3 hari yang lepas, aku agak sibuk ke sana dan ke sini. Menguruskan banyak perkara yang terpaksa diuruskan. Minggu depan pula ada banyak meeting yang perlu diselesaikan dan pasti akan banyak kerja yang aku terpaksa buat dan uruskan. Nak buat macam mana, dah macam tak ada orang lain nak buat. Jadi, terpaksalah aku buat jugak walaupun hati ni macam memang tak nak buat langsung. Walaubagaimanapun, setiap kerja aku kena laksanakan dengan baik dan siap pada waktu yang dijadualkannya.

Ok. Cerita tentang dunia internet dan blog ni, aku rasa tak banyak yang aku hendak kongsikan sebab aku memang agak sibuk dalam masa terdekat ini. Belum tentu aku dapat update kesemua blog-blog aku dengan baik jika aku tak dapat cuti. Tapi jika ada kesempatan, memang aku akan update dengan kadar yang segera. Kalau tak, tak merasalah duit online aku ini. Blogger atau Internet Marketer ni berbeza dengan pekerja dengan kerajaan ini. Kita orang tak ada gaji bulanan. Tapi kita boleh cari beberapa program yang boleh jadi gaji bulanan kita. Dengan TNX, kita boleh dapat dekat RM300-Rm400 sebulan. Dengan TLA, kita boleh dapat antara RM200-RM400 sebulan. Dengan Google Adsense, kita pun mampu dapat RM300-RM500 sebulan. Dengan tulis artikel, kita mampu dapat antara RM100-Rm2000 sebulan. Dengan menjual iklan diblog-blog termasuk blog peribadi, kita boleh dapat antara RM50-RM3000 sebulan. Dan banyak lagi program yang mampu bagi kita gaji bulanan. So, persoalannya sekarang, berapa banyak program yang mampu menyumbang kepada korang punya gaji bulanan?

Kalau gaji dengan kerajaan sekarang, memang aku dapat dekat RM2000 lebih. Kalau campur dengan kerja-kerja online yang aku dapat sekarang, memang paling ciput pun leh capai dalam RM1000. Itu pun dah tahap super malas. Tapi kalau aku usaha lebih, memang aku leh dapat lebih. Mungkin bagi sesetengah orang, RM3000-Rm5000 tu adalah sangat sedikit. Tapi aku faham, jumlah itu sangat tinggi nilainya bagi mereka-mereka yang sangat memerlukan duit. Jadi, berapa banyak yang korang dapat setiap bulan tu, hargainya dan gunakannya ditempat yang betul. Duit lebih tu, leh la sumbat kat ASB atau Tabung Haji..

Cuma satu yang aku tak faham, aku tahu ada sesetengah daripada korang yang anti dengan kami, blogger-blogger dan internet marketer. Korang mengatakan yang kami buat duit dengan cara yang haram. Dengan cara yang salah, dengan cara yang tidak berkat sedangkan korang tidak tahu apa yang kami buat, apa yang kami tulis diblog-blog kami dan cara apa yang kami lakukan. Ini hanya menyakitkan hati-hati kami dan meruntuhkan semangat kami dan juga blogger-blogger yang baru hendak mula mencari sedikit pendapatan melalui internet. Jangan cepat sangat menghukum. Siapa anda untuk menghukum kami semua? Jangan kerana kami berjaya dapat RM10000 hingga beratus ribu dari cara yang kami lakukan, anda kecam kami sebegitu?

Ps: Ya. Aku menulis blog untuk buat duit. Tapi jika apa yang aku tulis tu hingga menyebabkan ada segelintir dari korang terlalu kuat menghukum tanpa asas dan bukti yang kukuh, perlukah aku buat sesuatu tentangnya?


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 25 comments. Apa plak komen korang?
Jaws - 04 Jul 10 at 05:58:03
peargh..
masyuk ni bro..
rm3k-5k dari blog sahaja sebulan..

btw, lawak plak ada orang kata buat duit ikut blog ni haram..
sah2 sgt cetek pemikirannya dan tidak panjang ilmu IT nya..
nasihat kepada orang yang cakap camtu,
balik sambung mengaji..
orang lain dah sampai ke bulan, dia masih kata roket yang terbang itu ilmu sihir.

btw, aku nak cedok laa ilmu ko skit2..
ada masa aku nak geledah2 blog ko..
kalau sudi, boleh laa jumpe sekali sekala.
Hadi - 04 Jul 10 at 07:31:08
Salam sejahtera.

Terima kasih kerana artikel ini.

Saya di dalam proses belajar untuk menjadi seorang blogger. InsyaAllah, saya akan bermula secara separuh masa dahulu.

Seperti yang saudara katakan tentang kata-kata mereka yang tidak enak, saya akuinya. Bahkan rakan-rakan saya sendiri tidak menyokong bahkan mahu menjatuhkan saya lagi, kecuali seorang sahaja rakan yang memahami.

Walau apa-apa pun, terima kasih kerana perkongsian ini. ;-)
Fazli - 04 Jul 10 at 23:55:00
tak yah buat apa2 kat diorang tu. persetankan saja. kita buat keje kita je.
Afiff - 05 Jul 10 at 03:22:43
Memang masyuk, income adsense adalah antara pendapatan utama saya yg pasif setiap bulan. Kepada anti blogger dan anti IM. Diorang sebenarnya bukan anti, tetapi ‘dengki’ dan ‘busuk hati’. :p
titan - 05 Jul 10 at 03:47:55
hehe..bolehlah sikit-sikit. Banyak benda nak kena bayar. Tu yang kena usaha lebih untuk dapat hasil yang lebih. Part orang yang tak suka tu, tak leh kata apa, setiap orang ada pendapat masing-masing..

Nak jumpa sekali sekala. aku ok aje. Cuma masa dan keadaan yang kekadang tak berapa nak mengizinkan..haa. geledahla. Aku takde hal punya..

Hadi. Betul. Tak ramai yang mahu memahami apatah lagi memberikan semangat dan sokongan. Tapi ada juga yang sangat membantu. Kita buat aje apa yang kita rasa betul dan tak menyusahkan orang lain.

Fazli. Betul. :)

Afifi. Dengki dan busuk hati? Mungkin. Setiap orang ada agendanya tersendiri.
madlut - 05 Jul 10 at 04:35:16
Betul…orang2 lain terlalu cepat menghukum..ala, tue pun sebab mereka tak dapat macam ko dapat kot..sebab tue mereka dengki…

Banyaknya program yang boleh disertai dengan blog..cuma nak buat dengan tak nak je kan…
Nazri - 05 Jul 10 at 07:10:21
Monthly earning? Subjective la.. Otherwise, d LHDN will chase all of us but u, Jaws & Hadi r definitely right! 4 me, most seems or I can say simply pretending 4m d substantially income we’d received! We just keep on going, nothing 2 loose.
naz - 05 Jul 10 at 10:04:35
setuju dengan ko titan, ramai yang memandang serong dgn blogger2 & IM2, wlaupun kita tunjuk paycheck bulanan kita yg byk. ramai yg kata kita menipu di internet. adeh. mmg konflakes, xtau nak explain camne ngan diorang. tapi x boleh salahkan diorang sepenuhnya jugak, sebab skunk byk gile plak klua program2 yg scam kat internet ni & rmai yg buta it join & kena tipu, secara tak langsung menempekkan taik kat nama kita sekali yg buat duit secara halal. xtau ah nak deal camne lg dgn hal camni.
rohaizad - 05 Jul 10 at 17:19:35
Apalah diaorang ni… gaji kita bukan besar pun. RM800 je sebulan.. itu pun orang dah jeles ka?
areryp - 05 Jul 10 at 20:18:07
manusia bro..lagi2 org melayu kita sendiri..terlalu tggi ‘PHD’ diorg…apa yg kter wat pon bukan kaco periuk nasi diorg pon..tp yg diorg nk kaco kter kenapa? sbb diorg xdpt apa yg kter dpt..tu la hakikatnya..
titan - 06 Jul 10 at 01:29:19
Madlut. Betul. Nak atau tak nak aje. Itu yang membezakan antara kita dan mereka.

Nazri. Agree. Just pretend it. And agree again. Monthly income. Of course it subjective la. Haha..

naz. Bila benda nih jadi. Aku dengar dan dengar. Bila diorang tanya, baru aku jawab. Kalau diorang tak suka, aku tak boleh paksa. Tapi kalau diorang menghina, aku mesti pertahankan benda nih..

rohaizad. Aah. Tak besar pun. Ciput aje. Diorang memang kuat jeles kot..

areryp. Yelah. Diorang kan ada PHD. Kita ni paling kuat pun master. Pukul rata adalah yang ada ijazah dan diploma. Yang lain, SPM dan PMR aje..mentang-mentang blogger kita tak ramai tahap PHD..

Yap. Itu hakikat yang tidak dapat kita sangkal.
aleh - 06 Jul 10 at 12:00:28
sikit atau banyak..itu usaha kita..kalo orang lain nk pertikai..buat tahu jerk..saya tak dapat lagi duit dari blog..tpi seronok menulis sebb nak tmabah pelawat…:D
akazuma - 07 Jul 10 at 02:24:01
aku dapat 1-2 ratus sebulan dh cukup bagus…
mata merah - 12 Jul 10 at 01:41:36
emm..dapat dalam rm500 sebulan dari internet nih..dah cukup bagus apa..
[…] Tapi adakalanya ianya menjadi susah. Dan aku ulangi sekali lagi. Tak semua orang boleh menjadi penulis blog yang berjaya dan penulis blog yang aktif. Inikan pula mahu menjadi seorang fulltime blogger yang […]
Samdaddycool - 16 Jul 10 at 12:36:35
‘tunjuk ajarku sifu’!
EngineerFLB - 17 Jul 10 at 08:24:53
Aku Berkerja Sebagai Engineer Cum Safety Odffice. Gaji RM 3500 Sebulan. Masih tak cukup. Hutang Keliling Pinggang. Kredit Kat Mencecah Rm17,500. Hutang Bank Rm8000,
Hutang Ngan Company Rm20,000. Hutang ngan PTPtN Rm22,000. Loan Kereta. Rm66,000. Dalam masa sekarang ni kalau tak hutang.Macam mana nak hidup. Tapi syukur alhamdulilah. Selepas Dua bulan yg lalu aku terlihat ikhlan. FLB. Terus Join. Dapatlah Membantu sedikit sebanyak. Keja part TIME. Lumayan Juga. Kadang2 Pendapatan Lebih dari gaji. Syukurlah
mashita - 18 Jul 10 at 06:51:33
wahh..dasat gak engineerFLB nih.. :)
Unjaran - 11 Dec 10 at 19:22:24
Akuplak klu pasal duit internet ni mmg aku suka…manis rasanya huhuhu…nak declare adsense aku? Sorry ar…nak declare the whole internet income aku? huhuhu…lagi aku taknak…by the way, aku masih berkerja…gaji aku? Mmm…dekat RM5k sebulan…internet income aku? Nak declare atau tak nak ni…takperla…aku bagi clue jer - kadang lebih dari gaji…kadang kurang 1k-2k dari gaji aku…tu jer aku leh bgtau…ahakkkssss….
ainun - 29 Aug 11 at 14:34:01
gaji bulanan? huk-huk-huk…sedih
sjiehan - 29 Aug 11 at 14:35:41
saya x kerja lagi! hehehhe..
Farahaznil - 29 Aug 11 at 15:36:08
hahaha…gua pun officially student balik..huhuh
sjiehan - 29 Aug 11 at 15:37:34
ye la cuti dah nk habis kan!
Farahaznil - 29 Aug 11 at 15:39:00
haah..hahahaha..mggu dpn msk balik..cetsss
sjiehan - 29 Aug 11 at 15:39:40
hahaha… tahniah!



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011