Rasanya dah 7 hari kita berpuasa kan? Mesti banyak cerita yang menarik yang korang nak kongsikan pada pembaca blog korang kan? Aku nak cerita pun, aku tak ada cerita yang best sangat tentang bulan puasa. Semuanya lebih kurang dan aku akui yang bulan puasa memang bulan-bulan yang berbeza dan tahun ini memang sangat berbeza berbanding tahun lepas. Mengapa? Ada 5 cerita yang buat aku gembira di awal Ramadan ini.

Bekerja di sektor kerajaan.

Ya. Ini tahun kedua aku berpuasa ketika bekerja dalam sektor kerajaan. Maksudnya aku masih baru dalam selok-belok “government” ni. Maklumlah, newbielah katakan. Nak cakap celupar pun kena control. Tapi kadang-kadang terlepas juga kalau ada orang memang saje nak cari pasal. Mengapa tahun ini berbeza? Ya, tahun ini juga aku berpuasa jauh dari rumah aku. Bukan aku tak pernah duduk jauh dari rumah. Malah, aku pernah berpuasa 4 tahun di Sabah ketika menuntut di UMS dulu. Namun, perbezaannya yang ketara, aku berpuasa di sini. Bumi Damak. Salah satu tempat di Bumi Allah ini yang aku tak pernah terfikirkan akan berada di sini. Secara jujur, aku bersyukur aku dicampakkan ke sini. Memang ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Aku bertemu dengan apa yang aku cari selama ni. Aku harap ianya akan jadi kisah muktamad. Hehe.

Aku jadi lebih aktif!

Ya. Walaupun baru aje 7 hari kita berpuasa, tapi aku rasa kerja aku samada online atau offline sudah melampau-lampau banyaknya berbanding tahun-tahun yang lepas. Maksud aku, ketika bulan Ramadan la. Memang aku selalu buat kerja gila pada bulan puasa. Waktu inilah aku selalu buat kerja lebih masa. Benarlah orang kata, bulan puasa ini memang merangsang kita untuk bekerja dengan lebih tekun. Bulan puasa ini bukan bulan tidur, jadi isikanlah dengan benda-benda yang berfaedah. Dan biasanya kita akan dapat hasilnya dalam bentuk yang berbeza.

Online job lebih banyak dan masyukk..

Haha, ini tidak dapat dinafikan. Banyak juga job yang datang. Baik dari segi penjualan link ataupun review job. Malah, personal coaching pun ramai yang mintak. Bukan aku tak nak buat, cuma aku memang terkekang dengan pelbagai perkara yang tidak dapat aku huraikan dengan jelas disini. Pastinya, memang sibuk dan aku harap aku dapat maksimumkan income aku pada bulan ini lebih dari bulan-bulan yang lepas. Insya-Allah, aku akan dapat lakukan.

Jumlah hutang ptptn semakin kurang..YES!!

Benar. Hutang ptptn aku dah kurang sangat dan aku mampu habiskan dalam tahun ini. Kalau aku nak habiskan sekarang pun boleh. Tapi lebih baik aku bayar sikit-sikit dulu agar budget aku tak kacau kat perbelanjaan yang lain. Tinggal fikir nak beli rumah aje sekarang. Ingat nak beli cash. Tapi tak cukup lagi kot. Haha..jadi, aku harap aku dapat income lebih dari bulan Ramadan ini dan mampu langsaikan hutang ptptn ni. Jadi, kepada yang masih berhutang beribu-ribu ringgit dengan ptptn ni, bayarlah. Orang lain pun nak guna gak duit tu. Ingat korang sorang je nak pakai. Dah pakai, tak nak bayar plak..

Banyak plan yang sedang menjadi..

Yap. Banyak yang terhasil dan menjadi. Banyak gak projek yang menjadi dan yang kurang menjadi tu berjaya juga aku buat sampai terhasil. Secara jujurnya, aku kecewa jika plan aku tu tak menjadi. Sebab tu aku usahakan juga dan aku takkan putus asa. Cuma plan nak kahwin ni masih kene tangguh dulu. Aku rasa tak jadi tahun ni. Mungkin tahun depan atau 2-3 tahun lagi. Calon dah ada. Cuma tinggal nak jadi. Tak tahu bila jadinya. Haha..

Itulah sahaja ceritanya. Ringkas-pendek sahaja. Inipun aku rasa dah banyak aku mengarut. Belum masuk bab tatabahasa lagi. Banyak yang lintang pukang dan aku akui yang aku lebih selesa menulis sebegini. Dan sempena bulan Ramadan ini, kita rajin-rajinlah menunaikan ibadah puasa dan ibadah yang wajib-wajib tu. Ibadah yang sunat tu, jangan dilupa atau dijeling. Rajin-rajinkanlah jugak. Inilah antara Amanah Saham Pahala yang kita cuma boleh dapat setahun sekali. Dividennya pulak, kita leh dapat kat akhirat nanti..

Ps: Lama aku tak update. Sibuk sikit dan aku tengah blurr sebenarnya..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 27 comments. Apa plak komen korang?
rina - 17 Aug 10 at 05:54:26
nak kahwin rupanya. Tahniah. Tahniah! :D
Samdaddycool - 17 Aug 10 at 08:48:11
uish.. dalam diam, dah sampai seru…. lagi cepat lagi bagus masjid tu terbina.. ngehehe
hyprobulksms - 17 Aug 10 at 13:16:29
Salam TT, tahniah kerana TT berjaya mengurangkan PTPTN tuan. Kalau boleh bayar selepuk lagi berbaloi rasanya… lagi manis nikmatnya rasa satu beban dah hilang.

Sekadar cadangan jer..

P/S- TT, blog tuan sudah link di sidebar blog saya. Semoga tuan sudi backlink ya.
sufian - 17 Aug 10 at 16:05:33
doa byk2 bulan ramadhan ni :)
Jaws - 17 Aug 10 at 19:47:10
cerita yg menarik..
aku baca setiap satu dr awal hingga akhir..
kalau ade masa igt nak jumpe kau kat banting tu..
kalo ko balik banting laa..
leh gak aku cedok ilmu tnx ko tu..
mazuki - 17 Aug 10 at 21:29:07
akhirnya…dari alam universiti kini ko dah bertukar alam kerja…lepas ni masuk alam perkahwinan la plak…hahaha

mungkin gaya penulisan pon lain kot..hahaha
madlut - 17 Aug 10 at 23:58:17
alhamdullilah…murah rezeki ko eh…
merahkatak - 18 Aug 10 at 01:00:21
baguslah. Lama dah aku follow blog ni, dari kat u, ke blogger ke alam pekerjaan.. akhirnya bakal kahwin. Haha..tahniah. tahniah!!
wiah - 18 Aug 10 at 01:43:34
nak kahwin dah? Tahniah. Banyak rezeki la nanti..
debtrunner - 18 Aug 10 at 02:36:12
banyak cerita orang buang bayi masa bulan ramadan nih. apala nak jadi dengan orang kita sekarang nih..
boy_bershaje - 18 Aug 10 at 05:01:36
uhhhh terbaik lah tan. semoga sukses lagi. seronok tol bila utang nk abis bayar. lapang kepala. tapi lagi seronok kot bila nk kahwin muahahahaha
boss - 18 Aug 10 at 05:16:17
tahniah.. aku plak bulan ni macam kurang sikit masuk online job, tak tau pesal..
smartphonetips - 18 Aug 10 at 06:07:40
fuhh. macam kencang aje income bro. Harap leh dapat banyak macam bro. :)
etomyam - 18 Aug 10 at 06:49:35
alhamdulillah rezeki semakin murah tu
suhaili - 18 Aug 10 at 14:32:56
Salam, tahniah..bulan Ramadhan ni banyak mengajar kita lebih fokus sebenarnya
Fazli - 18 Aug 10 at 17:20:37
hutang ptptn tu kalau dapat jelaskan mmg best woo…
mancai - 19 Aug 10 at 03:29:56
fokus memang penting… cepat2 jangan lambat2 kawin bro…
akazuma - 20 Aug 10 at 03:36:06
hehe..jangan lupa jemput kita orang ye bila kahwin nanti..
whiteblogger - 22 Aug 10 at 03:05:36
masih banyak yang kita kena belajar. hutang, beban, risiko..fuhh..

kahwin dengan orang mana nanti?
rina - 23 Aug 10 at 07:55:58
Alhamdulillah..nak kahwin rupanya. :)
titan - 24 Aug 10 at 01:07:51
rina. Soon. :D

Samdaddycool. Haha, ko buat aku tersipu-sipu nih…

hyprobulksms. Hehe..takpe. Aku tak kesah bayar pelan-pelan.

sufian. Ya. Aku cuba. :)

Jaws. Aku balik banting Khamis nih. Cuti dari Jumaat sampai ke Ahad. Ilmu tnx? Tak susah kalau dah tau. Tapi bila tak tahu..memang rasa cam susah gila..

mazuki. Dulu dan sekarang memang berbeza dah cara aku menulis. Aku harap tidaklah berubah ketara sangat nanti.

madlut. Terima kasih. Mudah-mudahan.

merahkatak. Sama-sama. Ko suka. Aku lagi suka wehh..

wiah. Aku harap pun begitu. Rezeki anak-anak dan bakal isteri. Haha..

debtrunner. Bab buang bayi tu, susah nak cakap. Aku pun tak suka benda tu berlaku, tapi purata kat negara kita nih, sekurangnya 1 bayi dibuang setiap hari. Bayangkan kalau sebulan? Dah 30 bayi kena buang..
titan - 24 Aug 10 at 01:15:26
boy bersahaje. Haha..tahu takpe. Ko tu, cepat2 habiskan hutang. Kemudian cepat-cepat kahwin. Jangan bagi orang pempuan tu tunggu lama-lama.

boss. takpe. Ada masa naik. Ada masa turun. Biasalah tu. Usaha lebih dari biasalah jawabnya.

smartphonetips. Bolehla. Rezeki bulan ramadan.

etomyam. Alhamdulillah.. :)

whiteblogger. Orang mana satu? Biarlah rahsia..

rina. Nape? tak boleh ker??
Ali ridha - 24 Aug 10 at 01:24:39
mesti dpt awek dlm sektor kerajaan.
titan - 24 Aug 10 at 02:01:30
Ali ridha. Tidaklah. Hehe..rahsia. Rahsia.. :D
farahaznil - 26 Aug 11 at 23:50:49
hamboiii…calon dah ada..jeles gua..hahahahaha
sjiehan - 28 Aug 11 at 15:02:34
selamat sy dapt mara.. harap2 semuanya jadi biasiswa!
ainun - 29 Aug 11 at 14:21:42
esok dah raya…yeay



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011