Ya. Panduan Paypal. Aku yakin ramai yang mahu tahu tentang paypal dan tidak salah aku katakan semua orang yang mahu menceburi bidang blogger dan internet marketer ini seharusnya mempunyai akaun paypal. Jika kita tanya pada pemain e-bay, paypal merupakan perkara wajib yang perlu mereka fahami dengan terperinci sebelum bermain dalam arus E-bay. Jika tidak, pasti mereka kecundang dalam e-bay jika cetek ilmu dalam ilmu jurus paypal dan e-bay.

Mengapa kita harus ada akaun paypal? Perlukah? Wajibkah? Tidak sampai wajib. Tetapi, ianya seumpama menambah satu lagi akaun bank sahaja. Jika korang ada akaun Maybank, akaun Cimb, Akaun Bank Islam dan sebagainya, tidak salah rasanya jika korang menambah satu lagi akaun bank bukan? Ya, buka satu akaun maya iaitu akaun Paypal. Ianya adalah percuma dan sangat mudah untuk dikendalikan biarpun korang benar-benar bebal tentang paypal. Tidak percaya? Korang harus dapatkan panduan paypal terbaru yang ditulis oleh Smartzul. Aku yakin, apa yang beliau tulis itu pasti dapat membantu mereka-mereka yang masih tidak faham apa itu paypal dan pelbagai lagi masalah yang berkaitan dengan paypal akan terjawab. Semuanya terpulang pada korang. Mahu belajar atau tidak.

4-5 tahun dulu. Atau boleh aku katakan waktu itu aku masih lagi menuntut di Universiti Malaysia Sabah. Aku sudah kenal apa itu Paypal dan aku tahu apakah kegunaannya. Tapi yang aku tidak tahu ialah cara nak transfer duit ke bank-bank di Malaysia dan cara pada waktu itu sangatlah sukar iaitu hanya dengan melalui debit kad. Dan tak ada debit kad yang boleh aku gunakan untuk menyelesaikan masalah aku itu. Selalunya, aku jual duit paypal aku kepada sesiapa yang berminat. Jadi, masalah pengeluaran duit dari akaun paypal ke akaun bank di Malaysia sudah terjawab dengan munculnya banyak bank-bank yang memberi kerjasama dengan syarikat Paypal termasuklah Maybank.

Satu lagi bab yang penting dalam perihal paypal ini adalah pengesahan akaun paypal. Kita memerlukan kad debit atau kad kredit atau VCC untuk membuat pengesahan akaun paypal kita. Dan kini sudah lahir banyak kad-kad debit yang dikeluarkan oleh bank-bank di Malaysia yang boleh kita gunakan untuk membuat pengesahan akaun paypal kita. Panduan asas paypal yang ditulis oleh Smartzul ini akan menerangkan lebih lanjut tentang isu ini dan korang akan tahu cara untuk mengesahkan akaun paypal korang dan korang juga mesti tahu pantang-larang Paypal sebelum masuk ke dalam dunia ini.

Berminat? Boleh miliki Panduan Asas Paypal disini >> Panduan Asas Paypal

Sebelum aku lupa, bukan sahaja korang boleh tahu asas tentang paypal dan cara untuk mengeluarkan wang terus ke akaun bank korang. Tapi korang juga akan diberitahu tentang 13 cara tentang buat duit dengan akaun paypal. Ya, 13 cara dan korang boleh penuhkan akaun paypal korang dengan duit-duit paypal dari cara tersebut. Menarik bukan?

300x250 Panduan Asas Paypal



Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 10 comments. Apa plak komen korang?
asia traveller - 10 Jul 10 at 04:21:27
dulu ada download yang versi percuma. mungkin ini yang versi berbayar kan?
whity - 11 Jul 10 at 04:06:45
panduan yang menarik. Mesti ramai yang suka.
Ali ridha - 19 Jul 10 at 01:24:00
ambil la satu hoi.bukan mahal pun.
reinvestment boy - 20 Jul 10 at 05:18:45
hehe..memang tak mahal.
Panduan Asas Paypal - 05 Aug 10 at 12:34:48
Ia memang panduan yang amat bermanfaat buat kita semua yang membeli - belah dan berniaga secara online…
lasenora - 10 May 11 at 09:47:07
i dah ada akaun paypal tp mcmana nk trima byrn kat FB ye? lps tu, mcmana nk letak harga brg? siapa yg tgg kos yg dikenakan paypal tu? tq.
ainun - 29 Aug 11 at 14:31:32
paypal dah takde duit..huk3
sjiehan - 29 Aug 11 at 14:34:08
paypal saya rm0 lagi.. hoi! ainun,awat laju sgt nih!
Farahaznil - 29 Aug 11 at 15:36:51
paypal rm 0??gua takde pon….hahahaha
sjiehan - 29 Aug 11 at 15:40:46
dah register,tp x masuk2 duit



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011