Pelan Tindak Ikut TNX.
Ya. Itu salah satu topik dalam Panduan TNX 3.0 yang sedang aku karang selama ini. Aku harap dengan pelan tindak ikut itu akan membantu lebih ramai yang membeli panduan tnx aku tu berjaya membuat duit melalui program TNX ini. Aku tahu yang pelan tindak ikut agak ringkas. Tetapi, jika korang berjaya melaksanakan pelan tersebut dengan jayanya, Insya-Allah, korang akan dapat buat duit dengan TNX ini. Bagi yang sudah faham dengan jurus-jurus yang diperlukan dalam program TNX ini, teruskan dan gunakan juga pelan tindak ikut TNX ini untuk membantu korang dalam meningkatkan income TNX korang atau jadikannya ia sebagai satu panduan yang boleh korang rujuk pada bila-bila masa sahaja. Itu penting dan aku rasa korang mungkin boleh lakukannya.

Ini sedikit komisen yang aku terima beberapa hari lepas. Alhamdulillah. Tak berapa banyak. Tapi cukuplah kan. Sape nak bagi. Sebahagian daripada duit aku yang ada dalam akaun paypal telah aku transfer ke akaun Bank Islam aku. Dan pagi tadi, dapat sms dari Bank Islam yang menyatakan bahawa duit dari akaun paypal itu telah berjaya masuk ke akaun aku dengan selamatnya. Hehe..
Jika korang perasan, ramai gak yang dah berjaya buat duit dari TNX. Walaupun mungkin ada antara mereka bukan downline aku di TNX atau mereka bukan pembeli Panduan TNX 2.0 aku tu, aku tetap gembira kerana sekarang sudah ramai orang mengetahui tentang potensi TNX di mata blogger-blogger Malaysia. Jika program ini dulu tidak dikenali, kini ianya sudah dikenali dan sebaris dengan program terkenal seperti Linkworth, LinkXL dan Text Link Ads. Aku yakin kini ramai orang akan mencari cara-cara, tips dan trik untuk buat duit dengan TNX dan program-program berkenaan.
Berminat dengan TNX? Daftar kat sini >> TNX.net
Dan satu nasihat aku, jika korang serius untuk buat duit, benda yang paling asas korang kena tahu adalah tentang blog. Mesti tahu tentang cara nak setup blog, asas domain dan hosting, kena rajin nak tulis blog dan sebagainya. Pendek cerita, korang tahu asas-asas ni semua. Jika tak mahir, nak tak nak korang kena mula belajar sekarang sebab benda-benda asas ini yang memainkan peranan besar ketika kita hendak buat duit melalui blog dengan maksimum. Jika tidak, jangan mimpi mahu dapat pendapatan yang lumayan dari blog-blog korang tu. Jadi, korang boleh cuba hidup korang dengan TNX jika berminat. Aku tak paksa. Jika mahu, cuba. Jika tak mahu, boleh cuba dengan cara yang lain pula. Mana tahu, kena gaya boleh jadi jutawan. Siapa tahu kan?
Ps: Kadang-kadang, aku risau tengok orang melayu ni..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 31 dari Text Link Ads | Bila perangai pelajar kita macam setan.. »
















luar biasa… setiap bulan duit masuk..
nih yang buat saya terujah.. apa-apa pun, teruskan perjuangan sebagai blogger…
teringin nak jumpa kau n belajar dr ko..
hehe..
ayat last sekali tu aku suka..
aku pun risau ng melayu.
tapi aku tahu ada sale sebenarnya bila ada blog aku yg tetiba ada link yang sendiri lupa datang dari mana…upenya tnx…
Ronald. Semua orang boleh berusaha dengan luar biasa. Bezanya, kita mahu atau tak. Kita buat atau tak. Jadi, mari berusaha bersama-sama.
Jaws. Aku pun nak jumpa ko dan member-member yang lain. Cuma memang tak berkesempatan aje. tunggu masa aje..
Syuxx. Insya-Allah, aku akan asah skill aku yang ada ni dan tambah skill baru.
aura merah. Bab sakit hati tu normal. Sebab tu aku risauu..
Amim. Bolehlah. Harap-harap dapat lebih lepas nih..
reezluv. Emm..takpe. Usaha lagi. Boleh dapat punya. Intellilink pun best. Kena gaya, tiap-tiap bulan dapat tu..
mazuki. Oklah tu. Harap-harap dapat lebih lagi pada masa yang akan datang.
Afiffudin. Hehe..mudah-mudahan lebih dari 100usd tuh..