UPSR, PMR, SPM dan STPM. Aku rasa ramai yang diantara korang pernah dengar dan tahu tentang ujian-ujian yang biasa dan terpaksa kita hadapi apabila usia kita semakin meningkat dari hari ke hari. Dari UPSR hingga ke PMR dan ke SPM. Yang bernasib baik, akan ambil ujian STPM. Belum campur Ujian SRA, STAM, SMA dan Muet. Macam-macam jenis ujian yang akan kita tempoh sebelum berjaya ke tangga Universiti ataupun kolej. Tapi bila mengenangkan akan cadangan tentang memansuhkan UPSR dan PMR, aku rasa tersentak. Ada sesuatu yang aku rasa kurang enak tentang cadangan tersebut.

Masalah pelajar malas belajar akan meningkat. Mengapa? Sebab mereka sudah pandai berfikir. Ianya berasas. Jika budak berumur 4-5 tahun sudah expert dalam memahami selok-belok handset seperti iphone dan blackberry, sudah faham apa erti internet dan sudah tahu menonton television dan tentang belajar dan peperiksaan. Aku yakin, masalah pelajar malas belajar, masalah pelajar ponteng kelas, masalah pelajar pukul guru, masalah guru takut masuk kelas, masalah guru lempang dan terajang pelajar, akan semakin bertambah dan seriusapa bila UPSR dan PMR dimansuhkan. Sebab pelajar-pelajar ini sudah tahu berfikir. Bukan sahaja berfikir secara kreatif, tetapi sudah terlalu inovatif. Otak kanan dan kiri bekerja sama. Itu pelajar zaman sekarang. Pemikiran mereka memang hebat. Bukannya pelajar-pelajar ini bodoh. Mereka cuma malas. Sebab itu bila exam, dapat markah merah memanjang. Jadi, bila peperiksaan seperti UPSR dan PMR dimansuhkan seperti yang dicadangan, aku tidak rasa ujian bulanan, ujian penilaian, gerak gempur, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun mampu membuatkan para pelajar ghairah untuk belajar. Tidak sama sekali.

Selain itu, para pelajar juga tahu seandainya mereka belajar ala-kadar sahaja, mereka tetap dapat naik tingkatan seperti biasa. Asalkan datang sekolah dan masuk kelas. Bila belajar, malas dan kadang-kadang menimbulkan masalah pada pihak sekolah. Belum lagi kes serius seperti kurang ajar dengan guru, merogol cikgu, merosakkan harta-benda guru, kes sosial, kes polis, bergaduh dan sebagainya. Mereka tahu yang mereka tetap akan bersekolah tak kiralah apa masalah yang mereka buat.

Ya. Aku tahu sistem pelajaran kita lebih tertumpu dan berorientasikan peperiksaan. Semuanya tertumpu dengan peperiksaan. Sikit-sikit ujian. Habis ujian, ada peperiksaan. Minggu depan, ada pula gerak gempur. Lusa tulat, ada kem motivasi. Pendek cerita, 7-10 bulan pertama, penuh dengan kerja rumah, study, ujian, gerak gempur dan peperiksaan sehinggalah mereka sampai ke tingkatan lima. Tanya diri masing-masing. Salahkah ke kalau kita berorientasikan peperiksaan? Pelajar-pelajar zaman sekarang tidak lagi seperti pelajar zaman dahulu. Sikap dan etika mereka sangat berbeza. Sangat berbeza. Jika dulu pelajar sangat menghormati guru. Tapi sekarang, bilangan pelajar yang kurang hajar dengan guru semakin bertambah dari hari ke hari. J

Aku faham, walaupun dengan adanya UPSR dan PMR, masalah pelajar ini tetap sukar untuk diubah dalam masa yang singkat. Tapi sekurang-kurangnya, dua bentuk peperiksaan besar ini menjadi kayu ukuran bagi para pelajar untuk mengetahui prestasi dan keupayaan mereka setelah lama bertungkus-lumus sekian lama. Kita perlukan ujian-ujian sebegini untuk membantu dalam pelbagai aspek. Kita mahukan para pelajar fokus. Fokus terhadap pelajaran. Bukannya mereka tidak boleh bermain PS2 ataupun bermain bola sepak, tetapi jika mereka bijak membahagikan masa, ianya bukan masalah besar bukan? Masalah pelajar zaman sekarang, bukan sahaja malas dan kurang ajar. Malah, masalah pembahagian masa juga turut menjadi barah dalam kehidupan mereka. Mungkin juga sebab tidak dididik dari rumah sejak kecil lagi, jadi mereka tidak menghargai masa-masa yang ada ini. Tapi percayalah, masa-masa ini akan mereka kenang ketika dewasa nanti.

Dan aku yakin ada pelbagai sebab mengapa UPSR dan PMR tidak wajar dimansuhkan. Mungkin mahu mengurangkan kos? Sebab aku tahu kos untuk ujian-ujian seperti UPSR dan PMR memang menelan jutaan ringgit setiap tahun. Even elaun guru juga ada yang dipotong. Siapa tahukan? Pasti ada sebab-sebab tertentu. Tapi aku yakin majoriti kurang bersetuju untuk memansuhkan UPSR dan PMR. Tetapi jika ada satu sistem yang lebih bagus berbanding UPSR dan PMR dan ianya memungkinkan sesuatu yang berbeza serta mampu menghasilkan keputusan yang memberangsangkan, tidak salah jika pihak kementerian untuk memansuhkan dua ujian besar tersebut. Bukan aku sahaja, tapi aku yakin ramai yang akan setuju. Tapi setakat ini, aku tidak yakin lagi melainkan aku belum lihat hujah-hujah yang cukup kuat untuk menyokong pemansuhan yang diwar-warkan ini.Aku pasti korang juga ada pandangan tersendiri tentang isu ini. Pasti ada baik dan buruknya. Dan bukan ini sahaja sebabnya mengapa aku agak kurang bersetuju untuk memansuhkan UPSR dan PMR. Tapi buat masa sekarang, aku cenderung ke arah itu.

Ps: UPSR aku dapat 2A dan 2B. PMR aku dapat 7A dan 2C. Haa, korang dapat berapa? Mesti lagi pandai dan bijak dari aku kan? Sekolah aku dikategorikan sekolah hujung bandar. Tapi aku cukup bersyukur dapat cikgu-cikgu yang boleh tahan barannya dan pandai mengambil hati.


Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 38 comments. Apa plak komen korang?
suri - 23 Jun 10 at 06:00:11
salam tuan rumah.
pasti akan ramai anak2 di luar sana sorak gmbira jika upsr dan pmr di mansuhkan.

sebab mrka akan fikir waktu tu wktu honeymoon..than bila masuk form 3 nd 5 barulah pulun study habis2..tu pun kekanag ramai gak yang result tesangkut sb tak prepare dari awl..huhu..

adlah dapat a nd b huhuhu..
mr.eims @ Healthaware - 23 Jun 10 at 06:36:04
aku pun tak pandai titan, tapi anyway, selalu jugak aku rasa macam exam awal2 dulu macam tak terpakai sangat. Tujuan utk pemilihan sekolah. mungkin ada cara lain yg lebih baik untuk menggantikan peperiksaan? mungkin juga. tapi pendapat aku, kalau mansuhkan terus 2 exam, tinggal 1 je SPM, mungkin akan membuatkan pelajar tidak ready.

p/s: senarnya aku mmg bukan org yg sokong keputusan akademik. aku lebih cenderung kepada kemahiran daripada akademik.sekarang ni yg banyaknya keputusan atas kertas je. bila masuk alam pekerjaan, hasil kerja tidak seperti taraf dalam kertas tu.
dAzz - 23 Jun 10 at 07:37:18
pada pendapat aku, kalo betul nak mansuhkan, jangan mansuhkan dua-dua skali. mungkin mansuhkan upsr dulu.

pastu, sistem penilaian peringkat sekolah rendah perlu distruktur semula sebagai ganti upsr tu. mungkin guru-guru patut diberi lebih kuasa untuk menilai pelajar sekolah rendah tu.

mana2 pelajar yang nampak cenderung kepada akademik bleh disalurkan ke sekolah yang cemerlang akademik. yang nampak ada potensi dalam aliran teknikal bleh disalur ke sekolah teknik. yang nampak menonjol sukan bleh hantar skolah sukan. yang lain2 tu bleh la ikut saluran biasa ke skolah2 yang lain.
Din Beramboi - 23 Jun 10 at 19:48:59
Aku TAK SETUJU !!! Apedaaa…

p/s - UPSR aku 4A,1B , PMR 7A, 1B, 1C dan SPM 7A 2B 1C. huhu alhamdulillah..
noname - 23 Jun 10 at 22:56:16
sebelum dibuat keputusan, pastikan kerajaan fikir masak2…ni bukan masalah orientasi exam banyak ke ape,ini melibatkan disiplin murid sekolah..jangan gatal-gatal mansuh pastu takde penggantinyer..aku jamin makin sakit lah sosial generasi masa depan kalau mansuh je takde backup… jangan ulang kesilapan dasar sebelum ni, coz ini beri kesan lebih besar n pantas kalau salah percaturan. siapkan pengganti yang terbaik, baru lah sibukkan diri bising kat media pasal pemansuhan…
wanwma - 24 Jun 10 at 00:34:31
oh..tidak tahu akan hal2 seperti ini…tapi rasanya tak perlu, cuma perlu diubahsuai jadi lebih baik je..
eKiN - 24 Jun 10 at 01:21:33
sy stuju ngn pndpt awk..
na ley upsr n pmr mnsuh.. pas 11 thn bljr br nk wt pnilaian, trllu t’lmbt sgt dh 2..upsr mnsuh, then nk gnti ngn ujian khas tuk msk sbp, sbp tuk dak2 pndai ja, abs la dak2 yg kreng pndai, cnfrm lg rmai la bhenti sk00l awl nt.. klu nk mnsh smua 2, bljr cm xda hala tju ja, yg pntg skrg gov wt rmbakan kit kt kurikulum sek kt msia ni n btolkn persepsi stdnt yg bljr bkn jz nk llus xm smata2, n btolkn prsepsi ckgu gk, bia la ajr ngn niat mndidik bkn nk kjr slbus ja…
jgn gov nyesal nt mnsuh upsr n pmr xtn2 psl.. b4 nk mnsuh 2 pk abs2, amk pndpt smua phk, n klu btol gk nk mnsuh, cr d bes altrnatif tuk gntikn xm 2..
pencinta wanita - 24 Jun 10 at 02:46:03
aku tak setuju. Disiplin budak mesti out punya nanti.
mr.eims @ Healthaware - 24 Jun 10 at 02:49:14
pihak govmen tgh cari alternatif lain utk ganti exam upsr & pmr. kalau btul nk mansuhkan, hopefully derg dapat come out dengan alternatif lain yg baik. jgn yg lebih tak baik sudah..
merahkatak - 24 Jun 10 at 03:42:12
emmmm…masalah ni payah nak cakap. Mesti ada sebab depa nak mansuhkan..kan? kan? kan?
zool - 24 Jun 10 at 03:54:10
Masing2 ada pendapat sendiri.. tapi aku setuju mansuhkan UPSR dan PMR bagi mengurangkan kos samada dari pihak kerajaan mahupun rakyat.. cuma mekanisma bagi menggantikan ia perlu dikaji. rasa aku, peperiksaan secara dalaman boleh diadakan bagi menggantikan peperiksaan peringkat nasional ni..


p/s :- UPSR aku 2A 2b, PMR 2A 4B 2C .. he hehe.. kiranya ko lagi bijak dari aku le… atau aku yang memang sedia lembab?
Din Beramboi - 24 Jun 10 at 04:15:57
Klu nak kurangkan kos, byk lg benda yg boleh dikurangkan…bukannya pelajaran budak2.

Cthnya, mahsuhkan PRK. PRK mmg byk rugi wooo..janji itu, janji ini, bg duit undi lg..bina jambatan la, ape daaa..

PRK - pilihan raya kecil.
Amim - 24 Jun 10 at 08:08:48
seriously x setuju langsung peperiksaan ni nk dimansuhkan.. Lagi banyak masalah yang akan datang. Pelajaran comfirm semakin merosot sbb pelajar akan ambil endah x endah je tentang belajar sbb dah xde exam besar…
hafizarshad - 24 Jun 10 at 16:48:53
pelik kan…nak mansuh UPSR n PMR lak..alang2..bek mansuh kan SPM skali..huhu
azizan4444 - 25 Jun 10 at 06:15:24
elok jgk klu mansuh upsr n pmr..bayangkan budak2 siang mlm g kelas tambahan2 semata2 utk exam..penat otak bdk..

klu pk jgk, kesian dkt mereka yg x berkemampuan..nak cr duit nak anta anak2 sekolah..tuk pon x ckp.apth lg nk anta tuisyen utk exam2 ni..
display boards - 25 Jun 10 at 11:23:51
Lots of people talking abt the importants of exam,yes exam is important but here we r talking abt public exam like upsr and pmr.did the government say that there will be no exam at all?no, they only want to abolish upsr and pmr.the schools can still have the other exam like usual.
JBCool - 25 Jun 10 at 16:55:54
Hmmm… aku tak paham betui…ada sistem elok nak dilupuskan pulak….politik2….
nasi lemak utara - 26 Jun 10 at 03:13:56
emm..tak yah la..banyak keja nanti kena buat..susahkan ramai orang plak nanti..
travel food - 26 Jun 10 at 09:47:55
kurang setuju. Wujudkan dulu satu peperiksaan baru untuk gantikan upsr dan pmr. Baru setuju lepas tu.
kereta satria neo - 27 Jun 10 at 03:37:17
hemm..tak berapa nak setuju. :(
kereta satria neo - 27 Jun 10 at 03:55:36
ramai yang tak setuju. Itu pasti. :(
Afzai Afandi - 28 Jun 10 at 16:14:26
PPSMI diwujudkan kemudian dimansuhkan..sekarang UPSR dan PMR pula nak dimansuhkan…jika perubahan dilakukan secara kerap ini akan mengundang tanggapan negatif masyarakat.

secara tak langsung, nampak kerajaan “flip-flop” dalam melaksanakan sesuatu keputusan.
mustaqim - 02 Jul 10 at 10:34:31
Saya setuju ianya dimansuhkan mulai 2011. Bukan tahun 2010 ni. Jangan buat kerja alang-alang. Takkan Pak Menteri tak tau fikir kot. Buat perubahan drastik jangan alang-alang hujung-hujung semuanya tak ke mana. Perubahan macam ni:
1. Pra sekolah mesti dianggap darjah satu.
2. Umur 10 tahun dah masuk tingkatan 1
3. Umur 15 wajib ambil SPM
4. Umur 16 atau 17 wajib duduk STPM/matrik/terus masuk U.
5. Umur 20 mula kerja dan dah ada ijazah.
6. Keluar Master umur 21.
7. Umur 23 atau 24 dah ada PhD
8. Pelajar jenis tak berapa nak pandai hantar kerja kat ladang atau kerja kilang atau kerja kontrak buat bangunan. Umur minima kerja ni 15 tahun. Buruh asing jangan dibawa masuk lagi.
9. Bohsia /bohjan/rempit/maknyah/sundal/mat gian/bapak ayam/pengamal rasuah dan seumpamanya tangkap hantar ke Palestin biar diorang berperang dengan Israel. Masuk penjara pun menghabiskan duit kerajaan. Buat undang-undang lebih kejam agar Masyarakat Malaysia lebih berdisiplin.

** Kebanyakan murid/pelajar sekolah sekarang dah terlebih belajar sehingga mereka jemu. Sekarang 75% elajar dah terjebak dalam budaya nafsu. TV hari-hari tunjuk lakonan adegan bebas lelaki perempuan. Pusat Islam tidur. Tak pernah pun tegur secara lantang setakat ni.

***Mana blueprint untuk agenda masyarakat bermaruah. Kenapa tak setkan macam ni. Dalam 5 tahun akan datang arak, zina, judi dan seumpamnya akan dikurangkan ketahap 50%. Dalam 10 tahun lepas tu Malaysia akan bebas perkara tersebut. Jalankan hukum hudud. Kat negara China hukum tembak dibuat tepi jalan je. Bekecai kepala. Tercabut biji mata kena peluru. Kita Malaysia terlalu beradap konon. Itu sebab orang asing suka hati PIJAK KEPALA kita orang Malaysia. Ini kesilapan pemimpin. Hingga bersambung ke siri lain….
gapil - 03 Jul 10 at 02:15:49
kalau upsr dan pmr mansuh , bagaimana dak pasti belajar aliran sains, sastera dan vokasional.Kalau ada penilaian secara menyeluruh kita tahu kecenderungan anak kita . Buat penilaian dalaman, byk sekolah yg buat penipuan,contohnya kerja kursus , budak tak hantar, cikgunya bgi markah lulus je, dak jaga reputasi sekolah. Jabatan mana tau. Cadangan sayalah,teruskan pmr. Pel. gagal masuk plkn,bagi mereka kursus 2 tahun mengikut kecenderungan mereka, yg suka bersolek suruh kursus andaman, suka merempit,suruh jadi pelumba formula, yg terlalu kiok suruh kerja di ladang. Plkn tu membazir duit saja, berlatih pegang senjata, kawat bukan dak bawa kemana , balik ke rumah bermasalah kagi . kalau dah ada kemahiran sekurang2nya kita boleh guna , tak ada masalah lepak, sebab semua dah mahir, masalah buruh pun sekurang2nya selesai, duit kita tak mengalir keluar, sebab sibuk bekerja.Kata dak jimat duit negara, setakat ini , program utk belia berbagai2, tak selesai juga masalah. Kerja org politik Susah dak kata. Kalau duduk di pejabat sekali sekala keluar manalah tahu hal di luar.Masuk rumah tengok ok semua. Sekarang ni jadi cikgu kata senang, dak memanusiakan manusia menjadi masalah, ibubapa lepas tangan. Tapi tak semua macam tu. Teruskan apa yg ada, malah mantapkan sistem dan perancangan. Ada tekanan , baru ada umm!. Macam zaman 80 an, gagal srp, tidak boleh menyambung tg. 4. dak juga sekolah kena ,mengulang tg. 3, rasa malu repit. belajarlah , dah tugas pelajar, tak mahu belajar berhenti balik kpg. jadi petani , mak bapa bagi kemahiran berkebun, sekarang dah berubah, kita buatlah perubahan juga , gagal pergi khidmat negara. , dak pandai lagi kemahiran pergi kursus ILP /vokasional, yg minat belajar biar belajar setakat yg mampu, taklah kepala cikgu stoen,ajar tg. 4 pun tak pandai baca, sebab sistem mau rakyat Msia dpt pendidikan wajib, inilah bahana yg kita hadapi sekarang. Hendaklah pengalaman mengajar kita lebih dewasa.
zuzila - 04 Jul 10 at 15:58:36
Salam sejahtera

Cadangan kerajaan untuk hapuskan UPSR dan PMR adalah satu langkah bijak. Ibubapa,masyarakat jangan terlalu membuat telahan yang negatif dahulu. Ini kerana kebanyakkan negara maju tidak mengamalkan terlalu banyak peperiksaan yang akhir melahirkan pelajar yang kurang menggunakan daya kreativiti dan pemikiran.

Untuk mencapai negara maju kita seharusnya memiliki sumber manusia yang bukan sahaja banyak tetapi juga berinovasi,kreatif dan berdaya saing. Bagaimanakah kita ingin mencapai ini semua adalah dengan pembangunan sumber manusia daripada peringkat awal lagi.

Lihat sahaja sweden,finland dan beberapa negara maju yang lain,negara mereka tidak kaya dengan sumber komoditi tetapi rakyat mereka mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang. bagaimanakah mereka mencapai itu semua, tidak lain dan tidak bukan adalah dengan pembangunan sumber manusia daripada peringkat awal.

Kanak-kanak disana daripada kecil di asuh dengan sistem pendidikan yang menekankan pembangunan minda,kreaviti dan sebagainya.

Mengapakah dalam al quran ,Allah menyatakan bangsa Yahudi adalah paling cerdik didunia.Pernah anda melihat sistem pendidikan mereka. Orang yahudi menekan pembangunana daripada dalam janin lagi dengan rangsangan seperti bermain piano,biola dan seterusnya mereka menekan pendidikan awal kanak2 dengan kreaviti ,idea dan inovasi.

Mereka tidak menekan minda kanak-kanak daripada awal dengan peperiksaan yang hanya memerlukan kemahiran objektif seperti betul dan salah sahaja. tetapi mereka lebih menekan kebebasan kanak-kanak berfikir dan mengembang daya kreaviti mereka.

Mereka tahu umur di antara 2-13 tahun adalah penting untuk ransangan hebat untuk menguasai pelabagai kemahiran dan minda manusia.

Mengapakah terlalu banyak peperiksaan di malaysia?

Ini kerana adalah kerana peninggalan dan copy cat daripada sistem penjajah yang mahu melemahkan cara kita berfikir. British umpamanya mewujudkan terlalu banyak peperiksaan awam di negeri jajahan mereka untuk menyekat peluang anak tempatan bekerja dalam sektor tertentu dan mewujudkan kumpulan elit dan memecahkan belah sistem maysarakat.

Disebabkan terlalu banyak peperiksaan yang menentukan status keberjayaan seseorang itu maka lahir pekerja,pemimpin masyarakat yang berfikir seperti robot.

Kini berpuluh ribu graduan yang tanam anggur kerana mereka lahir daripada sistem peperiksaan yang hanya mengajar mereka untuk lulus dan bukan mengajar mereka mengembang daya kreaviti dan kemahiran.

mengapakah sistem pendidikan negara dibahagi kepada pelbagai aliran seperti sastera dan sains. Ini adalah salah satu daripada dasar pecah dan perintah dan penjajah untuk mengasing kebolehan manusia berfikir dalam pelbagai kemahiran. Dicanangkan pelajar aliran sains akan lebih cerah peluang mereka dipasaran kerja dan salah satu cara yahudi membuat umat islam hanya berfikir secara logik sahaja.

Jika kita lihat sejarah kegemilangan islam, cendikiawan islam menguasai pelbagai displin ilmu seperti sains ,sastera,astronomi dan sistem dan displin ilmu mereka lengkap.

Memetik kata-kata Prof emeritius khoo kay khim ” Apa gunanya anda dapat 13A jika daya berfikir anda tiada”

Oleh itu, masyarakat harus sedar untuk berrsaing diperingkat global kita seharusnya mempunyai mekanisme pendidikan yang mampu melahirkan sumber manusia yang mampu bersaing”
azila - 05 Jul 10 at 12:50:43
saya tak setuju kalau UPSR dan PMR dimansuhkan kerana pelajar akan jadi semakin malas dan tiada matlamat jangka masa pendek untuk dicapai dalam hidup mereka. Pemansuhan UPSR dan PMR bukan sahaja menyebabkan pelajar yang sedia malas semakin malas malah pelajar yang rajin dan bijak pun akan menjadi malas kerana tiada kayu pengukur kepada hasil usaha mereka.
Jika alasan nak tukar kerana mengikut sistem pendidikan barat yang menekankan sistem pendidikan yang lebih menekankan pembangunan sumber manusia, pelajar malaysia boleh dikatakan kurang berinisiatif mencari maklumat dan ilmu. Sepatutnya mentaliti pelajar dan rakyat Malaysia dulu perlu ditukar untuk mencintai ilmu sebelum sistem pendidikan ditukar.Mereka lebih berminat menghabiskan masa bermain game di internet, berpeleseran di pusat membeli belah, melepak serta merempit di waktu malam. Tanpa peperiksaan awam, sikap mereka mungkin akan bertambah malas. Kualiti pelajar yang terhasil akan semakin rendah malah mungkin ada yang tidak berkualiti. Kerajaan pernah menukar dasar pengajaran Sains & Matematik daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris, tapi kini dasar tersebut akan ditukar semula kepada Bahasa Melayu. Mengapa? Jika benar dasar tersebut berkesan seperti dakwaan banyak pihak, mengapa perlu ditukar semula? Pemansuhan UPSR dan PMR akan memberi kesan yang lebih besar daripada kesan akibat pelaksanaan dasar pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris. Realitinya sekarang, nak minta pelajar buat tugasan kerja kursus untuk PMR (bagi subjek-subjek PMR) pun terpaksa disuap maklumat oleh guru kerana ada pelajar yang tidak akan menyiapakan kerja jika tidak diberi maklumat.
Malah ada yang terpaksa sampai disuruh meniru contoh kerja kursus tahun lalu kerana ada sebahagian pelajar yang tetap malas nak buat walaupun telah diberi maklumat. Nak bagi markah kosong tak boleh kerana memang syaratnya setiap pelajar mesti ada markah walaupun markah minima.
Jadi fikirkanlah, apa akan jadi pada pelajar Malaysia generasi akan datang tanpa peperiksaan awam.
Jika nak bandingkan sistem persekolahan, tak perlu bandingkan dengan negara-negara Barat yang telah maju, bandingkan saja dengan negara jiran kita yang maju seperti Singapura yang mempunyai sistem peperiksaan berorientasikan peperiksaan awam yang lebih dahsyat daripada Malaysia, namun tetap tidak mengubah dasar pendidikannya dan telah lama mencapai taraf negara maju berbanding Malaysia sedangkan sumber tenaga manusia Malaysia adalah lebih besar daripada Singapura.
Masalah utama negara kita jika ingin menjadi negara maju adalah dengan berusaha mengubah mentaliti rakyat Malaysia agar lebih gigih berusaha mencari ilmu dan memperbaiki pencapaian diri, bukan merubah sistem pendidikan secara total tanpa kajian yang mendalam terutama dar segi kesan dan kesediaan pelajar untuk mengadaptasi dengan sistem pendidikan tanpa peperiksaan awam seperti UPSR dan PMR.
Mineral - 20 Jul 10 at 03:11:41
UPSR Tak maudah.
mashita - 20 Jul 10 at 04:51:39
nampaknya, isu ini semakin panas. Tapi yang pasti, isu ini tidak boleh dipandang mudah..
Ameer - 20 Jul 10 at 08:16:05
Perkara utama yang mesi kita fikirkan ialah masa depan anak-anak kita (gererasi akan datang). Saya cuma risaukan anak-anak lelaki, mcmana mereka nak survive dlm sistem pendidikan malaysia yang berorientasikan peperiksaan. Budak-budak lelaki ni bukan malas belaja, cuma mereka ni jenis banyak berfikir. Betul ke apa yg cikgu aku ni ajar ? Diaorg tak suka sumbat 100% dalam otak sehinggalah diaorg faham. Selain itu, budak-budak lelaki ni tak suka mengadap buku berjam-jam kerana mereka juga perlukan masa untuk riadah dan bersukan. Saya rasa mungkin adalah bagus sekiranya sistem baru dirangka supaya pelajar lelaki masih boleh dinilai walaupun tanpa perlu membaca dan menghafal.
Orang Biasa - 22 Jul 10 at 13:33:40
Sistem penilaian baru haruslah diwujudkan seperti penilaian dari segi sahsiah, moral, akhlak, komunikasi, kepimpinan dan penglibatan aktif dalam aktiviti luar kelas supaya dapat memupuk modal insan cemerlang.

Selain itu, seharusnya soalan peperiksaan tidak lagi menggunakan borang OMR di mana pelajar boleh ‘tembak’ je, sebaliknya soalan berbentuk subjektif haruslah diperbanyakkan. Namun begitu, soalan subjektif tersebut perlulah mengasah otak pelajar supaya berfikir (tidak semata-mata menghafal fakta dari buku teks).

Berikan ruang lingkup yang lebih luas kerana guru untuk mencorakkan masa depan anak-anak kita tanpa terlalu bergantung kepada silibus. Guru tidak seharusnya terlalu ditekan agar menghabiskan silibus dalam tempoh yang singkat. Diharapkan juga agar guru-guru diberi kebebasan dalam mencorak generasi pelajar yang kreatif dan inovatif.

Akhir sekali, tanamkan pada jiwa anak-anak kita bahawa walaupun tak dapat A, masih ada Plan B. Katakan padanya, kalaupun tak dapat A, sekurang-kurangnya masih ada banyak lain peluang-peluang lain yang belum diterokai kerana setiap manusia tak sama dari segi bakat atau potensi.
baghal - 22 Jul 10 at 17:23:10
Apa guna komen banyak2….confirm dan mansuh. So kitorang punya projek ….emm kerja part time, lepak, rempit dan window shopping. tunggu masuk form 5 baru belajar. bebaskan sikit…asyik-asyik periksa itu periksa ini boring la. now kitorang tahu at least ada masa 5 jam utk main game…bestnya peksa dah mansuh!
Khairul - 23 Jul 10 at 09:02:56
KERTAS KERJA RINGKAS : PEMANSUHAN UPSR DAN PMR

LATARBELAKANG

Apabila TPM mengumumkan supaya UPSR dan PMR dimansuhkan, ramai yang melenting seolah-olah kerajaan terlalu zalim kepada rakyatnya khususnya kepada golongan pendidik dan pelajar. Sebenarnya ramai yang salah faham maksud sebenar di sebalik pemansuhan itu.

Tuan-tuan dan Puan-puan, beri peluang untuk saya jelaskan satu persatu. TPM sebenarnya ingin mencari punca kepada kepincangan atau kelemahan dalam sistem pendidikan negara; dan untuk itu wajar di ‘bedah siasat’ sebelum ia menjadi barah yang merosakkan bangsa kita pada masa akan datang. Janganlah kita mendabik dada seolah-olah sistem pendidikan kita adalah sempurna sehingga tidak ada cacat celanya.

Kepincangan ini perlu dibaiki atau dimansuhkan dalam tempoh tertentu agar semua pelajar mendapat pendidikan yang saksama, di mana tiada pelajar yang akan dipinggirkan sama ada pelajar cemerlang atau pelajar lemah. Semua orang wajar diberi peluang yang sama kerana fokus kita ialah melahirkan produk yang cemerlang bukan sahaja dari segi intelek, malahan juga dari segi modal insan.

RASIONAL

Lihatlah di sekeliling kita, remaja-remaja yang merempit, mengamalkan seks bebas, lari dari rumah, dan pelbagai gejala sosial yang lain. Lihatlah juga kepada pelajar-pelajar yang cemerlang, yang telah diberi biasiswa dan peluang melanjutkan pengajian di luar negara. Berapa ramai yang tahu mengenang budi atau ‘sudi’ untuk menyumbangkan tenaga kepada negara selepas menamatkan pengajian ? Kenapa ramai wanita di universiti dan sektor perkhidmatan awam ? Bagaimana pula dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat di kalangan graduan ?

Semua ini berkait rapat dengan sistem pendidikan negara, kerana mereka ‘dihasilkan’ dari sistem yang sama. Terdapat banyak kepincangan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara. Input-input dari masyarakat diperlukan agar kepincangan ini segera ‘dibuang’ sebelum negara menjadi hancur.

Namun, pemansuhan ini sewajarnya dijalankan secara beransur-ansur atau berperingkat-peringkat agar pelajar dan guru tidak terkejut dan boleh menyesuaikan diri dengan sistem baru kelak. Apakah komponen atau item yang akan dimansuhkan ? Saya akan perincikan dengan lebih lanjut berikutnya.

PEMANSUHAN DALAM ERTI KATA YANG SEBENAR

[1] Pemansuhan soalan objektif / OMR

Di sini berlaku ketidakadilan kerana bagi pelajar yang mempunyai daya ingatan yang tinggi, biasanya tiada masalah untuk menjawab soalan-soalan berbentuk objektif. Oleh itu, seringkali kedengaran, ramai pelajar lebih suka ‘study last minute’ sebab dalam tempoh 24 jam sebelum peperiksaan, otak biasanya mampu menyimpan maklumat sebagai ‘ingatan sementara’. Sebaik sahaja, selepas peperiksaan, ingatan tersebut biasanya akan terus terpadam.

[2] Pemansuhan soalan yang berkaitan dengan hafalan atau ingatan

Pelajar-pelajar sekolah telah dipaksa untuk menghafal sejak di sekolah rendah lagi. Sebagai contoh, dalam subjek Matematik, murid-murid sekolah diwajibkan menghafal sifir 1 hingga sifir 12. Apabila mereka memasuki alam menengah, mereka terpaksa menghafal formula-formula Matematik. Apakah Malaysia ingin melahirkan warganegara yang tahu menghafal sahaja, tetapi tidak tahu konsep dan penggunaannya dalam kehidupan seharian ?.

[3] Pemansuhan silibus / buku teks

Tahukah anda, guru-guru sentiasa tertekan untuk menghabiskan silibus (walaupun ketika itu ramai pelajar yang masih belum faham). Silibus perlu dihabiskan dalam tempoh yang singkat (sama ada pelajar faham atau tidak faham). Guru-guru terlalu terikat pada silibus dan tidak boleh ‘melencong’ daripada apa yang ada dalam buku teks. Ini akan menjadikan otak pelajar sama seperti buku teks (tidak berkembang).

[4] Pemansuhan penilaian secara atas kertas semata-mata

Ramai pelajar yang aktif di padang, dalam unit beruniform, berdebat, berpantun dan lain-lain aktiviti luar kelas, tetapi semua itu seolah-olah tidak berguna kerana langsung tidak dinilai dalam peperiksaan. Seorang rakan saya pernah menghadiri satu sesi temuduga untuk satu jawatan. Si penemuduga tersebut berkata kepada rakan saya,”Saya tak mahu lihat ijazah awak, sebab semua itu hanya penilaian di atas kertas semata-mata. Saya tidak tahu sejauh mana potensi awak jika saya hanya menilai awak hanya dengan sekeping kertas sahaja. Saya cuma ingin tahu sama ada awak ada potensi atau tidak”.

[5] Pemansuhan sistem penggal

Ramai yang mencadangkan agar sistem semester dilaksanakan. Ini kerana tempoh ‘honeymoon’ pelajar dapat disingkatkan. Selain itu, sekiranya berlaku kegagalan kepada murid-murid Tahun 6, kegagalan tersebut pasti akan dirasai oleh semua guru. Jika sebelum ini, setiap kegagalan, yang dituding biasanya guru-guru Tahun 6 sahaja. Namun, apabila sistem mata timbunan (CGPA) dilaksanakan semua guru-guru terlibat, kerana murid-murid tersebut telah dinilai sejak Tahun 1 lagi.

PENUTUP

Oleh itu, sewajarnya kita semua berganding bahu, membantu Kementerian Pelajaran untuk membantu anak-anak kita berjaya pada masa hadapan. Mana-mana sistem baru pun mesti ada kelemahannya, namun, daripada tiada langsung pembaharuan, kita harus sokong kalau transformasi itu untuk generasi kita yang akan datang.
lezzly _ 99 - 29 Jul 10 at 08:16:01
hmm….tak stuju langsung…..nnti smua pelajar tak pandai….mcm mne tue?????
ANIQ - 16 Aug 10 at 11:11:58
:cool: WAT PA
AWAK MKAN X GI
akazuma - 20 Aug 10 at 03:47:41
fuhh. panjangnya penerangan diorang ni semuaaa… :D
pelajar bertauliah - 03 Oct 10 at 07:32:13
haish………….. klu psl bnda ni aku tak stuju…. mansuh2…aku tak suka… :mrgreen: akunak juga PMR thun dpn…. bosanlah tda PMR karang… aku nak bndng result aku ngan kakak…. :smile:
tini - 03 Oct 10 at 10:32:33
betul juga tu pelajar bertauliah. Nak gak banding dengan akak-akak dan abang-abang kita tu..
ainun - 29 Aug 11 at 14:38:47
saya tak setuju…saya suka kalau masih wujud



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011