Yap. Ini merupakan komisen pertama yang aku terima dari program Innity.
Aku sudah menyertai program ini beberapa bulan yang lepas dan akhirnya aku berjaya mendapat bayaran pertama dari program ini. Alhamdulillah, walaupun aku rasa macam lambat, tapi akhirnya ianya membuahkan hasil.
Sama seperti 3 program pengiklanan tempatan yang lain iaitu Nuffnang, Advertlets dan ManggaAd. Keempat-empat program publisher dari syarikat pengiklanan tempatan itu mampu memberikan peluang untuk kita buat duit melalui blog-blog kita. Janji kita ada blog dan minat, pasti kita boleh buat duit dengan program-program sebegini. Aku akuinya kerana setakat ini aku sudah menerima duit dari program-program sedemikian dan ianya terbukti dapat membantu kita mendapat sedikit pendapatan daripada internet ini. Walaupun mungkin ianya tidaklah setinggi macam blogger-blogger tegar yang lain, sekurang-kurangnya, aku dapat sesuatu daripada program-program yang aku sertai.
Jika korang tanya aku, baguskah program Innity berbanding dengan program-program yang lain? Bagi aku, jika korang mempunyai website yang sangat tinggi trafiknya, aku rasa memang wajar korang menyertai Innity kerana korang juga dibayar melalui jumlah impression. Lagi ramai yang datang ke blog korang, lagi banyak komisen yang korang akan dapat. Belum lagi bayaran untuk klik dan ada macam-macam lagi cara untuk buat duit dengan Innity ini.
Bagaimana pula dengan Nuffnang? Ya. JIka korang ada satu sahaja blog, sila pilih. Korang mahu letak iklan Nuffnang atau iklan Innity di blog tersebut. Sila pilih keutamaan yang meyakinkan korang. Tapi jika korang hendak letak dua-dua iklan kat blog tersebut, terpulang pada korang. Hentam ajelah kalau korang tak kisah untuk kehilangan akaun Gliterriti tu. Tapi kalau kisah, sila cuma letak iklan Nuffnang sahaja. Iklan Innity tu, letaklah kat blog yang lain.
Dan tidak mudah untuk blog kita diterima oleh pihak Innity. Setakat ini, cuma 2 blog aku sahaja yang aku hantar dan kedua-duanya diterima oleh mereka. Dan dari 2 blog itu aku berjaya mendapat komisen yang pertama dan aku akui 2 blog tersebut merupakan antara blog yang mempunyai trafik yang sangat tinggi setiap bulan. Itu dah memadai untuk aku terima bayaran dari program Innity walaupun mungkin ianya agak mengambil masa.
Jika berminat, boleh cuba Innity >> Buat duit dengan Innity
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan ManggaAd | Setujukah UPSR dan PMR dimansuhkan? »














income tu untuk berapa bulan?
Amim. Memang kena kerja keras. Baru kita dapat manisnya. Dapat hasilnya..
naz. Bolehlah. Janji ada hasil.
Kujie. Memang rasa terawang-awang kejap bila dapat. Haha..
pembenci gadis. Boleh dicuba kalau mahu. Sila. Sila..
Jack. Memang kena ikut apa yang diorang mahu. Tapi kalau lebih kurang, ko submit aje. Mana tau. Lepas pada pandangan mata diorang. Hehe..