Kali ini aku cuma hendak update satu lagi payment bulanan yang aku dapat setiap bulan. Memang tak banyak untuk akaun ni, tapi aku harap yang aku akan dapat buat lebih banyak duit dengan program Text Link Ads ini. Lagi banyak yang aku dapat, lagi banyaklah benda yang aku boleh beli. Haha..
Ada yang bertanya, susah sangat ke program TLA ini? Hanya blogger-blogger tegar sahaja ke yang boleh buat duit dari program ni? Yang baru belajar ni tak boleh buat duit ke? Susah sangat ke nak sampai level tu? Ke program ni hanya memilih blogger-blogger yang hebat aje untuk program Text Link Ads ni. Dan banyak lagi rungutan yang aku terima bila ianya berkenaan dengan program keramat ini.

Ya. Jika korang kata ianya susah. Memang susah. Jika korang kata hanya blogger yang tegar sahaja boleh buat duit dari program ni? Jawapannya memang YA! Ini kerana hanya blogger tegar sahaja mampu bertahan dengan kekangan dan persaingan yang sengit dalam program TLA ini. Yang baru belajar? Boleh buat. Sebab semua blogger tegar pun bermula dengan zero knowledge tentang program ini. Nak sampai level tersebut? Tak susah. Kita cuma perlu belajar dan belajar daripada pengalaman kita tu. Jangan mudah putus asa dan hilang fokus. Program TLA memilih? Of Course! Mereka sangat ketat memilih blog-blog yang layak untuk advertiser kesayangan mereka. Jika tidak, hilanglah kredibiliti dan kepercayaan advertiser kepada TLA. Yang pasti, jika korang ada blog yang mempunyai pagerank yang mantap seperti PR3 dan ke atas, korang sudah layak untuk menghantar blog-blog korang untuk diluluskan di marketplace TLA. Pada tahap ini, korang cuma tunggu advertiser yang kaya raya tu untuk berminat dengan blog PR3 korang tu. Mesti punya ada jerung dan ikan paus yang berminat punya. Cuma tinggal tunggu aje..
Rungutan lain?
Ada. Banyak. Ada yang kata benda ni sangat menyusahkan. Memanglah menyusahkan. Ingat senang ke nak buat duit? Bersusah-susah dulu, baru kita bersenang-senang kemudian. Dan tak mustahil, ada kerja yang bagi kita duit yang lumayan hanya dengan kerja 1 minit sahaja. Jika blogger tegar yang lain boleh buat, boleh capai tahap itu, mengapa kita tidak boleh? Sekurang-kurangnya kita jangan putus asa dan tidak mahu berusaha. Even orang buta pun berusaha bersungguh-sungguh untuk sesuap nasi. Inikan kita yang sihat walafiat. Sepatutnya kita bersyukur sebab ada ramai lagi orang yang tak makan berhari-hari disebabkan oleh pelbagai faktor yang tidak dapat diduga.
Leh join TLA di sini > Program Text Link Ads
NAsihat aku, jika nak buat duit, kita kena fokus. Kemudian kena usaha sungguh-sungguh melalui plan tindak ikut yang kita rancang dulu. Lakukan dengan strategi yang smart. Insya-Allah, bukan takat TNX dan TLA aje, banyak lagi program yang akan membuahkan hasil. Hehe..
Ps: Komisen ke 56 dari TNX dah pun dapat. Esok lusa aku share dengan korang..




Betul tu. Kalau nak berjaya dalam blogging, hati kena kental dan bersedia untuk menerima wang kecil dahulu.
Kerana dari USD1 pertama itulah akan muncul USD10, USD100 dan seterusnya.
Tahniah bro atas kejayaan menjana pendapatan melalui blog!
sikit-sikit, lama-lama jadi bukit..apapun..TAHNIAH!!
tahniah bro….boleh belajar lagi ni
hello titan,
Nih yang saya tabik spring dengan saudara titan. Bukan sembarang orang boleh buat duit dengan TLA. kena kerja keras.. tahniah..
em..tiap-tiap bulan dapat. hebat bro..leh la belanja teh ais tarik satu ni..
1 USD tak bermakna tak akan muncul ber-USD2
Aqif. Sama-sama. Yap. Dengan blogging, macam-macam kita boleh dapat.
akazuma. Yap. Lama-lama leh jadi macam bukit Jugra. Hehe..
mhnizam. Yap. Aku pun masih belajar lagi.
Ronald Mohoni. Tabik spring tu.. Bolehlah. Kita mencuba dan berusaha. Insya-Allah, ada hasilnya nanti. Mungkin dalam bentuk yang berbeza.
aura merah. Boleh. Boleh punya..
mancai. Hehe..biasanya kalau dapat 1 dollar tu, akan dapat 2 dollar plak..
tahniah titan…hebat aa