Entahlah. Macam setann..walaupun aku tidak mengenali setan secara terperinci seperti aku kenal Mr. Satan dalam komik Dragon Ball, tetapi aku tetap nak cerita dengan makhluk-makhluk yang dikatakan mendekati dengan perangai setan-setan yang akal pendek nih..
Budak-budak zaman sekarang memang macam setan. Sikit-sikit tak puas hati dengan mak bapak. Sikit-sikit nak bergaduh. Sikit-sikit nak tunjuk perasaan walaupun diorang tak terlibat dengan pilihan raya dan sikit-sikit nak tunjuk kuat walaupun yang sebenarnya kudratnya tidaklah seberapa. Belajar silat pun tak, belajar taekwando pun tak..selamba aje dengan silat jalanan yang diorang terokai sendiri. Bila kalah bertumbuk, disalahkan orang yang menumbuknya walhal dialah orang pertama yang memulakan pergaduhan tersebut. Bila kita kata bodoh, tau pulak marah. Bila kita kata bangang, memang sah-sah bangang. Bab ego dan maruah, semuanya nombor satu. Aku tak kata kita tak patut jaga maruah kita. Tapi maruah tu takde nilai kalau ko dah merengkok dalam penjara ataupun lihat mak abah ko menangis kat rumah. Korang sanggup tengok mak korang menangis? Sanggup tengok abah ko tension dengan perangai setan korang tu? Cuba fikir sikit, seluar baju makan dan belanja sekolah serta duit rokok tu sape yang bagi? Cuba fikir sikit..
Pelajar-pelajar zaman sekarang pun macam setan. Baru je beberapa hari lepas panas dengan isu budak bertumbuk dengan cikgu. Aku malas nak ulas sangat pasal video panas yang heboh diperkatakan oleh ramai orang sekarang. Itulah produk zaman 2010. Sampai nak bertumbuk. Berapa sangat kudrat korang? Aku bukan nak provok. Tapi cuba fikir sikit. Apa yang korang dapat dengan perasaan marah dan bengang tu? Cikgu ni dia takkan sentuh korang kalau korang tak buat salah pun kat sekolah tu. Nak jentik pun diorang takkan buat kalau korang tak buat salah. TAPI kalau KORANG BUAT SALAH, kerja rumah tak siap, kerja sekolah apa tah lagi, bawak handphone ke sekolah, cium peluk perempuan dalam kelas, merogol kat kelas, ringan-ringan dalam kelas atau belakang sekolah, bergaduh, mengejek nama bapak, conteng kereta cikgu dengan cat, calar kereta ferrari cikgu korang, kesalahan disiplin ditahap yang melampau, mengorat cikgu perempuan dan lelaki, mencuri dan sebagainya..takkanlah cikgu-cikgu ni tak ambil tindakan langsung? Pasti ada tindakan yang perlu diambil untuk mengelakan daripada perkara yang sama berlaku lagi, bukan?
Cuba fikir, apa jua kesalahan pun, kita kena berfikir secara rasional. Biasanya memang pelajar kita ni yang bersalah dan memang ada kes cikgu salah guna kuasa dan cikgu terdenda melampaui batas. Aku boleh kata, denda-denda cikgu zaman sekarang sangat biasa. Denda orang zaman mak abah dulu lagi teruk. Pernah telan kapur? Pernah telan air liur cikgu? Ingat pembaris kuning yang panjangnya dekat 1 meter tu? Pernah kena pukul dengan cikgu pakai pakai pembaris kuning tu sampai patah? Pernah kena ikat dekat pokok..disapunya madu atau gula kat badan, kemudian dicampaknya kerengga atau semut kat badan korang tu? Pernah? Apa barang denda zaman sekarang, nampak sangat pelajar-pelajar zaman sekarang ni lemah dan tak berdaya saing. Baru denda sikit, dah nak bergaduh dengan cikgu. Tu pasal ramai yang jadi mat rempit, mat hisap, mat rogol dan sebagainya. Mungkin tak dapat berkat dari cikgu-cikgu korang tu. Pernah tak korang fikir sejauh tu?
Aku pun pernah jadi budak, aku pun pernah jadi pelajar. Aku pun mengakui kekadang aku memang nakal ketika di sekolah. Tapi tak adalah sampai nak bertumbuk dengan cikgu. Tak adalah sampai nak mengorat cikgu perempuan. Suka-suka cam gitu ajelah. Sebab aku tahu cikgu tu tak pandang langsung aku. Haha..Takde la juga sampai nak beradu tenaga dengan kawan-kawan. Nanti semua keluar jurus masing-masing. Aku masih lom habis menuntut Hikmat Alam Semesta yang Ji Fat berlatih dulu tu. Baru peringkat ke 3..Ilmu jurus Kame Hame Ha yang aku menuntut dari Son Goku pun tak matang lagi. Mungkin aku memang takda bakat dengan ilmu Goku ni..Sebab tu juga mungkin aku tak berapa jahat kat sekolah sebab aku sedar diri aku macam mana dan aku tahu tanpa pelajaran dan tanpa result peperiksaan yang baik, mustahil aku boleh pergi sejauh nih.
Ada ilmu yang aku takkan peroleh dari blogging dan dunia internet marketer nih. Itu pasti dan tak perlu kita nak agungkan sesuatu benda. Kita perlu hormat setiap pendapat dan pandangan seseorang. Ini pandangan aku tentang isu pelajar bergaduh dengan guru/cikgu. Mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang tak suka. Dan secara jujurnya, kedua-duanya ada silapnya Bagi aku ianya tidak patut berlaku dan aku tahu ramai yang memihak kepada pelajar tersebut. Tapi cuba fikir sejenak, siapakah yang menyebarkan video tersebut? Siapakah yang merakam video tersebut? Siapakah budak yang kurang ajar tu? Korang tahu sejarah sebenar pelajar tersebut dengan terperinci? Dan siapakah guru yang terlibat itu? Sebenarnya, banyak lagi kes cikgu dan pelajar bertumbuk ni. Tapi ianya kes terpencil dan tidak diketahui ramai. Bila kes dah jadi macam ni, sampai ke internet dan sampai orang kat Uganda dan New Delhi pun boleh tahu perangai pelajar dan cikgu di Malaysia ni, apa perasaan korang? Tak malu ke? Apa pula peranan ibubapa untuk menangani benda ni? Apa perasaan mak abah pelajar yang menumbuk cikgu tersebut? Dan yang paling penting sekali, apakah perasan pelajar tu selepas berjaya tumbuk cikgu tu? Puas hatikah? Terlerai sudah dendamnya? Bangga atau apa? Tidak ada sedikit perasaan bersalahkah? Walaupun aku tahu pelajar ni mempunyai tahap emosi yang agak rendah tetapi wajarkah pelajar tersebut berbuat demikian? Baik lawan main game keyboard ni. Lagi bagusss!!
Ps: Dulu, ada seorang cikgu perempuan tu lawa sangat dan agak kaya. Kiut sangat. Teringin nak ngorat. Tapi apakan daya, ada cikgu lelaki tu plak yang kebas. Tension sesangat. Rasa nak tumbuk cikgu tu pun ada. Tapi sabar ajela. Bunga bukan sekuntum. Banyaaakkk lagi kat luar sana. Dan sekarang aku gembira. Aku jumpa banyak bunga-bunga yang mekar dan segar. Hehe..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content














P/S- TT, blog tuan sudah link di sidebar blog saya. Semoga tuan sudi backlink ya.
Tapi memang tak dinafikan kebiadapan budak2 zaman sekarang. Tapi tak semua macam tu. Biasanya yang kurang asam ni mak bapak kurang mendidik lantaran back ground mak bapak yang tak berapa ok dan juga parents yang terlalu sibuk mencari rezeki. Akibatnya anak-anak takde yang kawal dan jaga.
Siapa yang boleh di salahkan?
Mak bapak kalau dua2 kerja pun tak cukup nak hidup zaman sekarang….
So, camna?
Adakah ini faktor ekonomi?
Atau sistem globalisasi?
Wah…panjang betul kalau kita tgk macam2 angle…
dulu dan sekarang tak same da kot.. lain da jadinye.. emm susa susa…
Budak zaman dulu tak berani angkat muka dengan guru, apatah lagi tunding jari depan muka..
sama la macam ayah aku…
masa aku sekolah dulu bila ada kes berkenaan masalah pelajar ” Budak sekarang tak macam dulu”
dan bila aku membesar aku rasa budak sekolah skrg lagi melampau dari zaman aku sekolah dulu…
ayat yang sama aku kuakan…
Budak zaman skrg tak macam zaman aku sekolah dulu….
Jadi cuba bayangkan situasi ni berlaku 10 tahun akan datang…
Bdak zaman skrg yang perangai semakin teruk akan berkata…
“Budak zaman sekarang tak macam zaman aku sekolah dulu…”
Maksudnya, bagaimana kurang ajarnya budak pada ketika itu???
Jadi kita sebagai ibubapa(mana yg masih bujang) pada ketika itu perlu memainkan peranan la….
p/s : sorry titan dah leh jadi blogpost dah aku punye komen ni