Sebenarnya dah lama dah aku nak tulis artikel tentang komisen pertama yang aku dapat dari program ChurpChurp ni. Tapi memang takde masa yang sangat sesuai dan aku rasa nak tak nak, aku kena share jugak sebab memang jarang sangat aku dapat berjaya buat duit dengan program-program tempatan seperti ChurpChurp nih.

Minimum payout cumalah RM100 dan aku rasa banyak gak tweet yang kita kena buat untuk capai nilai minimum tu. Tapi aku rasa dalam 1 minggu ada jugak 3-5 kali aku dapat job dari ChurpChurp ni. Biasanya bila aku login akaun email aku, mesti ada kerja dari diorang. So far, aku akan dapat komisen kedua tak lama lagi. Harap-harap takdelah lambat sampai ceknya.

churpchurpayment 300x101 Komisen pertama dari ChurpChurp.com


Nak dijadikan cerita, bila cek dari ChurpChurp ni sampai ke rumah abah aku. Abah aku pun call. Ni ada 3 jenis cheque yang warnanya lain-lain. Ada warna kelabu, warna hijau dan juga warna biru. Ada yang dalam ringgit dan ada juga yang dalam dollar. Jadi, aku kata biarkan dulu sebab bila aku balik rumah abah aku nanti, aku akan tengok sendiri cheque-cheque tu. Tapi aku rasa cam nak tengok cheque tu, jadi aku mintaklah abah aku pos ke Damak ini. Tapi tak sampai beberapa hari, aku perasan ada duit masuk ke akaun Bank Islam aku. Setiap duit yang masuk ke akaun Bank Islam aku, akan ada 1 SMS masuk ke handphone aku. Jadi, aku memang tau perjalanan duit yang ke akaun Bank Islam aku.

Aku rasa abah aku dah tersilap dengar ni. Aku suruh pos, bukan suruh masukkan cek tu ke akaun bank aku. Aku rasa, ketiga-tiga cek tu dah selamat sampai kat tangan akak-akak kat Bank Islam tu. Cuma lagi 2 cek aje kot yang masih menunggu masa untuk dicashkan sahaja. Tapi aku tak tahulah jumlahnya berapa dan salah satu daripada cek tu adalah cek dari ChurpChurp.com.

churpchurpprogram Komisen pertama dari ChurpChurp.com


Ini sedikit gambaran tentang cara nak buat duit dari ChurpChurp. Tak susah. Triknya mudah sahaja. Pastikan korang mempunyai bilangan follower yang sangat tinggi di Twitter. Jika sikit, jangan mimpi mahu buat duit dengan program ini. Jika korang ada 500-1000 follower dan ke atas. Ya, korang boleh berjaya dapat cek dari ChurpChurp ini.  Dan untuk pengetahuan korang, ChurpChurp ini merupakan salah satu program pengiklanan yang berdasarkan Twitter dan merupakan adik-beradik dengan program Nuffnang. Masih ingat tentang Nuffnang?

Oklah. Memang tak banyak program tempatan yang mampu berikan kita peluang buat duit berbanding program-program international. Tapi sekurang-kurangnya industri buat duit dan pengiklanan tempatan di Malaysia ni, ada peluang untuk berkembang dalam tempoh 5-10 tahun lagi. Percayalah, dan aku yakin kita akan setanding dengan mereka diluar sana.

Gi check pasal ChurpChurp kat sini >> ChurpChurp icon smile Komisen pertama dari ChurpChurp.com

Ps: Ok. Baru lega bila dah renew hosting Hostgator aku tuh..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 25 comments. Apa plak komen korang?
nurul - 27 Jul 10 at 07:00:13
komisen yang pertama? Wahh..banyak betul dapat sekarang ye..
naz - 27 Jul 10 at 07:49:13
mmg bagus ade company camni kt malaysia, tapi yg aku pasti diorg byr lembab kan? hoho. satu lg aku taktau, camne diorg kira earning pertweet kite? ikut follower tapi cmne kirenye? :|
h3r0 - 27 Jul 10 at 08:25:55
tahniah.. jeles aku. aku punya, tak sampai target lagi..
fazreen - 27 Jul 10 at 12:18:50
taniah bro..
zool - 27 Jul 10 at 12:48:08
Popular gile la ko ni.. byk follower kat twitter.. aku kat facebook pun friend ada 300 je lagikan twitter
azaz - 27 Jul 10 at 17:04:34
aku baru jer cecah RM100 tp lum nk cashout lagi…tunggu nk lepaskan fee RM1 dulu…apa2 hal pun tahniah utk first payment tu..
paeh - 27 Jul 10 at 23:41:14
hahahaha. xpe2. janji duit tu ada…. =P
merahkatak - 28 Jul 10 at 00:48:58
hehe..tahniah. Susah gak nak dapat dari yang nih. Tapi bila dah dapat, rasa puas kejap..
rina - 28 Jul 10 at 02:51:49
lama tak datang sini..sekali..macam-macam dapat..
Jaws - 28 Jul 10 at 06:01:02
wah..
hebat2!!!
Fazli - 28 Jul 10 at 10:01:23
tak faham kenapa bila saya tweet iklan churpchurp ni, selalu je tak approve. kenapa ye? rasanya dah ikut dah arahan seperti yang diberi.
Ali ridha - 29 Jul 10 at 01:32:34
Tahniah tuan.jangan lupa belanja kekawan.
akazuma - 29 Jul 10 at 04:54:58
hehe..banyak tu.. :)
display boards - 29 Jul 10 at 05:41:29
hidup beatiful nara!! hik hik hik.. itu je web yang aku selalu layan dr yg lain2 :)
lankapo - 29 Jul 10 at 08:26:09
salam,

churp churp mmg sng,
sy pun sudah dpt ceknya.

Just tweet sajaa
Shukor - 30 Jul 10 at 02:43:14
Hmm..dah lama dengar tentang program ni, tapi belum aktif mencuba lagi. Kena cuba ni…
aura merah - 02 Aug 10 at 02:03:34
emm..tak berapa aktif..tapi nampak memang leh buat duit la..
debtrunner - 02 Aug 10 at 06:38:49
banyak tol komisen bro nih..sikit-sikit komisen. hehe..
display boards - 02 Aug 10 at 07:20:53
Might be filmed into an episode of Project Alpha? This sounds cool! Can have the chance to meet with the Project Alpha Season 1 Top Bloggers somemore~ ;)
akazuma - 03 Aug 10 at 05:43:33
benda yang si display boards ni mengarut?
mazuki - 17 Aug 10 at 21:50:19
pose la tu…lapar tetiba mengarut la
titan - 08 Sep 10 at 10:06:31
nurul. Yap. Komisen pertama. Ni pun dah nak capai minimum payout untuk kali yang kedua.

naz. Memang bayaran lambat sikit. Tapi diorang tetap bayar. Kira oklah tu.

h3r0. Nanti-nanti, sampai gak target tu. Sape nak bagi kan. Kita kena usaha sampai berjaya.

fazreen. sama-sama :)

zool. Kalau twitter ni, lagi senang aku nak dapat follower. Kalau facebook ni, aku malas sikit nak promosi. Haha..

azaz. Aku request aje. Nak tengok betul ke tak benda ni bayar. Setakat ni, memang tak mengecewakan la.

paeh. Hehe. Ada. Ade. Mane leh takde. :D

merahkatak. Haha. Puas hati gak la. Sebab akhirnya leh buat duit dengan churpchurp. Bukan senang tu..

rina. Bolehlah. Rezeki ada kat mana-mana. Kita aje kena cepat ambil peluang.

jaws. Biasa-biasa aje.. :)
titan - 08 Sep 10 at 10:24:12
Fazli. Mungkin setiap tweet yang ko buat tu, takde keyword-keyword yang diorang bekalkan. Mesti sama dan mesti ada. Kalau takde, memang diorang reject on de dott..

Ali Ridha. Takde hal. Okeh punye!

akazuma. Boleh la tu. Nak order 99 keping roti canai. Mampu lagi tu..

lankapo. Betul. Janji kita ada banyak twitter follower. Memang job masuk setiap minggu.

Shukor. Haa, jangan berlengah lagi. Mari. Mari join churpchurp. :)

aura merah. Cuba ajelahh..banyak cakap plak. Haha..

debtrunner. Bolehla wehh.. sape nak bagi plak..kita kena usaha sendili maa..

akazuma. Dia kejap mengarut. Kejap ok. Aku tak faham betul mamat tu..

mazuki. Haha.. :)
farahaznil - 26 Aug 11 at 23:45:00
dulu aku join benda ni…tp skrng…alahai..jenuh kot..tp congratz la ko dpt payment dr dorang..
ainun - 29 Aug 11 at 14:26:07
bila la komisen pertama churp2 sy



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011