Travel, Traveler and traveling..

Yap. Aku sedang melancong  ataupun bersukaria ataupun boleh dikatakan sedang menghabiskan masa di Johor. Punya banyak-banyak tempat, aku sampai juga ke johor. Dan aku baru je pulang ke hotel aku ni. Apollo Garden Inn yang terletak di Ulu Tiram. Aku jumpa kawan aku yang dok dekat sini. Kawan lama masa belajar dekat UMS dulu. Alang-alang dah kawan tu ajak datang sini, aku pun datanglah. Kena pula aku sedang bercuti ni. Jadi, aku ambil kesempatan untuk merehatkan diri dan badan aku ni disini. Boleh aku katakan yang aku agak berfoya-foya kat sini. Gi jalan-jalan, gi sana-sini. Gi muzium, masuk istana. Keluar istana, pergi Danga Bay. Dari Danga Bay, gi tempat orang main layang-layang dan macam-macam lagi yang aku wat kat sini..

Sempat jugak aku layan wayang kat CS, Johor Bharu.  Lama jugak tak tengok wayang. Mula-mula tengok cerita A-Team. Cerita ni memang best. Aku bagi 7/10 untuk filem ini. Filem aksi yang cukup aku suka bila trik-trik melepaskan diri diorang berjaya. Memang bagus untuk orang macam aku ni tengok cerita begini. Selepas itu, aku sempat tengok cerita Lagenda Budak Setan. Secara jujurnya, ceritanya tak menarik langsung. Part yang aku suka, cumalah part ketika Que Haidar gi belasah Lisa Surihani sampai berdarah kepala. Itu aje yang aku rasa menarik. Jalan cerita nampak macam terkejar-terkejar. Tak banyak babak yang meninggalkan feel kat penonton dan yang dapat membuatkan kita rasa filem ini lain dari yang lain.  Yang dah tengok filem ni, mesti setuju dengan aku kan? Yang lain, entahlah. Bosan bagi aku. Tak tahu plak pendapat orang lain.Mungkin ada yang suka, mungkin ada yang sampai nangis-nangis. Tapi aku bagi 4/10 untuk keseluruhan.  Dan yang terakhir, sempat aku tonton petang tadi adalah filem Prince of Persia. Aku dah agak dari awal siapa kepala orang jahat iaitu adik si raja. Dan yang aku suka, diorang cuma leh syak orang jahat tu pada babak-babak lagi 10 minit nak habis. Bagi aku, memang best terutamanya dari segi aksi dan babak-babak pasir dan batu jatuh tu. Memang hero ni terer pakar dalam jurus lompat-melompat ni. Gila apa, leh lompat bangunan ke bangunan. Tu yang aku rasa nampak berbeza dan membuatkan aku bagi 7/10 jugak untuk filem ini.

Malam ni? Aku tak tahu lagi apakah tujuan aku. Melepak di kedai mamak kat hujung blok ni ker atau tidur sahaja. Aku penat gila ni sebenarnya. Berjalan tak berhenti dan tengok wayang setiap hari. Maklumlah, kat banting manada wayang dan kat Jerantut pun tak ada. Jadi, aku layankan aje. Kawan aku ni pun kaki wayang gak. So, hentam ajelah. Tapi takdelah sampai maraton wayang hingga menonton 4-5 wayang non-stop. Sakit akal dan jiwa dibuatnya tu. Akak jaga kaunter tu pun leh bosan tengok muka korang nanti. Haha..

Last but not least, esok hari terakhir aku kat sini. Tak tahu sempat ke tak jumpa blogger sape-sape kat sini. Nombor telefon diorang pun aku tak ada. Kalau ada pun, dekat handset aku yang masuk air haritu. Handset baru aku ni baru je ada nombor telefon untuk 11 orang. Jadi, kalau ada yang nak ajak lepak sama, korang leh la ajak aku kalau mahu. Haha..itupun kalau sudi. Bagi yang blogger perempuan, anda sangat dialu-alukan. Haha..

Ps: Leh tahan gak jammed kt JB nih. Bertalu-talu. Tapi aku still rasa kat Ampang atau KL lagi menggila jammednya. Sekurang-kurangnya, aku masih sempat ambil gambar ketika memandu. Hehe..

Pss: Gambar nanti aku letak kat Facebook. Tak sempat nak letak kat laptop fujitsu aku ni..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 9 comments. Apa plak komen korang?
Samdaddycool - 12 Jun 10 at 18:17:42
Fuiyoo.. cuti-cuti M’sia kat JB…

movie?? 2 cerita sekali lalu… Aku plak baru lepastgk cite Shrek 3D.. lawak giler dan best!
emme - 13 Jun 10 at 11:51:43
Gila ah, sampai 6 jam ko duk kat panggung tu??

Anyway teknik yang dia lompat-lompat bangunan tu namanya Parkour. Orang Perancis yang main benda ni dulu, tapi tak pastilah kalau zaman kegemilangan Parsi dan ada Parkour ni… heee
titan - 13 Jun 10 at 17:03:06
samdaddycool. Hehe..tadi baru je tengok movie killers. Not bad gak. Tapi bagi aku still biasa. Ada banyak cerita pasal pembunuhan yang lagi besh-besh..

emme. takdelah sampai berturut 6 jam. Rehat kejap. Gi solat, makan, main game kejap, masuk kedai komputer, cari rojak buah jap..gila apa non stop tengok wayang. Sakit mata dibuatnya..

Oh. Parkour. Aku rasa cam nak belajar. Kat Malaysia ni ada tuk guru yang ajar seni jurus parkour ni tak? Hehe..
mancai - 14 Jun 10 at 06:40:32
tak pegi tengok sekali double trouble ke?
Shukor - 15 Jun 10 at 04:45:03
Oh CS, lama tak pergi situ. Tempat aku melepak waktu sekolah dolu2…

Tak pergi makan mi rebus stulang laut ker En Titan? :)
cerita gadis pemalu - 15 Jun 10 at 09:25:35
lama jugak tak pergi johor..ada apa-apa perubahan yang pelik tak?
ichwana - 17 Jun 10 at 02:47:24
Salam kenal.. Belum pernah ke Johor sebelumnya. INgin sih kesana tapi terlalu jauh dari sini …
kunjungi juga website kami http://www.unand.ac.id dan blog saya di ichwana.blogdetik.com
ainun - 29 Aug 11 at 14:44:55
sempat layan wayang…wah..hehe
sjiehan - 29 Aug 11 at 14:49:56
haa.. wayang cite apa tuh!!



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011