Satu soalan dari kawan aku yang bekerja sebagai seorang kerani. Dia tanya, masa aku mula-mula menulis blog dulu, macam mana agaknya aku tulis blog aku tu. Dari mana idea dapat ketika menulis blog? Fikir dulu ke atau ada cara-cara tertentu untuk menulis blog tu? Macam mana nak kekalkan momentum untuk terus menulis blog ni? Dan pelbagai lagi. Bukan satu soalan dan ni. INi boleh dikatakan satu set soalan yang menumpukan pada satu tajuk iaitu bagaimana aku menulis artikel di blog-blog aku yang berlambak tu. Ok. Ada caranya. Mudah sahaja.

Bagaimana?

Aku boleh katakan ada banyak cara, siri dan versi yang berbeza. Setiap orang ada caranya yang tersendiri. Tapi aku ada satu teknik yang mampu mengubah korang menjadi seorang blogger yang boleh menulis blog korang sendiri dengan lebih baik pada masa hadapan. Teknik ni aku dah pernah cerita dan kalau korang selalu baca artikel-artikel dalam blog ini, korang pasti dah tahu. Tapi kalau tak tahu dan mungkin korang terlupa, aku ingatkan semula. Ingat tak tentang Ujian menulis blog selama 90 hari tu? Jika masih ingat, korang dah buat belum? Dah praktikkan belum ujian tu? Kalau belum, kas ujian itu, tidat sekarang dan jika korang lepas ujian itu, tidak mustahil untuk korang maintain 10 blog yang berbeza niche dan mempunyai artikel unik yang berlainan setiap hari. Ingat tu, setiap hari. Dan ianya tidak mustahil jika korang sudah berjaya melepasi ujian menulis blog ini.

Mengapa aku berkata demikian? Apa buktinya?

Tak perlu bukti. Cuma aku perlukan korang untuk berfikir. Dalam 90 hari itu, jika korang berjaya menulis satu artikel. Ini bermakna jika korang berjaya maintain untuk tulis setiap hari satu artikel, korang akan ada 90 artikel dalam blog korang selepas itu. Ini juga bermaksud korang berjaya memaksa diri korang untuk buat artikel unik diblog korang dengan jayanya. Dan korang kena tahu, tidak mudah untuk menghasilkan satu artikel yang menarik. Aku yakin antara 90 artikel itu mungkin 30% sahaja artikel unik korang tu betul-betul artikel yang sangat hebat dan mampu menarik perhatian pengunjung dan sekaligus memikat mereka untuk menjadi pembaca setia blog korang. Atas sebab itu juga aku minta korang menulis sendiri artikel tersebut kerana aku mahu artikel korang itu ada nilai-nilainya tersendiri dan ada bau yang pasti memikat pembaca untuk kekal membaca artikel korang setiap hari.

Mahu bukti lagi?

Ok. Ini bukti mudah. Baca semula artikel korang. Tak kiralah yang baru tulis atau yang dah lama tulis bertahun-tahun dulu. Korang tersenyum atau tidak? Ada perasaan pelik tak yang muncul ketika membaca artikel tu? Nampak seninya disitu? Nampak perbezaan disitu? Korang akan nampak betapa teruknya artikel korang ketika awal-awal korang menulis blog dan korang akan mula tersenyum gembira apabila melihat artikel-artikel korang menjadi semakin bermutu. Ditambah lagi, korag sendiri merasakan perkongsian ilmu dalam blog korang itu mampu membantu orang lain sekaligus memikat hati mereka untuk membacanya setiap hari. Malah, ada pembaca yang sentiasa tertunggu-tunggu artikel baru dari blog korang setiap hari. Betul tak? Mesti ada yang perasan kan? Mesti ada yang sedang tersenyum bukan? Jika dulu artikel memang cam tangkap muat, ada yang copy paste, ada yang tulis ikut suka hati mereka, tetapi cuba lihat artikel terkini korang. Ada perubahan bukan? Bukan sahaja disitu, cuba lihat dari segi jumlah komen, jumlah trafik dan ranking dari segi pagerank, compete rank, alexa rank dan sebagainya. Ada perubahan bukan? Dan nilai sentimental yang tersirat dari blog-blog korang tu. Itulah harta korang yang sukar untuk dibeli. Inilah usaha yang korang telah buat selama 90 hari. Walaupun usianya mungkin 3 bulan, tapi ianya adalah hasil kerja korang. Cuba pulak kalau sudah 3 tahun? Apa yang korang akan rasa? Nilai sentimentalnya akan meningkat setiap hari dan andai kata korang dah berkahwin dan ada anak serta mungkin sudah mempunyai cucu, tunjukkan pada mereka. Inilah korang. Inilah salah satu karya terindah yang pernah korang hasilkan.

Cara nak tulis blog plak camana?

Secara mudahnya, ada banyak cara. Tulis artikel tu dalam bentuk sajak, dalam bentuk pantun ada luahkan sahaja apa yang korang mahu tulis. Bagi aku, aku lebih senang untuk tulis sesebuah artikel itu bila aku nak tulis sesuatu. Kalau aku ada bahan untuk tulis sesebuah artikel, itu akan jadi lebih mudah dan jika aku dikehendaki untuk membuat review atau ulasan berbayar, biasanya aku akan cari banyak info dan buat ujikaji sedikit dan tambah sedikit gambar bagi penyeri bagi artikel tersebut. Boleh juga selitkan video dalam artikel korang tu. Malah, jika korang dah terlalu malas, ambil satu gambar, ulas gambar tu. Percaya atau tidak, nak ulas satu gambar pun boleh dapat dekat 500 patah perkataan. Itu belum 2-3 gambar. Kekadang, dari satu video pun, aku leh taip dekat beratus-ratus perkataan. Aku sendiri tak tahu aku dapat mana ilham masa tu. Kalau dah lancar menaip, memang macam-macam aku boleh taip dan biasanya memang kebanyakkan artikel aku tu aku tulis sendiri. Tapi ada gak yang aku copy paste separuh kalau aku rasa sesuai untuk dikongsikan bersama. Dan tak lupa, beri kredit kepada tuan punya gambar, tuan punya video ke apa ke. Itu benda wajib yang perlu kita tahu dan jika terlupa, pepandailah cover lepas tu. Jangan biar lepas aje benda-benda tu. Haa, lebih kurang ginilah nak tulis blog. Ada banyak cara. Ada yang cincai, ada yang smart dan ada juga yang caca merba. Benda ni subjektif. Jadi pasti ada kelebihan dan kekurangan bagi setiap cara nak tulis artikel diblog masing-masing. Betul tak?

Jadi, konklusinya korang sendiri kena fikir. Korang nak apa sebenarnya, kalau nak tulis artikel kat blog ni, apa yang korang cuba sampaikan dan apa yang korang mahu pembaca lihat? Pendek kata, luahkan sahaja. Insya-Allah, ada yang terpikat dengan gaya penulisan korang yang unik itu.


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 27 comments. Apa plak komen korang?
Jaws - 14 Aug 10 at 19:16:34
info yg bagus ni..
sesuai utk blogger cam aku ni..
Samdaddycool - 14 Aug 10 at 20:05:33
emang bagus untuk ‘refresh’ bagi idea kat aku yang kadang-kadang buntu…
hyprobulksms - 14 Aug 10 at 20:15:16
Memang mengkagumkan, saya pun tersengih bila saya tengok penulisan saya yang lama.

P/S- TT, blog tuan sudah link di sidebar blog saya. Semoga tuan sudi backlink ya.
Syuxx - 14 Aug 10 at 20:53:57
Nak tulis artikel yang baik, tulis je secara laju-laju.
Let the ideas flow freely.
Lepastu peram sehari dua.
Dah cukup masam dan masin, lepas di edit, baru publish kasi makan dengan readers. Haha
Fazli - 14 Aug 10 at 21:32:10
kerja kerani mesti lagi pandai menaip. kalau dia blogging, lagi byk artikel agaknya.
madlut - 15 Aug 10 at 03:58:50
tak rugi baca nie..lepas nie aku mesti cuba ujian 90 hari tue!!
travelman - 15 Aug 10 at 04:22:15
ujian yang menarik. Mesti buat. Baru leh dapat macam yang titan wat ni.
akazuma - 15 Aug 10 at 05:47:54
idea tu kdg2 datang tanpa kita minta. Jadi, tulis ajelaaa… :)
abdfatah - 15 Aug 10 at 07:47:23
tengah buntu idea lagi nak teruskan menulis nih… hahahaha…

tapi kena teruskan usaha untuk menulis dan menulis setiap hari…

kena try cabaran 90 hari tu… 10 hari ke… 20 hari ke… 30 hari..

apa yang penting usahakan untuk menulis dengan semangat juang yang kental tanpa putus asa…
wiah - 16 Aug 10 at 01:41:04
saya cuba. walaupun saya tahu masa sangat tidak mengizinkan.. :(
zool - 16 Aug 10 at 04:30:50
aku setuju sekali.. bila tgk entri lama2 rasa nak tergelak je… nampak sgt copy n paste.. lama2 ada perubahan walaupun masih byk perlu diperbaiki
en_me - 16 Aug 10 at 05:53:13
salamm ramadhan tuan rumahh..
anuarkarimz - 17 Aug 10 at 01:55:34
bila mula2 nak setup blog dulu, agak buntu nak tulis ape2 tapi lama kelamaan baru dpt idea setelah belajar dari sifu2 blogger
rina - 17 Aug 10 at 05:56:57
kalau takde passion, memang susah nak tulis blog nih..
naz - 17 Aug 10 at 06:52:46
bagus tips ni titan. aku tulis jugak kkdg, tp slalu srh org tuliskan je
megat - 17 Aug 10 at 22:50:22
mantap! kadang2 point sikit je, tapi nak jadikan panjang pepandailah goreng.

point paling best ialah baca balik artikel lama dan kita akan tahu perbezaannya ;)
mummynana - 18 Aug 10 at 03:36:11
sngt terkene batang idung akak nih haha. btol sgt. if baca entry lama lama dulu kala tau la camne. wohohoho. malu gak hehe. nway tahniah dgn tercetusnye entry ini. salam.
smartphonetips - 18 Aug 10 at 06:11:28
walalala..dulu baca balik karangan sendiri masa sekolah rendah, rasa cam nak tergelak tengok tulisan besar cam gajah..kecik cam semut..baca kat blog, tergelak tengok ayat yang disusun. memang kelakar. itulah harta yang tak dapat nak dibeli..
mancai - 19 Aug 10 at 03:31:32
betul tu.. pengalaman memang mendewasakan permikiran… tq2
Izul - 21 Aug 10 at 10:37:22
DKDM menyinggah… hehe. wa, senior blogger ni. Thanks for this article. Nak gk tau, my writing kt DKDM macam mana rating ye. hehe.

Salam mesra drpd DKDM. ;)
titan - 24 Aug 10 at 00:53:12
Jaws. Kalau sesuai, baguslah. Untuk manfaat bersama.

Samdaddycool. Hehe. sekali sekala tulis camni, bagus gak. Sekurang-kurangnya, ada manfaat pada orang. Mungkin ada yang mempunyai penerimaan yang berbeza.

hyprobulksms. Tersengih ye? Aku pun dok tersengih nih. Ok. Insya-Allah, nanti aku letak.

Syuxx. Aku jarang sangat edit semula artikel aku tu. Tapi aku akui, cara yang ko bagitau tu agak bagus.

Fazli. Tapi tak berapa ramai kerani yang menulis blog. Ada, tapi jumlahnya kurang sikit. Diorang lebih suka tulis tangan kot..
titan - 24 Aug 10 at 00:56:11
Madlut. Ok, cuba sahaja. Insya-Allah. Boleh berjaya punya kalau kena gayanya.

travelman. Insya-Allah. :)

akazuma. Haha, tau takpe. Sebab tu aku jenis tulis aje apa yang terlintas dan tangan aku akan pantas menaip.

abdfatah. Betul. Kita jangan mudah putus asa. Tapi kalau putus asa pun takpe. Dari situ kita boleh bangun dan berusaha dengan lebih baik.

wiah. Cubalah. Saya yakin awak boleh buat punya. Keyakinan tu datangnya dari diri sendiri.

zool. Tak kesahlah copy-paste ke apa. Janji kita tak dapat sesuatu dari artikel kita tu. Niat tu pun penting. hehe, aku kalau baca balik artikel aku, memang gelak tak henti-henti.
titan - 24 Aug 10 at 01:02:03
en_me. salam ramadan!

anuarkarimz. Memang mula-mula macam tu. Tapi lama kelamaan, kita semua tahu, ianya akan hadir sendiri. Janji kita mahu berubah.

rina. Passion tu memang penting. Kalau tak ada. Mungkin susah sikit untuk dapat apa yang kita nak dari menulis blog nih. Tapi ianya tidaklah sesukar mana. semuanya datang dari diri kita.

naz. Hoho..aku pun selalu buat begitu. Strategi dan cara setiap orang adalah berbeza..

mummynana. Biasalah tu kak. Pokok mana yang tak bergoyang bila ditiup angin. Inikan kita manusia. Yang selalu wat silap dan dosa.

smartphonetips. Betul. Harta yang tak boleh dibeli, tak boleh diganti..

mancai. Mudah-mudahan. :)

Izul. Selamat datang ke blog nih. Harap ianya akan lebih banyak membantu. Blog Izul tu ok. Ada gaya penulisan tersendiri.
haru - 07 Sep 10 at 18:49:49
baru bace..its a nice sharing dude..aku pn ade dua blog..kdg2 mcm org giler xtaw nk tulis ape..haha
titan - 07 Sep 10 at 23:32:48
haru. memang leh jadi haru biru kalau jadi bengong kejap. Sebab tu, bila kita rasa nak tulis kat blog. Tulis aje. Biar benda tu mengalir..
farahaznil - 26 Aug 11 at 23:49:46
huhuhu..aku masih lagi mencari2 gaya penulisan haku…bertukar2 angin kot..
ainun - 29 Aug 11 at 14:22:33
terima kasih atas perkongsian



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011