Archive for August 2010


eybg250m2 Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 53


Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 53. Hari ini cuti. Jadi, aku malas nak cerita panjang-panjang tentang cara buat duit ke, tips blogging ke nak berbini ke, cerita nak bersahur ke hape. Aku nak rehat kejap. Sesungguhnya aku rasa aku cukup ok hidup di bumi Malaysia ni. Aku harap negara kita ni hidup aman damai dan takkan ada apa-apa yang pelik terjadi. Aku tahu kehidupan kita penuh dengan keadaan yang tak berapa aman, tetapi sekurang-kurangnya negara Malaysia nih lebih aman berbanding negara-negara yang lain.

Bila hari cuti ni, aku lebih kepada membaca novel dan juga baca blog-blog orang lain. Kalau aku ada komen, itu tandanya artikel korang berjaya menarik minat aku untuk meninggalkan jejak. Aku memang suka baca artikel orang lain sebab setiap orang ada cara dan gaya tersendiri. Malah, aku yakin ada gak antara korang yang suka dengan gaya aku menulis di blog ini. Aku akui penulisan yang bersahaja dan penuh dengan ilmu dapat menarik lebih ramai pelawat baru untuk singgah lama. Tak mustahil akan jadi pembaca setia. Kepada semua pembaca blog Earncent ni dan juga blog-blog aku yang lain, aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 53. Berbanggalah, kita adalah rakyat Malaysia!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini kerja. Hari esok kita cuti. Tadi sahur, petang ni berbuka.

Tak banyak perkara yang hendak aku cerita, tapi yang pasti aku tahu setiap hari aku ada kerja yang perlu diselesaikan, aku ada tanggungjawab yang perlu digalas, aku ada arahan yang perlu dipatuhi dan aku ada banyak hutang yang perlu dilangsaikan. Begitu juga dengan korang, adik korang, mak angkat korang dan sebagainya. Setiap orang ada kerja masing-masing yang tersendiri.

Bila cerita bab kerja nih, aku cukup tak suka dengan perangai seorang kawan aku ini. Aku dah penat berperang mulut dengan dia. Bukan aku nak kata apa, tapi mamat ni memang tak makan saman. Kerja berlambak tak siap. Tapi dia masih banyak masa untuk bermain-main, berborak, chatting sana sini dan juga rajin juga pergi mengorat gadis-gadis ditempat kerja.

Aku tak halang dia buat macam tu. Aku tak larang dia nak chatting lama-lama. Aku tak kesah dia nak test ilmu mengorat dia tu dan aku langsung tak hairan langsung kalau dia nak main-main masa kerja. Tapi kerja yang bertimbun tu, tolonglah selesaikan. Dia kena faham. Kalau kerja dia tak siap-siap. Dia kena tahu plak yang ramai lagi orang yang tengah tunggu kerja dia siap untuk menyudahkan kerja. Contohnya begini. Setiap orang ada tugas-tugas yang telah diagihkan. Team A, cari kain. Team B, buat ukuran kat kain. Team C, cari butang baju dan sampin. Team D, jahit baju. Kalau team B tak buat kerja. Camana Team D nak buat kerja? Jadi, takkan siaplah baju melayu encik W ni. Kiranya gitulah perbandingannya. Aku tahu yang hati tu kerja macam nak tak nak ikhlasnya. Tapi kita kena faham yang kita ni bukan kerja sorang-sorang dan ada setiap tempat kerja ada politiknya tersendiri. Kita kena campur sekali-sekala. Bukan hendak tahu sangat macam-macam perkara, cuma kita kena alert tentang sesuatu. Ada bagusnya politik pejabat ni kalau kita gunakannya untuk perkara yang baik.

Dan terapkan dalam diri yang kita buat kerja ni ikhlas dan untuk mencari rezeki yang halal. Ya. Kita dapat gaji. Jadi, buatlah kerja dengan sebaiknya. Kadang-kadang, kita dapat kerja yang mudah. Jadi, cepatlah siapnya. Kadang-kadang kita dapat kerja banyak dan melampau-lampau susahnya. Jadi, agak lambatlah siapnya. Kalau terlalu sukar, minta pertolongan kawan. Mungkin kawan-kawan kita ada teknik dan cara yang lebih bagus dan cepat untuk selesaikan masalah kita tu. Sama juga dalam dunia blogging. Kita nak belajar tentang blogging. Jadi, kita kena tahu apa yang kita kena belajar. Jika nak belajar sorang-sorang. Boleh. Cuma lambat sikit kita lihat hasilnya dan perlukan banyak masa dan tenaga untuk digunakan. Kalau kita belajar dengan kawan atau kita cari guru, ianya akan menjimatkan masa dan sekaligus akan menghasilkan kerja yang lebih mengagumkan. Betul tak? Tak perlu nak bodoh sombong atau pura-pura tak tahu. Bersederhana itu lebih afdal dan lebih bagus!

Jadi, nasihat aku. Apa sahaja kita yang kita buat, kita lakukannya dengan bersemangat dan jangan lupa, kita nikmati saat tersebut. Jika kita boleh enjoy ketika kita makan atau berdating, takkan waktu kerja kita tak boleh nak enjoy??

Ps: Pagi tadi terlajak tidur. Secara officially, ini kali kedua aku tak bersahur dalam bulan Ramadan tahun ini. Adehh..rugi. Rugi..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Pagi tadi merupakan hari kedua aku bersahur pada bulan Ramadan ini. Dan semalam merupakan hari pertama aku bersahur bersama-sama dengan abah dan mak aku. Pagi tadi, aku, Hanis (Adik bongsu aku), mak dan abah bersahur bersama-sama. Memang jarang aku dengan adik aku dapat sahur sama, inikan pula dengan mak abah aku. Adik aku tu, tiap-tiap minggu balik rumah. Nak rasa masakan mak katanya. Aku tahu, dia saje je nak manja-manja dengan mak. Ingat aku tak tahu ke?? Tapi jangan lupa, abang ko ni mak paling sayang. Haha..punya jahat otak aku. Aku tahu mak dan abah aku ada cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang mereka pada anak-anak mereka walaupun aku tahu macam mak sayang lebih kat aku. Maklumlah, aku anak lelaki sulung. Itu kot yang wat rasa aku ni dimanjakan.

Cerita bab manja ni, memang aku akui aku agak manja dengan mak aku. Dengan abah? Erk..camana nak cakap. Kalau orang kata abah aku ni pendiam dan cool. Kiranya aku pun lebih kurang macam tu aje. Kalau abah aku wat perangai cool dia, aku secara automatik akan jadi cool gak. Itu kalau aku berdua dengan dia. Kekadang, bagi gak nasihat apa yang patut macam suruh jaga adik-adik dan kakak, suruh balik rumah selalu, suruh nasihat adik, suruh akak kahwin cepat, suruh aku bawak balik menantu cepat dan sebagainya. Tapi kalau ada mak, memang aku selalu mengada-ngada dengan mak. Buat lawak sana sini, saje-saje urut dan picit mak dan buat mak tersenyum dan gelak tak ingat dunia. Bagi aku, kalau dapat wat mak senyum dan gelak-gelak itu dah cukup wat aku rasa aku ni tak macam anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya.


Aku sedar yang aku masa kecik dulu selalu menyusahkan mak abah aku. Maklumlah, aku nakal. Orang kata sesape yang lahir bulan 7 atau tahun Leo dalam kalendar cina ni, orangnya walauupun pendiam, tapi sangat nakal. Kalau jadi ketua ganster, memang ramai orang takut. Tu pasallah agaknya, masa aku jadi ketua kelas kat 6 kenanga dulu, budak-budak satu sekolah tak berani kacau aku. Ada dua sebab sebenarnya yang dipersetujui dan disepakati oleh kawan-kawan aku ketika aku sekolah rendah dulu.. Pertama, aku memang kuat gaduh masa kecik dulu dan biasanya aku menang. Kedua. Aku bijak dan pandai dalam pelajaran. Haa, tu dia. Bukan aku cakap. Kawan-kawan aku cakap. Even budak kelas 6 Ros pun kalah ujian matematik dan gerak gempur dengan aku. Diorang kalah sebab aku dapat markah 100% selalu. Bukan nak riak, cuma aku terkenang waktu aku sekolah rendah dulu. Aku rindu kawan-kawan aku dan juga apa yang aku lakukan. Kalau aku dapat jumpa korang semua dan borak dalam sejam dua, itupun dah mampu wat aku rasa gembira.

Aku dah melalut sangat dah nih. Ok. Semalam aku berbuka kali kedua di Banting. Aku tak tahu apa nama hotel tu. Tapi aku pergi sebab mak dengan abah aku dah tempah hotel tu. Jadi, kami berempat pergi ke sana dalam jam 6.30 petang. Sampai dalam pukul 7 petang. Jenjalan sikit sambil baca komik Kreko. Kemudian, lagi 10 minit nak masuk waktu berbuka, aku dengan rakusnya pergilah isi pinggan aku. Pinggan pertama, isi nasi, semua lauk aku ambil sikit. Itu sikit, ini sikit. Aku ambil satu pinggan lagi, aku letak timun, sambal belacan, sayur, ulam dan juga kerabu mangga. So, sorang pakcik tu dia ketuk gong dan berpandukan pada azan di TV1, aku yakinlah waktu dah berbuka. Meja lain pun dah ramai yang baca doa dan pecahkan puasa masing-masing. Jadi, kami sekeluarga pun berbuka puasa dengan amannya..

Dan pagi tadi, aku bersahur kali kedua dengan mak abah aku dan juga si Hanis tu. Bising plak mulut budak Hanis ni bila bersahur. Biasanya budak ni memang buat kepoh kalau aku ada. Kena plak mak jenis melayan adik bongsu aku ni. Jadi, riuhlah rumah aku pagi-pagi camtu dengan suara aku bertiga-tiga. Ayah aku? Cool macam biasa. Habis je sahur, aku macam biasa, melayan cerita NurKasih. Ulangan. Tapi best gak layan sambil tunggu waktu subuh. Lepas subuh, aku tertidur. Diulangi, aku tertidur. Niat dihati nak update blog. Tapi leh plak tertidur depan laptop fujitsu aku nih plak..

Esok. Aku akan pulang ke Damak semula. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Proses menaikkan semula blog-blog aku yang terbengkalai berjaya sebanyak 40%. Semuda dah up semula. Blog-blog yang terbengkalai, sudah aku update dan aku kasi lawa sikit. Harap-harap ada hasil yang berbeza dalam 3 bulan yang akan datang. Insya-Allah, hujung tahun ni semua projek akan berjalan secara semi-auto seperti yang aku buat dalam projek TNX dulu. Minta-minta dipermudahkan dan dikurniakan badan yang sihat untuk membuat kerja dengan lebih hebat.

Ps: Cuba tek mak aku masak apa hari ini untuk berbuka nanti? icon biggrin Hari Kedua Bersahur di Banting

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hehe..ya. Aku akan pulang ke Banting petang ini dan mungkin dalam pukul 2 lebih nanti aku akan bertolak setelah siap kemas-kemas apa yang patut. Isi mintak sikit dan aku akan terus memecut ke Banting dan aku harap takdelah kena speed trap pula. Aku akan cuba bawa BlackSaga aku tu dengan lebih berhati-hati. Doakan aku selamat pulang untuk bersahur dan berbuka dengan mak abah aku hari ini. Rindu dah pulak dengan ikan goreng rangup, nasi lembik, petai dan sambal belacan. 4 kombinasi tu dah cukup membuatkan aku tambah nasi 2-3 pinggan.

Dan hari ini juga kalau sempat, mungkin juga aku akan sempat solat terawih di Banting. Masjid At-Takwa. Teringat kenangan berterawih masa kecil dulu dimasjid nih. Dulu pernah main “polis and thief want to jaga”, pastu main “silat lagenda”, siap aku jadi Hang Kasturi lagi. Main mercun kat masjid ni. Main mercun tali. Gi cari sesiapa punya selipar, ikat mercun tali tu. Waktu paling seronot sekali, bila semua orang dah nak balik. Pakai je selipar, meletup-letup mercun dan melatop terus bunyi orang terkejut dan melatah. Paling best bila kitaorang pedajal selipar-selipar makcik-makcik yang datang terawih. Haha, kitaorang lah setan pada malam tu.

Mungkin juga akan sempat jumpa teman-teman seperjuangan yang sudah lama tidak berjumpa. Yelah, aku dah jarang lepak Banting sekarang, memanjang kat Jerantut dengan Damak aje. Jadi, memang kalau ada member Banting jumpa aku, kata aku sombong. Aku reda ajelah. Nak buat macam mana, kekangan kerja dan masa yang membuatkan aku terjebak sebegini. Takkan sebab ni pun nak putus sahabat pula. Takpe, malam ni aku roger, kita gi makan char kuew tiaw kegemaran aku tuh. Ok?

Pada masa yang sama, ini juga membuatkan aku akan bersahur kali pertama di Banting. Dan mungkin juga berbuka kali pertama di rumah nenek aku yang kat Olak Lempit tu. Dan mungkin ini juga kali pertama dalam bulan Ramadan ini, aku akan mendengar leteran nenek aku yang suruh aku cepat kahwin. Dah lama tak dengar nenek berleter.

Sungguh, aku rindu suaranya.Ye, ye. Aku cucu manja nenek aku. Berbanding adik-beradik aku yang lain, aku yang agak rapat dengan nenek. Aku juga yang selalu mengada-ngada dengan nenek. Aku juga yang selalu jadi tempat nenek luahkan masalah dia kat aku. Bukan aku nak riak. Tapi mungkin sebab aku pernah tinggal kat rumah nenek aku dalam setahun dua masa aku kecil dulu membuatkan aku rapat dengan nenek. Lagipun, antara adik-beradik aku memang aku yang selalu balik kampung. Adik-adik dan akak aku memang sibuk sikit. Lagipun, dalam keluarga aku. Aku yang pakai kereta dulu. Itu pasallah aku juga yang selalu kena bawa mak dan abah aku balik kampung. Ya, aku tahu. Besar tanggungjawab anak lelaki nih. Aku juga yang akan jadi wali untuk kakak dan adik perempuan aku nanti. Mereka masih dalam tanggungjawab aku dan aku akur aku tak boleh lari dari itu semua.

Itu sahaja aku nak kongsi dengan korang. Mungkin hal berbuka puasa dengan keluarga ni dah jadi kebiasaan bagi korang. Tapi bagi aku, dalam beberapa tahun kebelakangan ni, memang cukup susah untuk aku berbuka dan bersahur dengan keluarga. Ya, aku rindu suasana tu. Aku tahu, korang pun rindu mak abah korang dan juga rumah korang tu. Jadi, kalau korang juga balik kampung pada hari ini, memandulah dengan berhati-hati. Ingat pada orang yang tersayang dan insan-insan yang bakal menjadi kesayangan korang.

Ps: Korang sayang nenek korang tak? Aku sayang sangaatttt.. icon smile Hari Pertama Berbuka Puasa di Banting

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011