Ini merupakan update terbaru tentang komisen TNX dari aku untuk korang semua. Kalau korang rasa cam bosan dengan update nih, tak perlu baca. Cuma aku rasa aku akan terus update dan update sampailah aku dah tak dapat buat duit dengan TNX ini. Selagi program ini masih bernafas dan masih ada peluang untuk buat duit dengan program ini, selagi itu aku akan cuba sedaya-upaya aku untuk jana duit dari TNX ini. Ianya sangat mudah setelah kita tahu cara-caranya.

Satu soalan tentang Panduan TNX yang aku tulis dari kawan aku. E-book aku itu masih boleh dipakai ke tak buat masa sekarang? Agaknya, dalam 2-3 tahun lagi, panduan tu masih valid ke tidak dengan kehendak pasaran dan kehendak advertiser TNX?

tnxpaymentjulai 300x122 Komisen ke 55 dari TNX


Jawapan aku. Ya! Ia masih valid dan masih boleh dipakai. Sebab itu harga panduan ini takkan turun dan ianya cuma berpotensi untuk dinaikkan. JIka korang rasa harga panduan itu lagi mahal, tak apa. Korang boleh cari informasi tentang TNX dengan taip di search engine sahaja. Itu salah satu cara untuk mengetahui tentang TNX. Mungkin korang akan temui sesuatu yang aku tidak pernah ketahui. Siapa tahu bukan? Tapi panduan ini memang sesuai tak kiralah korang ni masih baru, masih lama, otai ke, petai ke, scammer ke, hacker ke, webmaster ke, penjual beca ke atau sesiapa sahaja yang berminat untuk buat duit dengan TNX.  Kalau korang tak minat, panduan ini mungkin tidak akan nampak nilainya. Betul tak?

Satu lagi soalan dari kawan aku. Ada tak aku cedok dari mana-mana e-book orang putih atau ebook sesiapa yang berkaitan dengan TNX ini.? Ok. Bukan aku nak sombong. Tapi setakat ini, ebook Panduan TNX inilah yang pertama kali ditulis dalam bahasa melayu secara terperinci dan dipromosi dengan galaknya. Secara jujur, aku tak jumpa lagi mana-mana e-book yang berkaitan dengan TNX sebelum aku sendiri menerbitkan panduan ini melalui pengalaman aku yang tak seberapa tu. Aku tahu ramai yang lagi mahir dan pakar dalam bidang TNX ini, tapi tak semua yang mahu dan mampu menulis panduan ini. Aku sendiri sebenarnya malas nak menulis. Tapi aku tulis sebab niat mampu membantu dan juga untuk mencari sedikit duit sampingan dari penjualan e-book tersebut.

Percayalah, jika aku beri e-book ini dengan percuma, korang akan pandang rendah aje dengan program TNX ini. Malah, korang rasa program TNX ini macam program bodoh aje. Tak apalah. Bodoh pun bodohlah. Sekurang-kurangnya, aku tak mintak duit korang dan aku juga tak pernah suruh korang merompak atau mencuri semata-mata nak dapatkan duit. Dan sekali lagi, aku tak cedok mana-mana ebook yang berkaitan dengan TNX. Nak cedok pun, takde ebook yang mampu menjadi rujukan buat aku. Kalau ada ebook TNX tu, memang aku akan beli tak kiralah harganya mahal macam mana sekalipun..

Boleh join TNX jika minat kat sini >> TNX.net

Ps: Rasa cam tekak ni hausss sangat.. icon smile Komisen ke 55 dari TNX


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 18 comments. Apa plak komen korang?
kelhome - 19 Jul 10 at 18:22:17
aku dah baca buku tnx titan ni. teknik2 pelik mmg banyak dan tak terfikir.. recommended la
Jaws - 19 Jul 10 at 19:56:53
hahaha…
tahniah bro!!!
teringin nak lepak bersama bro..
leh ceduk2 ilmu..
Syuxx - 19 Jul 10 at 21:53:20
income TNX aku pun makin hari makin steady. hehe
Ali ridha - 20 Jul 10 at 03:39:18
tekak terasa haus.pegi le buka puasa.tapi ingat Tuhan nampak tau.hehehe…

benda pasal TNX ni aku rasa.tak mau main lagi le.tapi klu nk cuba tu aku beli je panduan tu kata ang.ok kan….
mashita - 20 Jul 10 at 04:58:42
mesti serius rasanya. Dah tak boleh main-main.. :)
Din Beramboi - 20 Jul 10 at 05:52:53
Bro, ko katne skang? banting ke jerantut?
esempoi - 20 Jul 10 at 23:14:14
tnx ni dulu aku dapat kejab je..hohoo

camne nal contact bro…takleh pun
titan - 21 Jul 10 at 01:07:58
kelhome. Teknik pelik2 ke? Hehe..tapi kalau kita dah guna teknik-teknik tu, tak mustahil leh dapat income dari tnx nih..

Jaws. Haa..datangla banting atau jerantut. Leh la melepak..

Syuxx. Aku tahu. Income ko dengan zaki antara yang paling maintain dan meletup..

Ali ridha. Mendenya puasa. Lambat lagi ramadan maa.. Terpulang. Time rasa cam nak try TNX, bolehlah beli..

mashita. Tak leh main-main. Betull.. :)

Din Beramboi. Jerantut. Kenapa?

esempoi. Boleh contact kat sini : http://earncent.com/blog/contact/

atau terus ke email ni : titan1[at]earncent.com
display boards - 21 Jul 10 at 06:29:49
I thought you would like to check out the playlist Accent Playlist created by Accent - listen to it on MySpace Music
girls domination - 21 Jul 10 at 07:01:19
emm…tahniah bro. Sampai ke hari ni masih lagi dapat..
naz - 21 Jul 10 at 15:25:20
tnx patut celebrate publisher mcm ko ni titan, loyal & profitable. hoho
Samdaddycool - 23 Jul 10 at 22:55:07
TNX.. masih kepingin nak merasa.. bukan setakat hasil, blog pun tak approve lagi..hehehee
blogger perempuan - 24 Jul 10 at 04:22:10
betul kata naz tu. TNX patut bagi ko award patutnya..
akazuma - 25 Jul 10 at 03:03:36
tak sia-sia kita try tnx nih. tunggu masanya, kita tuai hasilnya.
abdfatah - 25 Jul 10 at 03:43:07
makin kencang dia punya income… tahniah banyak2…

bleh gi raya rumah nih nampak gayanya…
debtrunner - 02 Aug 10 at 06:34:39
tahniah. :)
ainun - 29 Aug 11 at 14:28:02
tahniah titan…mmmg hebat
sjiehan - 29 Aug 11 at 14:29:57
saya pon hebat jugak!! ainun lagi hebat, malam ni tapau 2ratus komen! hahaha



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011