Tadi baru sahaja aku sambar satu lagi domain dari Godaddy. Harganya cumalah $0.99 dollar dan kena tambah bayaran sikit caj apa benda ntah. Jadi, jumlahnya adalah $1.17 dollar untuk tahun pertama. Tahun kedua, kita kena bayar full iaitu $10.69 dollar. Tapi ada yang bagusnya bila kita ada akaun Godaddy ni. Masa kita nak renew tu, ada banyak kupon renew yang boleh kita gunakan. Kadang-kadang, boleh dapat dalam 5-6 dollar sahaja untuk domain yang kita renew itu. Tapi biasanya aku dapat antara 7-8 dollar setiap kali aku renew domain kat Godaddy.
Setakat ni, banyak kali dah aku dapat kupon yang memberi kita peluang untuk beli domain pada harga $1.17 dollar. Aku yakin ramai yang sudah tahu dengan kupon terbaru dari Godaddy nih. Kalau tak tahu, korang boleh dapatkan domain baru tersebut dengan menggunakan kupon ini >> SOCCER99
Tapi kalau korang tak ada akaun Godaddy. Boleh buat akaun baru dengan mereka. Cara nak daftar, mudah sahaja. Sebab sama aja macam korang register hosting atau domain dengan syarikat tempatan. Kalau korang tak biasa dengan syarikat luar seperti Godaddy ni, korang boleh mulalah membeli domain dari syarikat luar dan aku suggestkan dua iaitu Godaddy dan Namecheap. Tapi buat masa ini, aku lebih pro kepada Godaddy sebab banyak kupon untuk renew yang masih boleh digunakan dan banyak tawaran untuk dapatkan domain dengan harga murah akan dikeluarkan setiap tahun. Aku rasa macam tahun lepas, ada dekat 6-7 kali ada kupon baru dikeluarkan untuk beli domain dengan harga antara 1-2 dollar. Kalau dalam ringgit, baru aje dalam enam-tujuh ringgit. Murah kan? JIka ada peluang untuk kita beli domain dengan harga yang lebih murah, mengapa kita tidak sambar sekarang?
So, boleh daftar sekarang >> Daftar Godaddy
Untuk blogger-blogger yang hendak mengumpulkan blog-blog niche, ini peluang baik korang untuk beli banyak domain dan setkan blog-blog korang untuk target lebih banyak advertiser pada masa datang. Inilah peluang untuk tambah aset-aset yang berupa blog dengan menggunakan peluang yang datangnya cuma 6-7 kali setahun. Dan koranglah akan jadi boss kepada blog-blog korang. Mesti korang rasa best jadi boss, kan?
Dan untuk pengetahuan blogger-blogger tegar tersebut, korang kalau ada banyak kad kredit atau kad debit, boleh pakai untuk beli lebih banyak domain. Aku sudah sambar 2 domain meggunakan 2 kad yang berbeza. 1 kad kredit dan 1 lagi kad debit. Dan sedihnya diorang tak terima bayaran dengan akaun paypal. Tak apa. Kalau ada maybank debit kad, korang boleh beli guna kad tersebut. Aku tak paksa. Tapi kalau korang rasa korang berminat nak beli domain baru untuk blog terbaru korang. Bolehlah berbuat demikian sekarang kerana dengar cerita benda ni dijangka sold-out hingga 2 Julai atau cukup 10k orang yang guna kupon ni. Jadi, cepat-cepatlah sambar kupon ini. Lambat aku tak tahu..
Ps: Fuhh..dua lagi blog in making untuk blog niche aku. Walaupun aku rasa aku agak sibuk dengan kerja-kerja offline aku, aku harap aku dapat lakukan apa yang aku patut lakukan..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Cabaran Program Affiliate PPL RahsiaBulkSMS | Berapa gaji bulanan blogger-blogger Malaysia? »
















Contohnya, kalau aku beli 10 domain guna VCC yang berlainan tapi nanti time nak renew balik cam ne ye??
Boleh ke aku renew 10 domain ni guna 1 kad debit yang sama??
aku dah sebulan tak tgk akaun godaddy.. nak update blog yg tak sampai 10 pun tak larat….
Aku tgh pikir samada nak beli domain baru atau pakai utk renew…hmmm…alahai
Shafawi. Tak tahulah boleh ke tidak hari ini. Tapi hari tu boleh kot..
apes. Renew kene bayar guna paypal pun boleh rasanya. Itu kalau tak silap aku lah. Setakat nih, semua renew, aku bayar guna akaun paypal. Time beli aje kekadang diorang tak bagi guna kad yang sama.
zool. Selagi aku mampu. Memang aku akan wat la. Hehe..
Wan perlis. Takkan tak penah dengar kot??
Johor Bahru Guy. Beli aje yang baru. Hoho..
Duit Internet. Namecheap memang murah. Tapi kupon renew, aku rasa godaddy lagi banyak. Nak renew nanti yang sakit. Tapi kalau namecheap ada kupon renew yang tak expired lagi..guna je namecheap. Aku cuma dah biasa pakai godaddy. Tu yang aku pro kepada godaddy..
donnyien. sila tempah. Sila tempah satu ke dua ke..