Satu soalan dari kawan aku.

“Bro, ko pernah tak nak putus asa dari dunia blogging dan internet marketing ni? Ada tak rasa macam mengarut benda ni semua? Pernah rasa menyampah tak? Ada rasa nak berhenti menulis blog tak? Pernah tak bengang dengan seseorang sampai ko rasa macam nak berhenti dari semua ni?”

Jika korang dapat soalan sebegini, apakah agaknya yang korang akan jawab dan apakah jawapan yang agak sesuai untuk korang beritahu pada kawan korang yang mahukan jawapan pada masa itu juga?

Aku sendiri tidak punya jawapan yang tepat untuk kawan aku tu. Biarlah aku kenalkan dia sebagai Azmeer (Bukan nama sebenar). Azmeer ada sebab tertentu untuk bertanyakan soalan sedemikian pada aku. Dia tahu yang aku buat kerja melalui blog dan dia tahu aku seorang yang sangat rajin dan dia tidak nafikan yang aku memang mampu buat duit dengan jayanya. Cuma dia pelik yang aku macam tak pernah nak putus asa dengan dunia blogging yang aku ceburi sejak beberapa tahun lepas ni..

Secara jujur, aku pernah gagal banyak kali. Bukan sekali atau dua kali. Aku juga memang dah banyak kali putus asa. Dah banyak kali bengang. Sudah banyak kali kecewa. Macam-macam perkara yang berjaya buatkan aku bengkak. Aku sampai dah menyampah dengan dunia internet nih. Tapi aku dah lali dengan situasi ini dan aku tahu aku boleh mengatasi masalah ini semua jika aku yakin pada diri aku dan yakin bahawa ini semua rezeki aku. Aku cakap dengan Azmeer, jika aku tak pernah putus asa, aku takkan rasa apa yang aku pernah dapat selama ini.

Aku pernah tak makan nasi selama sebulan lebih. Aku tahu sampai aku menangis ketika itu. Bukan aku tak boleh nak mintak duit kat abah aku. Cuma aku rasa aku memang tak nak mintak sebab aku rasa duit tu abah leh bagi kat adik-beradik aku. Diorang lebih memerlukan ketika itu dan aku yakin yang duit tu bukan untuk aku. Tapi pada waktu sebulan tu, barulah aku tahu yang biskut kering dan maggi tu sangat sedap sekali. Barulah aku tahu yang teh kosong tu sangat lazat sekali. Dan pada ketika itu aku sedar yang mana ada orang yang mempunyai kehidupan lebih teruk lagi berbanding aku.

Ya, aku tahu yang waktu itu aku berada di zon selesa aku dan aku kenang pada saat-saat aku melakukan pembaziran. Makan nasi tak habis. Tak makan sayur. Suka minum air yang mahal-mahal. Beli benda yang tak berfaedah dan sebagainya. Baru aku sedar yang mana duit memang berkuasa untuk banyak perkara. Jika korang kata duit bukan segalanya, aku tak kesah. Jika korang menidakkannya, aku tak kesah. Aku tahu nilai duit dan aku tahu bagaimana untuk mendapatkannya. Aku juga tahu duit boleh membantu kita dalam banyak perkara DAN atas beberapa dasar itu aku tak pernah putus asa dengan dunia blogging sebab aku dapat menjana pendapatan, dapat duit, dapat kawan, dapat kawan perempuan, dapat kenal-kenal blogger perempuan, dapat belajar banyak benda dan aku yakin aku tahu banyak perkara melalui dunia blogging.

Adakah aku rugi apabila dapat semua benda ini? Tidak. Adakah aku akan teruskan apa yang aku lakukan sebelum ini pada masa akan datang. Insya-Allah. Aku yakin dengan apa yang aku pelajari dan aku yakin aku akan mendapat keputusan yang baik asalkan aku berusaha bersungguh-sungguh dan buat dengan cara yang sepatutnya. Jadi, soal untuk berhenti menulis blog atau berhenti terus dalam dunia blogging ini, memang pernah terlintas dalam hati ini, tapi ini tidak bermakna aku mahu meninggalkan dunia ini. Aku yakin aku akan berhenti. Cuma aku tidak tahu bilakah waktunya..

Ps: Jadi Azmeer, aku rasa ko sudah tahu jawapan aku bukan? :)







Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 19 comments. Apa plak komen korang?
cyza - 23 Jul 10 at 19:15:29
Kiranya aku pun sama macam ko la ye… :)
Fazli - 23 Jul 10 at 20:00:42
pengalaman jadi orang susah tu berharga bro… yg tu kita tak boleh beli…
madlut - 23 Jul 10 at 20:25:39
“dapat kenal-kenal blogger perempuan” - ini aku suka
mazuki - 23 Jul 10 at 20:42:01
dari dulu sampai sekarang…ada berjaya ada gagal….biasa la tuh….
Samdaddycool - 23 Jul 10 at 22:42:58
Tiada jalan pintas untuk berjaya. Hasil blogging bukannya boleh dikecap dalam masa satu hari. banyak onak dan ranjau sebelum kita jumpa manisnya.
blogger perempuan - 24 Jul 10 at 04:17:42
waa..boleh kenal blogger-blogger perempuan..siapa yang perempuan tu..
merahkatak - 24 Jul 10 at 04:39:45
aku rasa susah ko nak berhenti tulis blog nih.. :)
shaharil - 24 Jul 10 at 05:59:22
Ko mengingat aku agar tidak membazir duit. Terima kasih.

Duit bukan segala-galanya. Tapi boleh beli segala-galanya.
Jaws - 24 Jul 10 at 06:35:58
Yang penting, jgn putus asa…
teruskan sahaja walau apa pun orang cakap..
akazuma - 25 Jul 10 at 02:48:08
pedulikan apa yang orang kata. kita buat apa yang kita tahu dan tuai hasilnya.
denaihati - 25 Jul 10 at 04:04:36
Perasaan begitu pasti ada di kalangan blogger walau sehebat mana pun…
lirik lagu - 26 Jul 10 at 23:57:04
keep it up bro!! saya respect laa! saya yang baru nak bermula dengan blogging pun kadang2 rasa putus asa gak.. tapi yang penting, kena carik motivasi tu..ceaa pandai2 lak.

anyway.. congrate bro!! wat yang terbaik!
nurul - 27 Jul 10 at 02:56:06
teruskan usaha. usaha itu tangga kejayaan! :D
Ali ridha - 27 Jul 10 at 02:59:46
aku ingat Azmeer kompozer lagu tu.dia pun nk jadi blogger ke.hehehehe……
mancai - 27 Jul 10 at 04:14:13
huhuhu pengalaman mengajar segala2nya… rezeki mesti di cari, hidup mesti diteruskan
naz - 27 Jul 10 at 07:52:10
agak sama dgn ko. byk kali gagal krn google & sekutunya. hehe, tp kne teruskan gak cr peluang, wlau cmne pun.
[…] mereka yang langsung tak tahu apa-apa dalam dunia blogging ni. Silap jalan, ada yang bungkus dan bosan dengan dunia blogging ini. Paling teruk, kita pulak disalahkan kerana dikatakan salah membimbing. Aku harap, semua yang […]
display boards - 29 Jul 10 at 06:02:09
I’ve been using this new page for a while and I’m happy to say that this is the best change that they have made yet!
mazuki - 17 Aug 10 at 21:55:36
sapa yang tak pernah gagal dalam blogging????

pelik kalau sekali cuba terus berjaya…memang power


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------