Sebenarnya aku baru sahaja pulang dari Kuala Gandar. Aku pergi melawat Deerland dan sempat juga melawat gajah-gajah disana. Tak kurang juga sempat aku jumpa ular sawa yang boleh tahan panjangnya dan tak kurang juga dengan 3 ekor beruang yang boleh dipeluk dan disentuh-sentuh. Hehe..pendek cerita, perjalanan 3 hari dan 2 malam di Deerland memang memberikan satu suasana yang berbeza dan pengalaman yang berharga buat diri aku dan juga teman-teman yang lain.

Ok. Kita cerita sedikit tentang Triond. Ini komisen yang ke 6 aku dapat dari program Triond. Memang tak banyak yang aku peroleh kali ini sebab aku memang dah tak berapa sangat mempromosi program ini. Tapi aku masih tetap dapat bayaran daripada Triond. Mungkin hasil daripada set-set promosi yang aku lakukan dulu ketika aku bermula di Triond dan ianya membuahkan hasil pada aku setiap satu atau dua bulan. Kira oklah kan? Daripada tak dapat apa-apa, sekurang-kurangnya aku perolehi sesuatu dan sekaligus membuktikan bahawa kita boleh buat duit dengan Triond.

triondpaymentcommissionearncent 300x123 Komisen ke 6 dari Triond


Haa, ini yang aku dapat. Lihat? Sikit kan? Bukan banyak mana pun. Tapi aku bersyukur sebab tetap dapat duit dari Triond. Sikit pun, sikitlah. Aku tahu ramai yang pakar dalam buat duit kat internet ni. Tapi aku selesa dengan cara aku dan aku yakin yang cara aku ini tidaklah sesukar mana dan aku dapat lakukan pada bila-bila masa dan program ini boleh berjalan secara automatik setelah kita lakukan beberapa set-set promosi yang agresif.

Ya, aku tahu ramai yang masih gagal buat duit melalui blog mereka dan korang juga boleh menggunakan blog korang untuk mempromosikan artikel dan gambar korang yang korang hantar ke Triond. Promosikan di blog, facebook dan banyak tempat lagi. Janji kita terus promosi. Jika kita lakukan promosi itu dalam tempoh 1 tahun, percaya atau tak, korang akan dapat komisen dari Triond setiap bulan setelah tahun pertama itu. Itu yang aku rasakan dan ianya tidak akan mustahil. Hoho..

Ps: Balik dari Kuala Gandah, memang gatal satu badan. kena gigit agas. Nyamuk memang tak ada kat hutan tu. Tapi harimau ada. Hehe..Auuummmm!!


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 12 comments. Apa plak komen korang?
Samdaddycool - 16 Jul 10 at 12:14:23
Hmmm.. aku dah beberapa bulan tak dapat duit daripada Triond sebab malas upload gambo2 baru… Tapi kena istiqamah baru boleh dpat USD tu..

Tahniah dapat duit (sapa nak bagi percuma kan??)
naz - 16 Jul 10 at 13:38:38
whoa, baguih ni, belum cuba lagi. dia byr ko, maknanya bleh cuba :D eh tp satu brp usd skali die byr klau kita submit content?
Jaws - 16 Jul 10 at 19:32:39
post hang tak sah kalau takde dapat duit..
tahniah!!
madlut - 16 Jul 10 at 22:05:43
perghh..duit masuk lagi..hehe
mashita - 18 Jul 10 at 06:46:30
huhu..cerita pasal duit lagi. hihi..
zik - 18 Jul 10 at 12:24:17
wah bestnya… dah yang ke 6 tuh… huhuh
reinvestment boy - 20 Jul 10 at 05:07:41
emm..susah gak triond nih kalau tak pandai..
display boards - 21 Jul 10 at 06:35:12
Special Requirements: Applicants must be citizens of one of the three NAFTA
countries and required to be fluent in one of the languages of the CEC (English,
French, Spanish)
ainun - 29 Aug 11 at 14:29:00
benda ni masih ada lagi ke
sjiehan - 29 Aug 11 at 14:31:00
ntah la, saya pon x sure laa
Farahaznil - 29 Aug 11 at 15:38:04
dah lama tak dgr dr titan psl bnda ni
sjiehan - 29 Aug 11 at 15:39:06
saya pon…rasanya x pnh dgr pon



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011