Hari ini aku kuar dari rumah sewa aku. Bukan aku nak pindah keluar. Cuma aku nak keluar untuk bermesra dengan orang-orang kat Jerantut tu. Takkan asyik bermesra dengan orang-orang kat Damak aje kan? Orang-orang kat Banting dah lama tunggu aku balik, tapi tak balik-balik. Oleh sebab minggu lepas aku gagal untuk memboloskan diri ke Jerantut, aku gagahkan juga untuk menyelusup dengan kereta Black Saga aku tu dan kini aku berada di kedai komputer untuk menaip artikel ini dan update blog-blog aku yang lain.

Ada banyak perubahan yang berlaku dalam hidup aku ni. Kekadang, aku rasa macam menyampah dan kekadang aku rasa macam gembira bagai nak gila. Cuma aku selalu beringat, kesusahan dan kesenangan tu bukan datang dengan sekelip mata sahaja. Aku akur yang perubahan demi perubahan ini membuat aku aku sentiasa berfikir. Baik ketika menunggu seseorang ataupun memikirkan masalah yang datang menimpa setiap hari. Ya, aku akur, aku insan lemah yang mahukan sesuatu perubahan.

Dan 2 hari lepas, aku baru sahaja menerima tawaran dari sebuah website yang mahu aku update stat counter yang aku guna dari website itu sejak bertahun lamanya. Beliau mahu aku guna stat counter yang baru. Ini bermakna, aku kena pergi website tu, pilih stat counter yang menarik hati dan ambil codenya dan langkah seterusnya tepek kat blog yang berkenaan tersebut. Tak sampai 24 jam, aku terima $40 dollar dalam akaun paypal aku hanya dengan kerja tak sampai 1 minit. Benarlah yang orang kata. Allah tu, kalau nak bagi rezeki kat kita, memang tunai. Memang ketika itu duit paypal aku dah kering dan aku sangat memerlukan duit paypal untuk bayar domain dan webhosting Hostgator aku tu. Salah aku jugak, aku dah cashkan semua duit paypal aku ke akaun Bank Islam aku minggu lepas. Itu yang short duit paypal dibuatnya. Dan dengan $40 tu, aku bayarlah semua hutang yang perlu aku bayar.

Dan 7 hari yang lepas, ada 2 orang yang mahu buat personal coaching dengan aku tentang cara buat duit melalui blog. Sorang kawan kerja aku dan sorang lagi memang aku tak berapa kenal. Dia tau pun dari internet dan alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Sesi kami lebih kepada penerangan asas tentang cara buat duit melalui blog. Kedua-duanya masih lemah dalam menulis blog dan aku lebih tekankan kepada kemahiran asas tentan blog, domain dan hosting. Bab-bab buat duit tu, aku cuma sentuh kepada Nuffnang, Advertlets, Innity, Google Adsense, ManggaAd, Bidvertiser, TNX dan TLA. Aku sentuh sikit tentang penulisan artikel berbayar dan aku akan sambung sesi seterusnya melalui emel. Aku dah jarang untuk beryahoo mesengger sebab aku dah tak dapat nak online macam dulu. Agak terhad dari segi masa. Itu yang aku mampu dan kedua-duanya bersetuju dengan apa yang aku beritahu dan mereka juga tak kesah untuk bertemu pada hari lain untuk diskus perkembangan blog mereka. Dari apa yang aku tahu, mereka boleh menulis blog. Tapi aku untuk memastikan mereka tidak putus asa dalam bidang blogging ini, usaha dari mereka perlu ditingkatkan. Aku tahu susah nak menulis blog bagi mereka yang langsung tak tahu apa-apa dalam dunia blogging ni. Silap jalan, ada yang bungkus dan bosan dengan dunia blogging ini. Paling teruk, kita pulak disalahkan kerana dikatakan salah membimbing. Aku harap, semua yang pernah buat personal coaching dengan aku baik untuk tajuk “Buat duit dengan Blog” atau “Buat duit dengan TNX(terperinci)” dapat hasilnya. Biarlah lambat. tapi korang dapat hasilnya..

Ps: Dan semalam mak aku call. Itu tanda dia rindu dengan anak lelaki yang cukup nakal ni. Hehe..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 21 comments. Apa plak komen korang?
Fazli - 25 Jul 10 at 19:06:52
mak dah rindu tu. bila nak balik jumpa mak?
Jaws - 25 Jul 10 at 19:13:19
bro, personal coaching ko berapa?
aku cam nak join jer..
nak belajar dari ko..
huhu..
akazuma - 26 Jul 10 at 01:25:12
hehe..banyak tu woo..
merahkatak - 26 Jul 10 at 06:38:30
ni mesti kes tak call rumah ni kan?
Shukor - 26 Jul 10 at 08:11:46
Tu mak bagi hint suruh balik kg tu bro… :)
sufian - 26 Jul 10 at 17:27:05
ya..setuju..Allah kalau nak bagi rezeki, tiba2 je..cuma kita kena sabar..


you’re listed http://sufian.info/tukar-links/
boy_bersahaje - 26 Jul 10 at 22:31:28
Bila la aku boleh join PC ko kan titan…massyuk je ko aku tgk =)
nurul - 27 Jul 10 at 02:52:51
emm..rezeki datang tanpa kita duga. Terima seadanya dan jangan lupa belanja kita smeua..
Ali ridha - 27 Jul 10 at 03:20:48
tiba2 rezeki datang tergolek.
mancai - 27 Jul 10 at 04:11:55
betul tu… rezeki memang ada di mana2.. kekadang ianya datang dari doa seorang ibu.. huhuhu mak dah rindu tu bro…
naz - 27 Jul 10 at 07:50:03
baguih ni, macam musim menuai. hehe. pndai jumpe peluang mcm ko, mmg masyuk hehe
rina - 28 Jul 10 at 02:54:26
dapat lagi. 40 dollar. sama dengan rm120 tu..
s - 28 Jul 10 at 10:46:35
wah, murah rezeki kawan kita ni…
display boards - 29 Jul 10 at 05:56:19
Saya tertarik dengan pekerjaan yang terkait dengan pengembangan SDM dan jika ada informasi serta kesempatan untuk posisi HRM atau MSDM mohon dapat menghubungi saya, dan saya berharap dapat bertemu dngan Bapak/Ibu pimpinanan dalam situasi wawancara, sehingga saya dapat memberikan lebih detail lagi tentang diri saya. Atas perhatian yang diberikan saya ucapkan terima kasih.
aura merah - 02 Aug 10 at 02:09:34
benda SDM, HRM dan MSDM ni??
debtrunner - 02 Aug 10 at 06:25:17
40 dollar..satu upah yang sangat lumayang tu bro..
mazuki - 17 Aug 10 at 21:52:56
itu yang menariknya dengan online job…tapi nak sampai tahap itu…mak aih..
smartphonetips - 23 Aug 10 at 02:05:26
insya-Allah. boleh ke tahap tu. cuma kena usaha lebih berganda-ganda la..
titan - 07 Sep 10 at 23:51:31
Fazli. Aku dah kat rumah. Hari-hari tengok mak sekarang. Hehe..

Jaws. Apa yang aku tulis, inilah yang aku buat. Cuma ada gak yang kurang sesuai nak cerita kat sini. Aku ada caj. Tapi takdelah mahal sangat. Lebih pada borak-borak aje sebenarnya. More to basic la.

akazuma. Bolehla. Dah ada orang offer..

merahkatak. Memang tak col rumah. Aku col telefon.

Shukor. Ya. Aku dah balik la nih..

Sufian. Betul. kita cuba aje.. Nanti aku letak kat senarai blogroll aku. Memang sokmo lupa letak..

boy bersahaja. Hoho..masalahnya aku ni. Nak jumpa korang tu yang akan ada masalah. Aku ni saje-saje buat sibuk nanti..

nurul. Insya-Allah nurul. Nurul nak makan apa? :)

Ali Ridha. Tak bergolek. Kalau aku tak pakai counter stat syarikat tu dulu, aku takkan ada peluang nih..

mancai. Aku tahu. Sebab tu aku selalu suruh mak aku doa. Lagi-lagi kalau doa depan aku. Semacam dapat keyakinan yang sangat tinggi.

rina. Hehe..lebih kuranglah..

s. Mudah-mudah dimurahkan lagi.. :D

display boards. Aku pelik. Ko ni sape sebenarnya..

aura merah. Entahlah. Aku pun tak berapa faham dengan apa yang dia ni cakap..

debtrunner. Hehe..lumayan. Sape tak nak beb. Kerja mudah aje tu..

masuki. Boleh. Kita semua boleh. Melayu boleh. Malaysia boleh. Blogger Malaysia pun boleh maa!!

smartphonetips. Insya-Allah. Kita cuba sungguh-sungguh. Nanti hasil pun sungguh-sungguh gak.
farahaznil - 26 Aug 11 at 23:44:10
hamboi…bila nak coach aku plak??hahaha
ainun - 29 Aug 11 at 14:27:08
wow…mahalnya…1minit je



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011