GDi. Global Domains International. Cerita tentang GDI lagi..
Tidak dapat aku nafikan yang memang susah sangat nak buat duit dengan GDI. Aku rasa ramai yang dulu mempromosikan program GDI ni dah jadi macam suam-suam kuku sekarang. Susah dah aku nak jumpa orang kita atau mana-mana blogger hatta Internet Marketer yang mempromosi program GDI lagi. Ada, tapi aku tak nampak kehangatan seperti yang berlaku beberapa bulan yang lepas. Mungkin sekarang bukan musim GDI lagi. Maklumlah, sekarang kan musim bola. Musim World Cup. Musim orang tak tidur malam. Jadi, bab GDI ni..diorang campak ke tepi dulu..
Ini komisen kedua yang aku terima dari GDI. Tak banak. Tapi lebih baik daripada tak ada dan ini juga sekaligus membuktikan bahawa program GDI tetap membayar ahli-ahlinya yang berjaya berusaha gigih untuk mencari sedikit pendapatan daripada GDI.

Ada orang kata, aku ni bodoh sebab buang masa dengan program macam GDI ini. Mengapa diorang kata aku bodoh? Sebab aku membazirkan 10usd setiap bulan untuk domain yang aku dapat dari GDI ini. Ya, itu dari sudut pandangan diorang. Aku punya sebab tersendiri untuk menyertai GDI dan mempromosi GDI. Ingat, GDI bukan skim cepat kaya atau program yang memberikan janji yang kita boleh jadi kaya atau dapat banyak duit dalam masa yang singkat.
Semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Kalau tak ada kebolehan untuk buat duit, mengaku sahaja yang korang ni tak reti nak buat duit dengan GDI. Itu sahaja. Mudah kan? Apa perlunya mengutuk mereka-mereka yang menyertai program GDI. MEreka semua termasuk aku ada sebab tersendiri untuk mempercayai GDI. Dalam 5 tahun, aku akan membuat ujikaji tentang GDI. Dan aku masih dalam proses ujikaji dan proses ujikaji tu takkan berlaku dalam masa yang singkat. Bagi yang kata aku ni bodoh atau akal pendek, aku rasa aku punya sebab untuk mengatakan yang korang tu lagi bodoh dari aku. Dan duit 10usd setiap bulan yang aku bayar dengan GDI merupakan keuntungan bagi program-program yang aku sertai. Setelah tolak modal dan duit pusingan, duit keuntungan itu yang aku gunakan untuk bayar yuran bulanan domain di GDI itu. Dan secara logiknya, aku tak keluar duit poket aku sendiri sekarang. Semuanya pusing dengan duit keuntungan yang aku terima hasil daripada blog-blog aku yang tetap utuh memberikan keuntungan kepada aku setiap bulan.
Kesimpulannya, nak join GDI atau tak nak. Terpulang pada korang. Fikir masak-masak. Kalau tak nak, tak apa. Korang punya sebab tersendiri. Tapi tak perlulah nak mengutuk orang lain pula. Sudahlah kutuk tanpa hujah kukuh, mengaku lebih bijak pandai dan macam-macam lagi. Sebab tu aku lihat ramai orang yang baru aje nak mula buat duit diinternet terus takut dan layu kerana disergah oleh mereka-mereka sebegini tanpa sebab yang kukuh dan logik. Sekurang-kurangnya, tegur dengan cara yang lebih beradab. Jangan sampai nak kurang ajar atau melampau sebab diorang tak tahu, sekurang-kurang ajarnya diorang, ada orang lagi kurang ajar..
Ps: Hemmm..GDI ni merupakan ujikaji aku selama 5 tahun. TNX juga merupakan salah satu projek ujikaji aku selama 5 tahun. Masalahnya, salah ke kalau kita buat ujikaji dan bagitau hasil semasa tentang ujikaji kita tu?
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Pengalaman Titan bercuti di Johor | Komisen ke 5 dari Co.cc »














Fazli. Sama-sama Fazli..
cerita gadis pemalu. Sama-sama..
Oh! Duit. Sama-sama lagi.
anak malang. Selagi kita mahu mencuba, segalanya tidak terbatas..