Buat Duit dengan GumGum. Apa benda GumGum.com ni??
Baik. Ini ada satu lagi program yang bayar kita berdasarkan impression. Tapi program ni bukanlah macam ManggaAd ataupun Innity. Kali ini adalah giliran program Gumgum.com. Mesti korang pernah dengar tentang program ini kan? Aku sudah pun mencubanya dan nampak macam ada harapan untuk dapat komisen pertama dari Gumgum ni. Tapi mungkin ianya akan mengambil sedikit masa jika mahu dapat komisen tersebut. Ini kerana aku cuma cuba dibeberapa blog sahaja dan blog-blog tersebut tidak banyak sangat trafik berbanding blog-blog high trafik aku yang lain. Ini kerana aku cuma letak tak lebih 5 program dalam satu blog untuk tidak menyemakkan keadaan dalam blog-blog aku.

Ini antara nilai-nilai komisen yang aku dapat setiap hari. Memang sikit. Mungkin kerana impression aku tak berapa banyak diblog-blog tersebut. Tapi tak apa sebab ini merupakan percubaan liar aku untuk program sebegini dan aku baru sahaja cuba program ini tak sampai sebulan. Kira ok kan?
Ok. Bagaimana pula cara program ini boleh bagi kita duit? Ianya sangat mudah. Pertama sekali, korang perlu register di website Gumgum.com. Kemudian, login dan pergi ke bahagian service dan ambil code Gumgum yang disediakan dan paste diblog-blog korang. Seandainya blog korang mempunyai banyak gambar dan kebanyakkan gambar itu berukuran lebih daripada 150 x 150 pixel, korang akan lihat text ads dibawah gambar tersebut. Seperti yang korang sedang lihat pada gambar diatas ni. Kan? Ok, lagi banyak gambar yang ada dalam blog korang, lagi banyak impression yang korang dapat kan? Jadi, letak la gambar banyak sikit dan promosikan sedikit blog-blog korang tu. Kalau dapat 1000 impression setiap hari. Aku rasa banyak gak korang leh dapat. Kalau dalam 200 impression korang leh dapat $0.02, kalau 1000 impression sehari, korang mungkin leh dapat $0.1. Kalau 10 hari dah 1 dollar. Haa, mudah-mudah macam itu aje leh kumpul duit secara sampingan. Nampak tak betapa bestnya program GumGum ini?
Tapi aku perlu ingatkan juga pada korang. Program Gumgum ini tidak akan menghasilkan pulangan yang sangat lumayan. Secara kasarnya, aku boleh kata kita boleh buat duit antara $5-30 dollar sahaja secara sampingan. Itupun kalau blog-blog kita tu banyak impression setiap hari. Tapi kalau tak banyak, memang susah sangat nak buat duit dengan GumGum ni. Bukan tak boleh, tapi hasilnya agak sedikit. Jadi, jangan kecewa plak bila tahu tiap-tiap bulan cuma dapat 1-2 dollar aje dari program ini. Itu normal sebab program ini memang sudah disetkan begitu dan admin bagi program ini ada sasarannya sendiri.
Jika mahu sertai. Gi sini >> GumGum.com
Ps: INi kali pertama jumpa program cam gini. Pelik. Tapi menarik..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content
















bagus bro review ni..
terasa cam nak try gak..
trimas for the info bro..
rajin2 meh la usya blog aku.ada juga buat entry pasai gumgum ni
dia ada 1 lagi type jenis camni gak, lupa dah apa nama dia.
aku tak penah cuba pun sblm ni
tapi memandangkan ko da review kali ni,
nak cubalah. hahahaha
Satu perkongsian yang menarik!