Beberapa hari ini aku lihat, sudah ramai yang mengetahui tentang satu lagi syarikat pengiklanan yang sedang mula hangat diperkatakan. Sejak kemunculan Nuffnang, Advertlets dan Innity, kini ManggaAd mula bertapak di hati para blogger yang inginkan sesuatu yang berbeza berbanding 3 syarikat pengiklanan tempatan yang utama tersebut. ManggaAd atau Mangga Online ini mula dikenali dengan cepatnya dalam tempoh 1-3 minggu ini. Aku juga sudah menyedari tentang ManggaAd dalam tempoh itu dan beberapa hari yang lepas aku telah pun menyertai program tersebut dan mula meletakkan iklan Mangga Online tersebut di blog aku ini. Aku rasa ada diantara korang semua yang perasan tentang perubahannya bukan?

Bagi aku, tidak ada perubahan yang berbeza jika kita bandingkan antara Nuffnang, Advertlets dan Innity. Sebab aku baru sertai ManggaAd dalam tempoh 1 minggu sahaja. Manakala 3 program yang lain, sudah berbulan-bulan dan setakat ini, aku hanya menerima bayaran melalui Nuffnang. Sudah 8 cek dari Nuffnang yang aku terima. Cek pertama dari Advertlets masih ditunggu oleh aku. Dengar kata mungkin akan sampai lambat sehingga menjangkau 3 bulan atau mungkin juga lebih. Ada member blogger lain yang dari tahun lepas lagi masih tak dapat-dapat cek dari Advertlets. Manakala bagi program Innity, aku sudah layak untuk mendapat komisen yang pertama. Mungkin aku patut semak akaun Innity aku. Manatahu, mereka sudah transfer ke akaun bank aku. Maklumlah, di akaun Innity, aku setkan agar mereka transafer terus ke akaun bank aku dan tidak memilih untuk menerima melalui cek. Jadi, kita tunggu sahaja. Jika ada bayaran, aku akan update.
Kesimpulannya, masih terlalu awal untuk aku mengatakan ManggaAd ini bagus atau tidak. Setiap syarikat ada masalahnya tersendiri. Setakat ini, Nuffnang adalah antara yang terbaik dan aku puji dari segi pembayaran yang dilakukan terhadap para blogger. Cek-cek Nuffnang memang jarang miss dan setakat ini, aku tak ada masalah dengan mereka. Jadi, jika korang mahu sertai keempat-empat syarikat pengiklanan tempatan sebagai seorang publisher, anda sangat digalakkan dan saranan aku, pilih iklan yang sesuai untuk blog yang sesuai. Jangan hentam letak semua aje. Bercelaru orang yang datang blog korang. Nak baca artikel ke nak tengok iklan yang berkelip-kelip tu. Kalau disusun elok tak apa, kalau dah macam bersepah sana-sini. Tak ke macam tak best nak datang blog tu lagi? Hehe..
Boleh sertai kalau minat kat sini >> ManggaAd
Ps: Aku tak paksa korang sertai benda ni. Tapi aku yakin ramai orang berminat buat duit dengan ManggaAd ini. Tak salah mencuba kan? Kalau korang ada banyak blog, sumbatlah sikit-sikit kat salah satu blog korang tu..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content
















tak salah mencuba.
tapi aku lebih gemar buat satu2 dulu..
nak try kena asing2kan blog..
nice review bro!!
aku dah add blog bro kat blog aku.hrp dpt exchange link.
hehehe
sesekali terasa juga meriahnya ikan di alam bloger ni kan..hehee
tp.. setahu aku, kita x leh ltak smua ads yg originnya dr Asia dlm 1 blog..
nnt earning kita akan bermasalah..
btul ke?
klo slh tlg btulkan ye?