Tahun 1990.
Waktu ni aku baru aje umur 6 tahun. Tapi kiranya aku dah start belajar berpuasa. Aku masih ingat sebab itulah tahun pertama aku belajar berpuasa pada bulan ramadan. Masa umur 1-5 tahun. Memang sah-sah aku tak puasa sebab aku tak reti nak baca niat puasa, tak reti lagi solat dengan baik, tak reti lagi nak ambil wuduk, tak reti lagi nak fikir dengan waras dan masa tu pun aku tak tau apa menatang blog tu. Malah, aku yakin masa tu juga aku tak pernah terfikir untuk jadi penulis blog seperti hari ini. Tahun ini, aku tak banyak karenah. Ada masa aku puasa penuh. Ada masa puasa penuh, tapi solat ikut suka aku. Kekadang leh plak lupa bacaan dalam solat. Biasalah, budak-budak. Aku bebal sikit masa mula-mula nih. Maklumlah, nama pun budak yang baru berumur 6 tahun..
Tahun 1991-1996
Dalam tempoh 6 tahun ini, memang macam-macam berlaku. Maklumlah, aku dah naik darjah. Bermula dari darjah 1 hingga darjah 6. Setiap tahun, puasa, solat terawih, main mercun, main meriam buluh, main bola petang-petang, drama cina kul 6 petang, solat terawih dan bersahur. Itulah antara peristiwa-peristiwa yang silih-berganti setiap hari sejak 6 tahun tersebut. Aku masih ingat lagi aku main mercun mancis. Bila aku baling, tunggu 5-6 saat. Tak meletop plak. Aku pelik. Jadi, aku gi la belek mercun mancis yang aku baling tadi. Dalam 2-3 saat. Bommm!! Meletup. Habis jari aku. Tak putus. Cuma rasa bisa yang amat. Jari telunjuk aku berdarah. Tapi darah tak keluar. Darah beku. Dekat beberapa bulan jugaklah aku korek darah yang dah beku tu. Itupun sebab nak tunggu kuku jari aku tu panjang sikit. Senang nak korek darah tu dan leh potong kuku terus. Family aku tak tahu kes ni. Aku dan Allah je yang tahu. Kalau mak abah aku tahu, memang aku tak leh dah main mercun gamaknya..
Dan dalam 6 tahun ini jugaklah merupakan tahun istimewa bagi aku sebagai seorang kanak-kanak. Aktiviti mencari duit raya akan diteruskan setiap tahun. Setiap tahun, paling teruk pun mesti ada dapat lebih RM100. Dan jangan tak percaya, aku pernah kumpul dekat RM500 lebih. Semua simpan dalam bank BSN. Masalahnya, bila aku masuk matrikulasi. Semua duit dalam akaun bank BSN, aku keluarkan. Joli sana-sini. Last-last, kad atm BSN aku entah hilang ke mana. Aku tak kesah hilang sebab dalam akaun aku tinggal sepuluh ringgit aje. Dan kalau ada yang jumpa kad atm aku tu sekarang, kad tu dah tak laku pun.
Ponteng puasa? Bohonglah kalau aku tak pernah. Ada la jugak. Tapi aku tak berapa ingat berapa hari. Biasalah, masa sekolah agama petang-petang tu. Masing-masing dah rasa penat. Jadi, waktu nak gi solat asar kat masjid, masa ambil wuduk..masing-masing menjalankan kewajiban untuk perut masing-masing. Gogokla air sejuk semana mampu. Dah kenyang, ambil wuduk dan solat cam biasan dengan rasa tak bersalah langsung. Pastu, petang tu berbuka macam biasa. Gila tak gila lah waktu tu. Pernah juga aku ponteng hanya dengan kuih karipap. Beli kat macik tu kul 4 petang. Nampak sangatlah aku tak puasa. Macik tu senyum aje. Aku gi nyorok dalam kereta Nissan abah, sambil cover line, aku sumbat karipap tu dalam mulut. Seringgit dapat 5 bijik karipap. Fuhh, rasa manis dan pedas kari kentang dan empuk tepung karipap tu memang mengasyikkan. Masa memang aku rasa macam nikmat sangat walhal aku tau yang aku dah buat kerja gila. TAkde sape yang tahu kecuali aku, para malaikat dan Allah. Isk..
Dan part yang paling tak bleh blah..waktu nak mintak ampun kat mak abah aku di pagi raya. Nak nangis pun ada. Nak gelak pun ada. Aku jarang nangis untuk scene-scene macam ni. Akak aku aje selalu nangis. Aku dengan adik-adik aku yang lain jarang la nangis. Pakat gelakkan akak aku aje. Dan part mak aku salam abah aku minta maaf adalah part yang ditunggu-tunggu oleh kami. Bukan selalu leh tengok drama swasta nih. Setahun sekali aje tauu. Mak sengih-sengih aje nengok perangai anak-anak nakal dia ni. Dan aku dengan adik laki aku paling kuat sakat mak aku. Maklumlah, anak lelaki ni memang rapat sikit dengan mak diorang berbanding anak perempuan.
Itu aje kenangan yang aku masih ingat. Nantikan sambungannya dalam part-part yang akan datang..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















ceh.. duk pakat gelak orang nangis.. huhu..
p/s - agak2 abah ko baca x post ni?
haha..
zaman kecik2 mmg macam2..
hehe..
Ronald mohoni. Terlalu banyak yang dah berubah. Ini semua salah satu hakikat yang terpaksa kita akui.
boy_bersahaje. Wehh..setakat ni, takde lagi maa…
Din Beramboi. Abah aku mana tahu aku punya blog. Aku tak penah bagitau pun. Haha..
mazuki. Hehe. Yelah, ko lagi terer..
azizan4444. BIla fikir balik. Air paip tu memang rasa sedap gila. Haha..
smartphonetips. Aah. Hehe..
debtrunner. Wahh..air bandung. Ini lagi dasat wehh..
Jaws. Hehe..leh wat drama ker? Haha..ada sesape yang minat nak tulis skrip drama ke. Idea aku leh bagi..
akazuma. Bolehlah. Dah tu je yang mampu. Duit pun ada singgit aje masa tu. Haha..