Tak banyak yang aku hendak update pada hari ini sebab aku sangat sibuk pada minggu ini. Cuma hendak kongsikan komisen ke 54 yang aku dapat dari program TNX yang aku selalu promosikan tanpa henti ini. Ya, aku tahu sudah selalu sangat aku sentuh tentang program TNX dalam blog-blog aku. Jadi, aku harap makin ramai orang dan blogger mampu buat duit dengan TNX pada masa yang akan datang. Begitu juga dengan pihak TNX, aku harap mereka tetap gagah untuk menerajui dunia jual beli link untuk manfaat kami bersama. Hehe..
Ini bayaran komisen ke 54 dari TNX. Aku akui ianya tidak banyak. Tetapi aku tahu ianya satu jumlah yang besar bagi mereka yang tidak pernah dapat satu dollar pun dari internet ini. Dan aku bersyukur kerana aku masih berjaya buat duit dengan TNX. Alhamdulillah..

Tips untuk mereka yang hendak buat duit melalui TNX. Korang boleh geledah semua artikel tentang TNX yang aku tulis dalam blog ini. Semuanya aku sudah cerita dan korang mungkin boleh tangkap hint-hint tersembunyi yang aku terbocorkan kepada korang yang ada dalam Panduan TNX 2.0 aku tu. Aku harap Panduan TNX yang aku buat itu dapat membantu segelintir blogger yang memilikinya. Jika ada yang tak faham, jangan malu-malu bertanya di forum rahsia tu. JIka segan, boleh PM atau email aku untuk bertanya sebarang soalan berkaitan dengan TNX.
Boleh daftar TNX di sini >> TNX.net
Jika korang pernah gagal dengan Nuffnang. Tak dapat satu sen pun dari Nuffnang, cubalah TNX. Jika korang gagal dengan Google Adsense. Cubalah pula dengan TNX. Jika korang gagal untuk menjual e-book, korang juga boleh cuba TNX. Jika korang sudah putus asa dengan program affiliate seperti Clickbank, Amazon, Comission Junction dan sebagainya. Korang juga boleh cuba TNX. Untuk menyertainya adalah percuma. Apa yang korang perlukan, sediakan blog yang diperlukan untuk buat duit dengan TNX. Itu sahaja.
Ps: Hidung tersumbat. Memang rasa tak best hari ini..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Berapa gaji bulanan blogger-blogger Malaysia? | Komisen ke 30 dari Text Link Ads »













