Yap. Itulah soalan yang ditanya oleh kawan aku yang seorang ini. Apabila dia tahu aku agak aktif dalam bab-bab menulis blog ini dan ada pulak tukang karut yang turut menyebarkan bab-bab blog ni, dia terus menyerang aku dengan pelbagai soalan berkaitan dengan blog. Asal jumpa je aku, mesti banyak soalan pasal blog yang ditanya. Cara nak dapat trafik. Cara nak cari niche blog. Cara nak tulis keyword yang kreatif dan sebagainya. Pendek cerita, sengal kalau nak menjawab semua soalan dengan satu nafas. Tapi aku akan tetap gagahkan juga untuk membantu beliau. Manatau, dengan ilmu blogging ni dia akan dapat satu perkara yang berfaedah? Itu bagus bukan? Tidaklah beliau asyik sahaja borak-borak kosong seperti yang dilakukannya ketika dahulu kala tu..
Sebenarnya, senang aje nak buat blog nih. Kalau blog percuma seperti blogspot atau blogdrive ni, aku rasa sangat senang. Apa yang penting, korang kena berani mencuba. Salah? Tak apa. Takut? Tak apa. Ini semua perasaan yang aku rasa ketika aku mula-mula terjah dunia blogging nih. Dulu, aku bermula dengan blogdrive. Sampai hari ini, blog tu masih wujud. Itulah blog jenis personal yang aku tulis ketika aku masih di universiti dulu. Dan masih hidup. Kemudian, aku mengenali blogspot. Jadi, aku mula menulis macam-macam di blog-blog aku diblogspot. Dalam banyak-banyak blog aku di blogspot, cuma ada satu aje yang masih gagah sehingga ke hari ini. Blog-blog lain, aku dah lupa URLnya. Haha..kalau aku track balik, silap aribulan, ada yang dah dipadam dan tak mustahil juga ada yang dapat PR3 atau PR4. Siapa tahu kan?
Tapi untuk blog yang memerlukan domain dan hosting berbayar ini. Ianya berbeza. Bila kita dah bayar, kita dah buat satu komitmen. Kita kena serius. Melainkan kalau korang tak kesah duit yang korang bayar tu lebur begitu sahaja. Aku tahu, ada yang tak kesah. Ada yang mahu mencari kepuasan. Ada yang mahu berkongsi dan ada juga yang mahu cari sedikit pendapatan melalui blog-blog mereka. Tapi bila masuk part berbayar ni, aku tegaskan satu benda. Kita mesti fokus dan buat sehabis baik yang kita mampu. Selagi kita mampu belajar tentang blog ni, kita belajar. Tak kiralah dari bab domain dan hosting, cpanel, add-on domain, cara nak buat email, cara nak forward email, cara nak transfer domain, cara nak upload image guna FTP, cara nak beli hosting, cari duit dengan blog, cara nak jual domain, cara nak upload thems dan plugin ke blog kita dan sebagainya, kita kena tahu. Ya. Kita kena ambil tahu dan belajar. Bagi aku ianya penting. Tapi bagi sesetengah orang, ianya tak berapa penting. Bagi pemain blog yang mencari duit diinternet melalui platform blog ni, aku rasa ianya sangat penting sebab kita dapat belajar pelbagai benda termasuklah meminimakan modal dan memaksimumkan keuntungan. Jika korang rasa korang dah labur beratus-ratus ringgit dengan blog korang, tapi satu sen pun tak dapat. Aku nasihatkan korang mula berfikir tentang apa yang korang telah lakukan dan mula merangka sesuatu untuk tindakan korang yang akan datang.
Menulis blog ini memang mudah. Tapi adakalanya ianya menjadi susah. Dan aku ulangi sekali lagi. Tak semua orang boleh menjadi penulis blog yang berjaya dan penulis blog yang aktif. Inikan pula mahu menjadi seorang fulltime blogger yang sangat berwibawa. Sukar. Tapi ianya tidak mustahil. Sebabnya? Memang dah ramai fulltime blogger yang lahir di Malaysia ni. Tak perlu aku sebut nama-nama atau URL blog mereka. Tapi ramai yang sudah mampu menggunakan income yang mereka perolehi untuk menyara keluarga. Nampak macam poyo dan mustahil. Tapi aku bangga bila aku bagitau orang lain yang aku seorang blogger walaupun aku perasan mimik muka diorang macam memperlekehkan aku. Pedulik apa aku. Kalau ada yang menghina atau memandang hina dengan pekerjaan menulis blog ini, aku tak kesah. Sekurang-kurangnya, aku berusaha untuk mencari sesuatu yang aku mahu dengan cara yang aku tersendiri.
Jadi, kepada kawanku yang betul-betul mahu belajar tentang blog ni, aku sarankan ko baca blog aku dan juga search informasi yang berguna tentang blog dan blogging. Insya-Allah, ko juga akan mampu buat duit seperti aku dan juga rakan-rakan yang lain. Selagi ada minat dan kehendak, aku yakin ko boleh lakukannya dengan cara yang ko selesa.
Ps: Mahu cari ikan patin dengan sambal tempoyak. Tambah dengan petai dan sambal belacan. Fuhhh. Sedappp..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat duit dengan GumGum.com | Komisen ke 6 dari Triond »
















skang ni byk info free nak buat blog…
search jer kat google..
bersepah ada..
bro Titan, ko dah otai. leh cas kalo sape nak mintak ko ajar buat blog..
Cuma kena fokus dan jangan cepat melatah bila orang cakap buat itu dapa t duit, buat ini dapat duit.. satu2, man-man kayuh.. slow2… yang penting kena ada sifu (rujukan)
pergh advance gile soklan…hahaha bukan stakat nak suh ajar buat blog tapi nak power terus….nak free plak tu…
walhal aku xpower pon..power lagi abang titan..kakaka