku dah selalu sebut dalam artikel-artikel yang lepas.

dAzz. Itulah masalahnya. Orang kita ni EGO besar. Malu pun tahu besar. Tapi bila bab menuduh atau bergosip nih..memang aku tak leh tahan. Kena plak jenis yang nak menang aje. Memang ada yang kena bambu nanti secara berjemaah.

Ronald. Tak marah. Aku cuma luahkan melalui artikel aku tu. Bab terkilan tu, aku rasa ramai yang dah terkilan-milan nih. Jadi, kita sabarkan ajelah selagi kita mampu..

mazuki. Adala kot. sikit-sikit. Hehe.. :)

mummyana. Itulah. tapi kita akan dengar yang sebaliknya. Diorang menyalahkan pula sesetengah program atau syarikat yang mereka sertai. Itu yang aku susah nak terima dengan perangai orang kita nih..
akazuma - 24 Aug 10 at 04:55:04
emm..entahla. kekadang aku pun hairan gak. pelik..pelik..
anuarkarimz - 24 Aug 10 at 05:15:57
kekadang kita ni suka percaya sesuatu benda tu tanpa usul periksa kebenarannya..
debtrunner - 24 Aug 10 at 05:35:07
haii..cam biasalah. Manusia nih memang tak suka nak ngaku salah sendiri..
hyprobulksms - 24 Aug 10 at 11:48:22
Program sebenarnya banyak yang benar. Biasanya yang melibatkat networking adalah lebih baik daripada segelintir IM Malaysiayang mengaut keuntungan dan mengabaikan pelanggan.

Banyak yang kata bongkar rahsia itu dan ini, tetapi sebenarnya dusta belaka. Pasal mereka S CAM.
smartphonetips - 25 Aug 10 at 01:52:01
hemm…benda ni susah gak nak cakap. Bila masuk bab nak mengaku ni, ego tu tinggi sangat.
adamfaiz - 25 Aug 10 at 04:22:30
Aku pernah beli brg yang hampeh..tapi takde la nak maki2 ni sumer..dia buat kita, nanti orang buat dia..
webmastermoon - 25 Aug 10 at 06:21:05
susah nak salahkan orang lain sebab kita sendiri yang decide nak beli. Kita yang nak sangat duit cepat. Itu yang rasa macam kena tipu bila kita sendiri tak dapat duit lepas beli ebook atau produk tu..
merahkatak - 25 Aug 10 at 07:09:25
diorang gebang je lebih. cakap besar..dan tak serupa bikin. biasanya ramai yang takde bukuti la tuh.
vitamin C+ - 29 Aug 10 at 14:48:43
biasalah. Bila dah pandai menipu..pandai menuduh..macam mana nak mengaku
ainun - 29 Aug 11 at 14:20:06
macam-macam orang sekarang ni



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011